CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 839|Reply: 5

[Tempatan] Pahang harap Kerajaan Persekutuan beri kelulusan eksport pasir sungai

[Copy link]
Post time 12-5-2026 03:08 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 11-5-2026 11:17 AM



Pahang harap Kerajaan Persekutuan beri kelulusan eksport pasir sungai

Kuantan: Kerajaan Pahang sentiasa komited memastikan setiap sumber hasil negeri diurus secara bertanggungjawab, lestari dan memberi pulangan terbaik kepada negeri dan rakyat.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sehubungan itu, bagi memastikan kutipan hasil negeri dapat terus ditingkatkan, kerajaan negeri mengharapkan kelulusan eksport pasir sungai kepada Pahang diberi pertimbangan sewajarnya oleh Kerajaan Persekutuan.

Berdasarkan anggaran semasa, katanya, stok pasir di Sungai Pahang berpotensi menjana hasil sekitar RM500 juta yang boleh dimanfaatkan untuk pelbagai keperluan pembangunan negeri.

"Ia termasuk pembangunan kawasan luar bandar, perumahan rakyat, pendidikan, kesihatan serta pelaksanaan pelbagai inisiatif kebajikan di bawah program Inisiatif Makmur Pahang.

"Pada masa sama, aktiviti pengorekan pasir yang dilaksanakan secara terkawal turut memberi manfaat kepada aspek pengurusan sungai dengan membantu mendalamkan sungai, melancarkan aliran air serta mengurangkan risiko banjir khususnya ketika musim tengkujuh," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi tujuan itu, Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam bagi membincangkan perkara itu secara menyeluruh.

"Saya berharap perkara ini dapat diberi pertimbangan secara positif demi mencari penyelesaian yang terbaik serta memberi manfaat kepada semua pihak khususnya kepada negeri Pahang," katanya.

Ketika bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan dan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang, di sini, semalam, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kekecewaan terhadap beberapa keputusan Kerajaan Persekutuan yang didakwa tidak memihak kepada hak dan kepentingan negeri itu.

Baginda bertitah, Kerajaan Persekutuan perlu lebih cakna terhadap hak negeri termasuk dalam soal hasil bumi, pelaksanaan projek serta bidang kuasa perundangan di negeri itu.

Susulan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, akan meminta Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menyediakan penjelasan menyeluruh berhubung peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Pahang untuk dikemukakan kepada Tengku Mahkota Pahang.

Anwar dilaporkan berkata, Tengku Mahkota Pahang akan diberikan penerangan berkaitan kedudukan makroekonomi negara, tekanan ekonomi semasa dan isu pembaziran yang masih berlaku dalam pelbagai sektor.

Disiarkan pada: Mei 9, 2026 @ 7:49am






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-5-2026 03:10 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2026 03:42 PM | Show all posts
nape nak eksport pulak??? hutan dah tarah now pasir pulak dasar............
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2026 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Balak dah hampir habis. Sekarang pasir pulak. Gajah2 tu kerabat ada dapat percentage keuntungan ke kalau jual ke zoo di luar negara?
Sape ke tulis haritu... Musim kemarau dia membalak, musim banjir dia memasak.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2026 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Gengkuning² ni kalau takde written laws mmg barbaric in terms of semua.
Semua nk jual semua nk cikcur semua nk bola semua nk segala.
Sbb tu lebih baik deme kekal aja jd lambang xleh bg tadbir urus negara directly.
Mmg habis dikedarahnya semua buat berjualbeli.
Kita rakyat idop la seperti dlm filem p ramlee
Berjual hamba abdi
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2026 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa PMX tak jawab soalan? Suruh anak azizan explain benda lain.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-7-2026 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.067842 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list