CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1212|Reply: 11

Boleh pindah duit KWSP kepada pasangan, anak

[Copy link]
Post time 11-5-2026 04:46 PM | Show all posts |Read mode





PETALING JAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan beberapa inisiatif baharu termasuk i-Legasi, i-Emas dan Kalkulator Matlamat Persaraan bagi memperkukuh kesejahteraan persaraan serta jaminan kewangan ahli merentas generasi.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, langkah itu selaras dengan usaha berterusan institusi berkenaan membantu ahli bukan sahaja mengumpul simpanan, malah mengurus dan memastikan kelangsungan pendapatan persaraan secara mampan.

Beliau berkata, menerusi kemudahan i-Legasi, ahli KWSP yang berumur 55 atau 60 tahun ke atas kini boleh memindahkan sebahagian lebihan simpanan mereka kepada akaun KWSP ahli keluarga terdekat seperti pasangan dan anak-anak.

Katanya, pemindahan itu hanya melibatkan baki simpanan yang melebihi tahap Simpanan Mencukupi mengikut Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA).

“Pemindahan ini dibuat daripada Akaun 55 atau Akaun Emas pemberi kepada Akaun Persaraan atau Akaun Emas penerima bagi memastikan simpanan terus terpelihara untuk tujuan persaraan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan sama, KWSP turut menjenamakan semula kaedah bayaran bulanan Pengeluaran Umur 55/60 Tahun kepada i-Emas bagi menggalakkan ahli mengurus simpanan persaraan secara lebih lestari.

Menurut Ahmad Zulqarnain, lebih 21,000 ahli telah memilih pengeluaran bulanan selepas mencapai umur persaraan, sekali gus menunjukkan peningkatan kesedaran terhadap keperluan pendapatan bulanan yang stabil.

“i-Emas memberi fleksibiliti kepada ahli untuk mengurus keperluan harian di samping memastikan baki simpanan terus menerima dividen tahunan,” katanya.

Tambah beliau, kemudahan itu juga dapat membantu melindungi ahli daripada risiko kewangan seperti penipuan dan pengurangan simpanan secara mendadak.

Sementara itu, KWSP turut melancarkan Kalkulator Matlamat Persaraan dalam aplikasi i-Akaun bagi membantu ahli membuat perancangan persaraan secara digital dan lebih sistematik.

Katanya, alat digital itu membolehkan ahli menganggarkan keperluan simpanan masa depan berdasarkan gaya hidup dan unjuran perbelanjaan masing-masing.

Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2026 05:44 PM | Show all posts
Hati-hati duitnya kang mas. Jangan ditransfer ke akaun bini pati ya.....hehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2026 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk tunggu umur 55 tahun pun asyik fikir, hidup lagi ke aku..masih ada nyawa ke saat tu...rasa lama sgt..hmm
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2026 07:57 AM | Show all posts
mcmmmmmcccccccccccccccccmmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2026 08:30 AM | Show all posts
noor2 replied at 11-5-2026 08:44 PM
Nk tunggu umur 55 tahun pun asyik fikir, hidup lagi ke aku..masih ada nyawa ke saat tu...rasa lama s ...

skrg masa cepat berlalu...less than 5 years meols will be arrive at that age, insyaAllah...meols mmg dah plan nanti nak transfer dividen kwsp to account kwsp adik meols...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2026 12:42 PM | Show all posts
silance replied at 11-5-2026 05:44 PM
Hati-hati duitnya kang mas. Jangan ditransfer ke akaun bini pati ya.....hehe

ni kan....mmg terjadi....
bini seberang dia - perkahwinan ke dua selepas bercerai dgn warganegara...

elok cukup masa...bini seberang dia lari dgn duit epf wei...x yah tunggu lama...
dapat epf dlm seminggu dia dah lari...agaknya dah lama plan...
sewel kejap tok lakinya.. skrg bercucuk tanam demi kelangsungan hidup...mujur ada tanah mak pak tinggal.....
padahal berbelas tahun dah kawen nya...mmg dah rasa soulmate la....
anak pun udah remaja...
di tinggalnya anak dgn tok laki...

kitaorg ingat wife baru dia tu baik...mmg selama berjumpa n kenduri kendara
dia sgt baik..klu compare dgn first wife...mmg mcm langit dgn bumi "akhlak & adab" nyaa..x nmpk fake langsung....

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2026 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
midori888 replied at 12-5-2026 08:30 AM
skrg masa cepat berlalu...less than 5 years meols will be arrive at that age, insyaAllah...meols m ...

Alhamdulillah..kita masing2 ada future planning yg baik2 untuk menuju dunia akhirat. Moga cik midori dipermudahkan Allah semuanya
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2026 11:02 AM | Show all posts
noor2 replied at 12-5-2026 02:52 PM
Alhamdulillah..kita masing2 ada future planning yg baik2 untuk menuju dunia akhirat. Moga cik mido ...

InsyaAllah Amin...wish the same for Noor and family jugak...sesungguhnya kita manusia hanya mampu merancang, Allah yg menentukan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2026 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
midori888 replied at 13-5-2026 11:02 AM
InsyaAllah Amin...wish the same for Noor and family jugak...sesungguhnya kita manusia hanya mampu  ...

Rupanya umur kita x jauh beza..2-3 tahun lagi pun rasa lama benor nk tunggu..dah la sekarang rasa kebas2 tangan ni...sakit saraf dah ni..hehe..dah tua...asyik fikir mati je setahun dua ni bila dah start sakit2 jari ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2026 04:44 PM | Show all posts
noor2 replied at 13-5-2026 02:48 PM
Rupanya umur kita x jauh beza..2-3 tahun lagi pun rasa lama benor nk tunggu..dah la sekarang rasa  ...

masuk 50an, game changer...hehe...kalu dulu hal dunia lebih, skrg hal akhirat kena lebih...

recently ada kematian dlm family meols...meninggal dlm tido...imagine kita tido, pastu sedar2 eh kain tak berjahit, kita dah di alam barzakh...kalu sempat buat amalan bekalan akhirat, alhamdulillah...kalu tak sempat?
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2026 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
midori888 replied at 13-5-2026 04:44 PM
masuk 50an, game changer...hehe...kalu dulu hal dunia lebih, skrg hal akhirat kena lebih...

recen ...

Betul sgt...sekarang x pikir sgt keduniaan..lebih kepada ..bila2 tuhan akan ambil nyawa..ramai sgt pun yg meninggal sekarang ni x kira umur brp...kewujudan tiktok semua ni bnyk sgt tengok kisah2 kwnatian, penyakit serius..

Oh .innalillah..salam takziah buat Midori sekeluarga..

Tula..bgn tidur rasa bersyukur sgt masih hidup di dunia realiti..masih bernafas..tp esok lusa x tahu lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2026 07:11 AM | Show all posts
noor2 replied at 13-5-2026 07:09 PM
Betul sgt...sekarang x pikir sgt keduniaan..lebih kepada ..bila2 tuhan akan ambil nyawa..ramai sgt ...

terima kasih Noor...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2026 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.054767 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list