CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 960|Reply: 9

Haji ubah perjalanan hidup Mahmud Ali Bashah

[Copy link]
Post time 11-5-2026 04:01 PM | Show all posts |Read mode




Pelakon Mahmud Ali Bashah mengakui pengalaman menunaikan haji pada usia 66 tahun membuka ruang muhasabah mendalam buat dirinya selepas tiga dekad mengejar kesibukan dunia seni.

Menurut anak kelahiran Sarawak itu, peningkatan usia selain kehilangan ramai rakan seperjuangan dalam dunia seni membuatkan dia mula lebih memikirkan soal kematian, bekalan akhirat dan keperluan berubah menjadi insan lebih baik.

Katanya, ketika muda dia terlalu sibuk mengejar kerjaya sehingga pernah melalui fasa zaman gelap dan mengabaikan kehidupan beragama.

“Bila umur semakin meningkat, kita mula fikir tentang kematian. Dulu masa muda, kita sibuk dengan kehidupan sendiri, kerja, dunia glamor dan macam-macam lagi sampai kadang-kadang lupa tentang agama.

“Tapi bila sampai ke Tanah Suci dan melihat suasana orang beribadah, memang timbul kesedaran untuk berubah menjadi lebih baik dan lebih memikirkan akhirat,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Mahmud Ali berkata, pengalaman berada di Mekah dan Madinah memberi ketenangan berbeza selain membuatkan dirinya lebih menghargai kehidupan.

Dalam pada itu, beliau berkongsi pernah tersilap memahami proses pendaftaran haji sehingga menyebabkan dirinya terpaksa menunggu lebih 30 tahun sebelum berpeluang menunaikan ibadah itu.

Katanya, ketika membuka akaun Tabung Haji sekitar usia 30 tahun, dia menyangka simpanan dalam akaun sudah memadai dan proses pendaftaran haji berlaku secara automatik.

“Saya ingat bila buka akaun dan simpan duit dalam Tabung Haji, itu sudah dikira daftar haji. Rupanya kena buat pendaftaran.

“Bila sedar perkara itu, memang sudah lambat dan terpaksa tunggu giliran lama. Sebab itu saya buat rayuan sampai tiga kali sebelum berjaya,” katanya.

Tambahnya, selepas lebih tiga dekad aktif dalam dunia lakonan di Kuala Lumpur, dia kini memilih untuk kembali menetap di kampung halaman bagi menjalani kehidupan lebih tenang.

“Saya rasa ini masa untuk diri sendiri pula. Selama ini kehidupan dalam dunia seni nampak mudah, tetapi sebenarnya banyak mengorbankan masa dan tenaga,” katanya.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2026 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
ramai yg mcm ni..ingatkan bila dah cukup simpanan dlm TH, akan terus masuk giliran mengerjakan haji...
dulu dulu kalau dah ada 1.5k dah boleh daftar haji...
skrg ni barulah TH nak kembali kpd rule..kalau simpanan dah cukup baru dapat giliran buat haji..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2026 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
66 dah dia rupanya..  cepatnya masa berlalu
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2026 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Masih smart handsome lg beliau
Tak npk mcm 66
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2026 01:18 PM | Show all posts
bisnes restoran makanan sarawak die menjadi la ye



pnh pegi 1 dpd restoran heols

jenuh 2, 3 kali tny mana order tak sampai2

dekat sejam tunggu

last2 byr yg mn dh makan je

saborrr je lah


Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2026 02:33 PM | Show all posts
dulu suka tgk drama yg dia belakon dgn eja tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2026 02:36 PM | Show all posts
inilah yg dikatakan haji mabrur..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2026 03:02 PM | Show all posts
akuMNdia replied at 12-5-2026 02:33 PM
dulu suka tgk drama yg dia belakon dgn eja tu.

drama Rahsia Demi Rahsia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2026 04:32 PM | Show all posts
Daddyyy
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2026 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Laaaa dia org sarawak ke??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2026 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.052865 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list