CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2330|Reply: 35

‘Saya pakai ikut keselesaan, nak tengok ke saya pakai crop top?’ - Cik B

[Copy link]
Post time 11-5-2026 03:43 PM | Show all posts |Read mode



SHAH ALAM – Dikritik sering menonjolkan penampilan menyerupai lelaki, penyanyi Cik B menafikan dakwaan tersebut sekali gus menjelaskan pemilihan busana digayakan sebenarnya bersifat uniseks.

Pemilik nama sebenar Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 21, itu dalam masa percaya gaya rambut pendeknya turut menjadi punca masyarakat memandang serong terhadap penampilannya.

“Ramai cakap saya pakai baju ‘boyish’, pakaian yang saya pakai itu sebenarnya unisex, lelaki dan perempuan pun boleh pakai.

“Cuma rambut saya sahaja yang pendek, jadi mereka nampak saya ini seolah-olah nak berpakaian lelaki,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui selepas konsert minggu keempat Talk To My Manager musim kedua (TTMM2), malam tadi.

Mengulas lanjut, anak kepada usahawan Datuk Seri Vida itu mengakui keselesaan dan kesesuaian bentuk badan menjadi faktor pemilihan pakaiannya.

“Sebenarnya saya berpakaian mengikut keselesaan. Saya ini sudahlah berbadan besar, nak tengok ke saya pakai ‘crop top’?

“Untuk persembahan minggu keempat ini saya memakai skirt, jadi perlahan-lahanlah berubah,” katanya lagi.

Sementara itu, Vida selaku pengurus bertindak mengambil inisiatif dengan menyediakan persalinan yang lebih feminin buat Cik B sebagai usaha untuk menampilkan kelainan berbanding gaya pada minggu-minggu sebelumnya

“Mama sediakan baju ini untuk Cik B, ada skirt. Saya doa supaya dia pakai nak penampilan berbeza.

“Tak nak nampak sama dah tiga minggu, biar ada ‘wow factor’ walaupun minimalis tapi memberi kesan,” ujarnya.

Sebelum ini, Cik B menjadi bahan kritikan apabila ada yang mendakwa penampilannya kelihatan terlalu ‘boyish’ ketika beraksi pada minggu kedua saingan TTMM2.

Malah, ini bukan kali pertama Cik B ditegur, memandangkan sebelum ini dia sering dinasihati agar menggayakan pakaian yang lebih feminin dan sopan sebagai seorang wanita. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2026 04:14 PM | Show all posts
Entah lah... dulu2 masa kau kanak-kanak to remaja, mungkin lah fasa rebel ke, fasa mencuba ke... skrg dah adult dah... mana acik2 forumer yang kata dia nak glow up tu? hahaha... ini bukan pasal dia jadi gitu nak protect mak dia ke apa....bukan krisis identiti lagi, ini dia memang pilih jadi butch gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2026 04:31 PM | Show all posts
x payahlah cik b...
xsanggup iols nak tgk cik b bercrop top
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2026 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
nak tgk cik b pakai mcm sherry...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2026 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa suh ko join program macam ni lagi? Kata banyak duit sgt kan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2026 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab mak dia panggil anak dia Cik B. Naper tak panggil Edleen. Mesti dia jadi girlish kalau panggil nama sebenar. Aku cukup nyampah mak bapak yang panggil anak nama tahapa2.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2026 11:09 PM | Show all posts
hihanghoheng replied at 11-5-2026 04:31 PM
x payahlah cik b...
xsanggup iols nak tgk cik b bercrop top

Yg ni lawak tpi somehow Cik B ni iol x prnh bnci kat sheol, sheol mmg pelik tpi unproblematic
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2026 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Huduh B. Huduh. Dh mcm ba**
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2026 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni tk sambung belaja ke? Apa citer belaja kt oversea sana yg daily expenses je riban2?
Mak dh tk mampu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2026 06:17 AM From the mobile phone | Show all posts
sepanjang-panjang nama sebenar dia.. mcm tkde satu pun huruf B.
ke kita salah tgk
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2026 08:27 AM | Show all posts
cm_vungtau replied at 11-5-2026 02:02 PM
Sebab mak dia panggil anak dia Cik B. Naper tak panggil Edleen. Mesti dia jadi girlish kalau panggil ...

betul..xsuka nama diubah ubah.,..anak i mmg i panggil clear nama pendek dia xsuka ubah2 nak kasi nampak manja ke apa...kadang i panggil kakak adik abang...masalahnya sekarang yg lebih2 kadang sedara mara dok la tuka2 nama anak kita nak kasi nampak pelat...i mmg xbenarkan, kalau i dgr dorang sebut lain mmg i slumber sound dorang jgn nk pelat2..panggil nama betul dia...sbb i da tgk cth ramai keluarga i da besar nama jd tah apa2...lepas tu kawan sesama sendiri sekolah pon semua sepupu, dah tersebar sampai cikgu pon panggil..yihh..penat mak bapak pikir nama baik2 utk anak, dah dirosakkan jd tah apa2
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2026 08:29 AM | Show all posts
zehra2 replied at 11-5-2026 10:17 PM
sepanjang-panjang nama sebenar dia.. mcm tkde satu pun huruf B.
ke kita salah tgk

i nak assume dulu kecik2 dorang panggil baby..sbb adik i pon ada sorang macam ni, lama2 tinggal B je..bila da besar kawan2 panggil kakak baby now da jd makcik anak i panggil aunti B...untuk org kelantan suka tambah Cik kat depan maka jadilah cik B..tu assumption iols la
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2026 08:43 AM | Show all posts
siapa yang dah lama follow cikb ni dia tahu la mcmne cikb ni... maka faham2 sendiri jelahhh...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2026 08:56 AM | Show all posts
sori la ai rs die lgsg xde bakat..suara pon mcm sngja dibuat mcm jantan..yg harzan tu suara total jantan pon boleh berpakaian lengkap mcm pompuan dik..die pon bdn besar jugak...ko tu beralasan byk sgtlah
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2026 08:59 AM | Show all posts
takot tgk kasut anak branak ni
besau tol
mcm kasut giant
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2026 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah ada macam2 peptides kat luar ni cik bie oii..usaha la sikit

Tokti yang dh sedia ada comel tu pun sanggup pki peptides tau...nk bg lg comel mcm ank dara..xkn la ko xblh lgsg letak usaha bg putih kurus sikit..nak masuk industry tp kepam tibaiunta

Apa yang nak dijual? Bakar jauh sekali


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2026 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
terpanjat boboi..haha..ingatkan band slipknot masuk forum
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2026 10:45 AM | Show all posts
cik b bile nk putih
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2026 10:45 AM | Show all posts
ok la tu boyish pun sopan jah tak nampak skin..
kang dia bantai pakai macam sakinah, masuk spital berjemaah pulak kome kena sawan muntah..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2026 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 12-5-2026 10:45 AM
ok la tu boyish pun sopan jah tak nampak skin..
kang dia bantai pakai macam sakinah, masuk spital be ...

Kan. Okey je dress up dia. nampak jantan sbb dia debab pastu rambut pendek , bukan dia pakai seksi pun. Slow2 la dia dah start pakai skirt. Anak orka ni biasanya lambat matang sbb semua senang. Sedangkan kinah and nabilahuda kertu pun masih tak sedar diri dok tunjuk ketiak manjang..cuma harap cikb stopla ber balenciaga tu. Carila brand lain pulak. Quputeh ke Qucipet ke..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2026 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.285733 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list