CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1197|Reply: 14

[Tempatan] Kemalangan di Highway menuju Tol Duta

[Copy link]
Post time 11-5-2026 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Ada sapa2 tahu berita ttg ni tak..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2026 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak org share kt Tiktok tadi
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2026 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak org share kt Tiktok tadi
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2026 04:30 PM | Show all posts
kemalangan maut ke? iols tak berani nk click.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2026 04:30 PM | Show all posts
kemalangan maut ke? iols tak berani nk click.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2026 04:37 PM | Show all posts
Kemalangan tiga kenderaan: Pemandu Proton Inspira ditahan
AHMAD ISMADI ISMAILAHMAD ISMADI ISMAIL
11 Mei 2026 01:55pm
Masa membaca: 2 minit

Tangkap layar video tular memaparkan kemalangan di Kilometer 28 Lebuhraya NKVE menghala ke Plaza Tol Duta di sini pada Sabtu.

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 28 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) menghala ke Plaza Tol Duta di sini pada Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya terkesan video tular berkaitan kejadian itu di media sosial.

"Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 11 malam melibatkan sebuah Toyota Hilux, Proton Wira dan Proton Inspira.

“Siasatan awal mendapati Proton Inspira dipandu lelaki tempatan berusia 26 tahun dipercayai terbabas sebelum berhenti di lorong kanan lebuh raya," katanya Salam kenyataan pada Isnin.

Mohd Zamzuri berkata, sebuah Proton Wira dipandu lelaki warga Indonesia berusia 40 tahun kemudian melanggar kenderaan terbabit sebelum sebuah Toyota Hilux dipandu lelaki tempatan berusia 41 tahun turut merempuh Proton Inspira berkenaan.

"Insiden itu menyebabkan Proton Inspira dan Toyota Hilux terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar penghadang jalan.

"Kesemua pemandu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Menurutnya, Toyota Hilux mengalami kerosakan pada bahagian bumper belakang, sensor undur, bonet hadapan, bumper hadapan dan tangki air.

“Proton Wira pula mengalami kerosakan pada bumper, bonet, lampu hadapan kiri dan kanan serta fender, manakala kerosakan Proton Inspira masih dalam siasatan,” katanya.

Mohd Zamzuri berkata, polis telah menahan pemandu Proton Inspira bagi membantu siasatan.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Antara tindakan diambil termasuk mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), merakam percakapan saksi, melakukan lawatan ke lokasi kejadian serta pemeriksaan dan mengambil gambar kenderaan terlibat,” katanya.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2026 05:09 PM | Show all posts
laju2 sungguh...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2026 06:17 PM | Show all posts
kereta inspira tu sah sah dah accident sampai melintang macam tu..
driver indon bodoh tak alert dah ada kereta pasang hazard light kejadah..
boleh pulak mencelah ikut kanan dengan lajunya..
kau ada lesen ke takde lesen..
dasar indon goblok..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2026 06:35 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 11-5-2026 06:17 PM
kereta inspira tu sah sah dah accident sampai melintang macam tu..
driver indon bodoh tak alert dah  ...

kan...patut dia kena tahan...sbb dah ada kete lain bg hazard light sbb inspira dah accident. tiba2 lak dia boleh drive celah kanan dengan lajunya langgar inspira yang dah accident. bodoh indon.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2026 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 11-5-2026 06:35 PM
kan...patut dia kena tahan...sbb dah ada kete lain bg hazard light sbb inspira dah accident. tiba2 ...

Dah berani klik tengok ke video kat atas tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2026 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 11-5-2026 04:37 PM
Kemalangan tiga kenderaan: Pemandu Proton Inspira ditahan
AHMAD ISMADI ISMAILAHMAD ISMADI ISMAIL
11  ...

Oh..terima kasih infonya...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2026 08:52 PM | Show all posts
kotakbaju replied at 11-5-2026 07:40 PM
Dah berani klik tengok ke video kat atas tu

aah lps ultra78 tepek berita menyatakan tiada yg maut
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2026 09:44 AM | Show all posts
dgrnya pemandu inpira tu lari...lari masa kejadian ke camne...tp dah ditangkap oleh polis kat Klang...polis nk siasat ada pengaruh alkohol ke boleh terbabas mcm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2026 11:14 AM | Show all posts
kalau drive tolong la jadi extra alert. esp time malam/gelap. bukan suruh slow macam siput tapi alert. tengok ke depan 100m tu aware dgn surrounding. kalau rabun sila pakai spect. ini dah tinggal 10m baru la start nak react pastu menggelabah.


Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2026 12:18 PM | Show all posts
Toyota Hilux mengalami kerosakan pada bahagian bumper belakang, sensor undur, bonet hadapan, bumper hadapan dan tangki air.

“Proton Wira pula mengalami kerosakan pada bumper, bonet, lampu hadapan kiri dan kanan serta fender, manakala kerosakan Proton Inspira masih dalam siasatan,” katanya.



detailnya

kena telly bila report kt balai

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-7-2026 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.121134 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list