CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1294|Reply: 19

[Tempatan] 'Malu jangan fikir, kerja baik kita buat saja' - Atok Grab

[Copy link]
Post time 11-5-2026 12:29 PM | Show all posts |Read mode
Edited by akuMNdia at 11-5-2026 12:29 PM


ZAKARIA gigih mencari rezeki sebagai penghantar makanan walaupun sudah bergelar warga emas.

Kuala Lumpur: "Malu jangan fikir, kerja yang baik kita buat saja." Itu pegangan hidup Zakaria Abdul Wahab, 71 atau lebih dikenali sebagai Atok Grab dalam kalangan pelanggan dan rider yang masih gigih mencari rezeki sebagai penghantar makanan walaupun sudah bergelar warga emas.

  Zakaria mula menyertai platform Grab pada 2021 ketika pandemik COVID-19 melanda dan sejak itu terus kekal di jalanan demi menyara keluarga.

Menurutnya, dia memilih kerja itu kerana sistemnya lebih mudah, fleksibel dan tidak terlalu rumit berbanding pekerjaan lain.

"Sistem Grab ini mudah tidak kira usia muda atau berusia macam saya sebab hanya ambil tempahan dan hantar, jika nak cancel pun mudah, tidak menyusahkan," katanya ketika ditemui Harian Metro.

Walaupun sudah berusia, Zakaria tetap memikul tanggungjawab keluarga termasuk membantu anak yang mengalami masalah kesihatan sejak sembilan bulan lalu.

Katanya, keadaan itu membuatkan dia perlu terus bekerja bagi menampung keperluan harian yang semakin tinggi.

"Kalau duduk rumah saja pun tak boleh, saya kena keluar bekerja kerana saya ada anak dan isteri yang perlu ditanggung apatah lagi anak sulung yang berusia 39 tahun mengalami serangan strok.

"Sebelum ini, anak sulung banyak membantu mencari rezeki dengan menjadi pemandu e-hailing Grab, jadi sekarang saya hilang 'tulang belakang'.

"Malah, saya kini mencari duit tambahan untuk membawa dia berubat supaya sihat kembali," katanya.

Zakaria tidak terlepas daripada risiko menjadi penghantar makanan apabila pernah terbabit dalam kemalangan beberapa tahun lalu membabitkan lori 10 tayar.

"Motosikal rosak teruk, tetapi syukur saya selamat dan sekarang saya hanya menggunakan motosikal lama," katanya.

Walaupun insiden itu meninggalkan kesan, ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus mencari rezeki di jalanan.

Bercerita mengenai pendapatan, Zakaria berkata, ia bergantung kepada cuaca dan permintaan.

"Paling banyak 20 tempahan sehari, kadang-kala lebih sikit jika cuaca baik, boleh cecah lebih RM100 termasuk tip.

"Namun, saya tidak berapa kuat seperti dulu untuk bekerja dari pagi hingga malam, sekarang saya terpaksa hadkan waktu bekerja," ujarnya.

Menurutnya, tip daripada pelanggan dianggap rezeki tambahan dan dia tidak pernah meminta-minta untuk diberikan tip.

Selain itu Zakaria berkata, usia bukan alasan untuk berhenti bekerja selagi masih mampu bergerak dan sihat.

"Kalau kerja baik, buat saja, perasaan malu kita tolak tepi," katanya.

Katanya, bekerja turut membantu dirinya kekal aktif berbanding hanya duduk di rumah.

Dalam pada itu, Zakaria turut menasihatkan golongan muda supaya tidak terlalu memilih kerja.

"Kerja ini ikut minat, bagaimanapun jangan sesekali duduk saja tanpa buat apa-apa," katanya.

Menurutnya, pengalaman hidup mengajar dia bahawa setiap pekerjaan boleh dipelajari jika ada kemahuan.

Zakaria turut meluahkan harapan supaya bantuan kepada warga emas yang masih bekerja dapat dipermudahkan tanpa perlu melalui terlalu banyak syarat dan dokumen.

"Sepatutnya syarat bantuan dilonggarkan terutama golongan seperti kami yang tetap bekerja walaupun sudah masuk usia senja.

"Bila-bila masa saya akan dijemput Allah SWT dan saya sangat berharap anak sulung diberi kesembuhan supaya dia boleh mencari rezeki semula," katanya.

Walaupun diuji dengan pelbagai cabaran, Zakaria tetap meneruskan rutin hariannya di jalanan demi satu tujuan, memastikan keluarganya terus terbela.

Sebelum ini, kisah Zakaria mula tular di media sosial selepas dia dilihat masih gigih bekerja sebagai penghantar Grab walaupun sudah berusia 71 tahun, sekali gus mencuri perhatian ramai yang kagum dengan semangatnya mencari rezeki tanpa mengenal usia.

Orang ramai yang ingin meringankan beban Atok Grab boleh menyalurkannya ke akaun Maybank (Zakaria Abdul Wahad) 162861090894.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-5-2026 01:40 PM | Show all posts
lbh kurang 2 thn lps aku ada order makanan guna foodpanda.
lama gak la tunggu rider tu bawak makanan aku tu.
aku tgk kat map tu merata2 rider tu pergi (tak jauh dari opis aku) tapi bukan hntr makan org lain.
aku ni dok la sabarkan diri yg dah lapar.
sampai2 jer rider tu aku tgk pakcik tua dgn motor yg agak tua jugak. dia tak pandai sgt guna wave/map rasanya tu pasal merata2 dia perginya.
pakcik tu siap mintak mahap lagi.
sebak pulak aku tgk dah tua2 gigih cari rezeki.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2026 01:48 PM | Show all posts
kalau tak silap, atok ni la yg iol nmpk tahun lepas ke  2 tahun lepas mcm tu

kat petronas ttdi

i was like...gigih laaa atuk duk buat grab



moga dipermudahkan urusan, elok sihat, dimurahkan rezeki


Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2026 01:53 PM | Show all posts
Sesungguhnya rezeki yang pakcik dapat dari berhujan berpanas jauh lebih mulia dari rezeki resuah kesukaan sesetengah orang.

God Bless pakcik.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2026 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
moga terus sihat... sedih tengok hujan2 g hantar makanan... gigil²...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2026 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga segala urusan pak cik dipermudah, diberi kesihatan yang baik dan dilimpahkan rezeki sebanyak-banyaknya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2026 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan atok grab ni. Tu ada bagi sekali nom akaun moh le kita bantu sorang sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2026 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Utk rawatan anak sakit tu boleh mohon bantuan zakat tak ya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2026 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakcik lagi mulia drp anak2 norish karman.

Semoga rezeki pakcik skliarga dilimpahkan sebanyaknya
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2026 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga atok sentiasa sihat
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2026 01:25 AM From the mobile phone | Show all posts
akuMNdia replied at 11-5-2026 01:40 PM
lbh kurang 2 thn lps aku ada order makanan guna foodpanda.
lama gak la tunggu rider tu bawak makanan ...

Sedihnya baca
Moga dimuliakan Allah, diberi kesihatan dan dimurahkan rezeki kpd warga emas dan oku yg gigih mencari rezeki
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2026 02:05 AM | Show all posts
supernaturalee replied at 11-5-2026 05:48 AM
kalau tak silap, atok ni la yg iol nmpk tahun lepas ke  2 tahun lepas mcm tu

kat petronas ttdi

ada anak tapi anak sulong baru kena stroke.
i tak boleh baca kes kes gini. i jadi anxiety.
kita tak kenal dia pun tapi kita dok memikir hal dia.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2026 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang dulu² cukup malu meminta² hatta nak minta bantuan zakat @ JKM pun malu. Selagi ada kudrat dia akan usaha sendiri walaupun dia sebenarnya layak dapat bantuan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2026 09:02 AM | Show all posts
smoga pakcik sntiasa dlm rahmat Allah & dilindungi selalu dari segala kecelakaan..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2026 09:41 AM | Show all posts
jom ramai2 bantu bg sikit sumbangan...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2026 10:43 AM | Show all posts
semoga sentiasa dalam lindungan Allah.. semoga murah rezeki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2026 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
lostnfaun replied at 12-5-2026 07:54 AM
Orang dulu² cukup malu meminta² hatta nak minta bantuan zakat @ JKM pun malu. Selagi ada kudrat di ...

zakat skrg utk projek/pelaburan sekrg..haha..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2026 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Zakat kena songlap kot
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2026 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
la ni sepinggan lunch rm15
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2026 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Allah SWT mengurniakan rezeki yg melimpah dan kesihatan yg baik utk atok Zakaria Abdul Wahab dan segala kebaikan dunia akhirat, Allahummasalli ala Saiyidina Muhammad waala alihi wasahbihi wasalam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2026 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.932120 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list