CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1271|Reply: 11

[Jenayah] Tan Sri Daud Bakar didakwa pecah amanah RM10.55 juta

[Copy link]
Post time 11-5-2026 12:00 PM | Show all posts |Read mode
Tan Sri Daud Bakar didakwa pecah amanah RM10.55 juta
Oleh Ahmad Johari Mohd Ali - Mei 11, 2026 @ 11:11am

Mohd Daud hadir ke Mahkamah Sesyen bagi menghadapi tujuh tuduhan pecah amanah berjumlah RM10.55 juta hari ini. NSTP/AIZUDDIN SAAD

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Majlis Penasihat Syariah (SAC) Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar adalah antara dua pengarah syarikat yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tujuh tuduhan pecah amanah berjumlah RM10.55 juta.

Mohd Daud, 62, yang juga tokoh kewangan Islam di negara ini dan Datuk Norliza Tajudin, 54, mengaku tidak bersalah terhadap tujuh tuduhan itu sebaik dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Suzana Hussin.

"Faham, minta dibicarakan," kata mereka.

Mohd Daud dan Norliza didakwa sebagai ejen iaitu pengarah dan pemegang saham syarikat perdagangan, Energy Eco Sdn Bhd yang diamanahkan dengan wang milik individu, koperasi serta syarikat iaitu Moideen Kunjayu (RM600,000); Koperasi Perumahan Sentul Pasar Kuala Lumpur Berhad (RM1.95 juta), bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim (RM2 juta) dan Myad Kapital Sdn Bhd (RM6 juta).

Mereka didakwa dengan niat bersama, melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta berkenaan secara tidak jujur iaitu menggunakan harta terbabit dengan melanggar kontrak nyata.

Kontrak itu dibuat mengenai penyempurnaan amanah iaitu Perjanjian Pendahuluan Pemegang Saham (SAA) bertarikh 22 Jun 2021, 19 Januari 2022, 1 April 2022, 27 April 2022, 6 Disember 2022, 5 April 2023 dan 12 Mei 2024 di antara Energy Eco dengan semua pelabur terbabit.

SAA itu menyatakan 'syarikat hendaklah menggunakan pendahuluan pemegang saham berkenaan semata-mata dan secara eksklusif bagi pembiayaan pembinaan serta pengembangan kapasiti pengeluaran perniagaan pembuatan sarung tangannya dan selaras pematuhan syariah'.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di antara 22 Jun 2021 hingga 12 Mei 2024 di Maybank Islamic Berhad, Cawangan Taman Setiawangsa dan RHB Islamic Bank Berhad, Cawangan Bangsar Shopping Centre, Jalan Maarof, Bangsar di sini.

Susulan itu, mereka didakwa dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat serta juga dikenakan denda.

Berita lanjut menyusul




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2026 01:17 PM | Show all posts
Lorr...dia ni ke? Baru je abis baca buku dia "I have 25 hours a day"
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2026 01:42 PM | Show all posts
hollohhhh yg belakang tu

mari angin, berjerebu siss



Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2026 03:44 PM | Show all posts
Mohd Daud, 62, yang juga tokoh kewangan Islam di negara ini
Penunggangkah?


Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2026 03:45 PM | Show all posts
Datuk Dr Mashitah Ibrahim? Kena scam juga kah...?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2026 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Menyesal follow ig dia ni dulu.

Penunggang rupanya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2026 01:41 AM | Show all posts
Budaya Msia... ambik ko..

Ni lebih hina dari vavi..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2026 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut laa hidup kaya raya. Songlap duit rupanya. Aku penah jumpa dia ni 2-3 kali.. nmpk nerd inesen je.. rupa rupanya…..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2026 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Dok fikir macam mana dia boleh buat gitu? Benda basic kot patut duit pelaburan guna untuk bisnes tapi buat benda lain.

Dia bagi tokoh kewangan Islam, banyak bagi talk & pengerusi pelbagai company/GLC takkan benda gini pun dia tak boleh fikir ye. Pelik sungguh.

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2026 10:51 AM | Show all posts
Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar ialah seorang tokoh kewangan Islam dan cendekiawan Syariah terkenal dari Malaysia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam bidang kewangan Islam dan penasihatan Syariah. Beliau berasal dari Alor Setar, Kedah.

Maklumat Utama
Nama penuh: Tan Sri Dr. Mohd Daud bin Bakar
Bidang: Kewangan Islam, Syariah, fintech dan penasihatan korporat
Pengasas dan Pengerusi Eksekutif:
Amanie Group
Bekas Presiden:
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Pernah menjadi:
Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia
Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Beliau juga terlibat sebagai penasihat Syariah kepada banyak institusi kewangan antarabangsa termasuk:

Morgan Stanley
BNP Paribas
Amundi Asset Management
Dow Jones Islamic Market Index

Selain bidang kewangan Islam, beliau juga aktif dalam:

teknologi kewangan (fintech),
pembangunan modal insan,
penulisan buku,
dan dunia korporat.

Beliau telah menulis lebih 40 buah buku berkaitan Syariah, ekonomi dan kewangan Islam.

Anugerah dan Pengiktirafan
???? Anugerah Diraja Kewangan Islam 2022

Anugerah paling berprestij yang diterimanya ialah:

Anugerah Diraja Kewangan Islam 2022

Anugerah ini dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong dan dianjurkan bersama oleh Bank Negara Malaysia serta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk menghargai tokoh yang memberi sumbangan besar kepada pembangunan kewangan Islam global.

???? Tokoh Perdana Maulidur Rasul Kebangsaan 2014

Beliau pernah menerima pengiktirafan sebagai:

Tokoh Perdana Maulidur Rasul 2014

Pengiktirafan ini diberikan atas sumbangan beliau kepada pembangunan Islam dan kewangan Islam di Malaysia.

???? Tokoh Maal Hijrah Kedah 2023

Pada tahun 2023, beliau menerima:

Anugerah Maal Hijrah Kedah 2023

Anugerah tersebut disampaikan oleh Sultan Kedah sempena sambutan Maal Hijrah negeri Kedah.

Sumbangan Utama

Antara sumbangan besar beliau ialah:

membantu membangunkan standard Syariah antarabangsa,
memperluas penggunaan kewangan Islam global,
memperkenalkan konsep fintech patuh Syariah,
dan membangunkan standard Syariah emas pertama oleh AAOIFI.

Beliau sering dianggap antara tokoh paling berpengaruh dalam industri kewangan Islam dunia moden.

Hebat orangnya, kepakaran dah terbukti dan diiktiraf. Dimana silapnya?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2026 10:58 AM | Show all posts
Semoga anak cucu keturunan kita tak gelap mata dgn wang ringgit..Aamin
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2026 10:58 AM | Show all posts
Semoga anak cucu keturunan kita tak gelap mata dgn wang ringgit..Aamin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2026 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.367193 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list