CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 936|Reply: 6

[Tempatan] Lelaki Myanmar lari lepas rempuh penunggang motosikal hingga maut

[Copy link]
Post time 11-5-2026 05:16 AM | Show all posts |Read mode



Lelaki Myanmar lari lepas rempuh penunggang motosikal hingga mautGAMBAR hiasan

Kota Bharu: Penunggang motosikal maut selepas kenderaannya dirempuh sebuah kereta disyaki dipandu lelaki warga Myanmar berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, mangsa berusia 20-an yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dari arah Ketereh menghala ke Kota Bharu maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri berkata, pada jam 4.30 semalam, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu menerima laporan berkaitan kemalangan maut membabitkan motosikal dan sebuah kereta.

Katanya, siasatan awal mendapati, seorang lelaki menunggang motosikal di jalan lurus dari arah Ketereh menghala ke Kota Bharu.

"Apabila sampai di lokasi kejadian, tiba-tiba sebuah Perodua Aruz yang dipandu seorang lelaki dipercayai warganegara Myanmar berusia 30-an dari arah bertentangan masuk ke laluan hingga menyebabkan perlanggaran dengan penunggang motosikal itu.

"Akibat kejadian itu, penunggang motosikal mengalami cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kereta sedang dikesan," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk proses bedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Polis meminta orang ramai yang melihat kemalangan tampil membantu siasatan di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kota Bharu atau boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Nurul Izzati Mohammad Rosli di talian 09-7752315.

"Polis juga menggesa orang ramai supaya berhati-hati ketika memandu dan mematuhi undang-undang serta isyarat lalu lintas," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2026 12:55 PM | Show all posts
Haaaa, bela lagi segala pati rohingok, miangma, asia selatan kesayangan. Angkut lagi....
Celaka babi sial punya pendatang. Bagi 302 tak kira mabuk ke tak mabuk.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2026 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
silance replied at 11-5-2026 12:55 PM
Haaaa, bela lagi segala pati rohingok, miangma, asia selatan kesayangan. Angkut lagi....
Celaka babi ...

Ank rohingya ank saiya....
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2026 04:32 PM | Show all posts
bawak laju ke sampai terbabas langgar motor yg tak bersalah sampai meninggal org tu??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2026 02:11 AM | Show all posts
Ini.....


Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2026 07:52 AM | Show all posts
Skuau replied at 11-5-2026 01:53 PM
Ank rohingya ank saiya....

Ank sbh ank saiya....


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2026 11:14 AM | Show all posts
warga kesayangan NGOK! ada sorang kwn aku title Dr kemain bekap rohingya ni sbb dia aktivis.. bile kwn2 suruh dia bela dkt rumah tahu pulak tak nak, dok spin cite sana sini..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-7-2026 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.280267 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list