CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 895|Reply: 7

[Tempatan] MTEN teliti cadangan semak semula subsidi T20

[Copy link]
Post time 10-5-2026 07:45 PM | Show all posts |Read mode
MTEN teliti cadangan semak semula subsidi T20

Zanariah Abd Mutalib - Mei 10, 2026 @ 2:30pm

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang meneliti cadangan untuk menyemak semula pemberian subsidi minyak RON95 yang turut dinikmati golongan T20 ketika ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, cadangan mengenai perkara itu diteliti Pasukan Petugas Pengurusan Krisis (PPPK) di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang dipengerusikan Tan Sri Mohd Hassan Marican sejak sebulan lalu.

"Kita sudah meneliti dan ada perbincangan sama ada (semakan subsidi) membabitkan T5, T10, T15 atau T20 kerana kita tidak mahu ia memberi kesan, contohnya kepada kelas menengah atas.

"Jadi, mereka sedang menelitinya. Saya harap kita akan memuktamadkannya nanti," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama Mahasiswa India di Universiti Malaya (UM) di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyarankan kerajaan untuk melaksanakan subsidi bersasar secara lebih menyeluruh, termasuk meneliti semula pemberian subsidi petrol RON95 kepada golongan T20.

Dr Muhamad Akmal berkata, subsidi berkenaan lebih wajar disalurkan kepada golongan B40 dan M40 yang lebih terkesan dengan peningkatan kos sara hidup, selain sebagai langkah memperkukuh ekonomi negara dalam berdepan ketidaktentuan global.

Cadangan itu adalah antara 25 resolusi utama yang dibincangkan dalam program Rundingan Meja Bulat Nasional (RIMBUN) 2.0 yang memfokuskan isu kedaulatan ekonomi negara, semalam.

Ketika ini, semua rakyat Malaysia berusia 16 tahun ke atas, yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif layak menikmati subsidi petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter menerusi inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95), tanpa mengira kategori pendapatan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2026 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok dihapuskan secara menyeluruh tanpa kira lapisan masyarakat supaya rakyat lebih berhemat dalam berbelanja dan demi kelangsungan masa depan negara. Salurkan duit subsidi untuk projek dan kemudahan yang lebih beri manfaat kepada rakyat secara keseluruhan; bina sekolah, hospital, masjid, penganngkutan awam, dab banyakkan taman-taman awam dan kawasan hijau untuk rakyat beriadah.

Kerajaan patut ambil kesempatan masa pihak pembangkang tengah lemah dan lembik. Nanti bila geng-geng PH jadi pembangkang semula nanti diorg ajak rakyat berguling-guling atas jalan buat bantahan. Semak
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2026 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Hoi setan.. hapuskan yg T5  T10 dulu bodohhh
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2026 11:43 PM | Show all posts
Jangan terlalu menghukum orang kerana dia kaya. Tanpa orang kaya negara pun tak boleh kaya. Eh ko faham tak non?

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2026 12:07 AM | Show all posts
Potong subsidi T20 lagi penting banding sekat rompakan subsidi pati asing worangs ka?
Tong gas, letrik, air, minya massa packet, tepung, petrol, disel….
Bod bod bod…
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2026 12:25 AM | Show all posts
Apa definition T1, T5, T10, T20 tu semua? Jangan plak combine gross salary laki bini, buat part time Grab terus masuk T20
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2026 01:22 AM | Show all posts
Undi DAP biar satu semenanjung jadi seperti PP.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2026 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau hapuskan subsidi T20 mesti akan memyebabkan golongan T20 rasa tak puas hati sebab banyak subsidi dan bantuan dapat ke b40, m40.
B40 dan M40 pun akan selesa hidup tak produktif, tak usaha lebih untuk tingkatkan ekonomi. Tapi dalam masa sama masih lagi keluarkan duit untuk buat hobi dan berhibur dengan aktiviti bodoh dan tak faedah

Sebab tu semua subsidi pukal perlu dihapuskan secara total/keseluruhan.
Siapa nak lebih kena keluar duit lebih, usaha lebih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2026 08:57 PM GMT+8 , Processed in 1.612034 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list