|
View: 1561|Reply: 13
|
[Tempatan]
"Khilaf Saya Lambat Maklum Bapa Sudah Dijamin" - { Tabung Kutipan Dah Tutup Ke Belum? }
[Copy link]
|
|
|
Edited by ^CUN_GILA~. at 9-5-2026 08:10 PM
PETALING JAYA – Anak kepada pemandu van yang didakwa melanggar murid tahun dua, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Maimon dekat Parit Sulong, Johor hingga maut Selasa lalu, memaklumkan wang ikat jamin berjumlah RM5,000 bagi bapanya telah pun dijelaskan oleh syarikat tempat lelaki itu bekerja.
Menerusi satu hantaran di media sosial, anak Nordin Ithnin dikenali sebagai Hafiz berkata, terdapat kekeliruan berhubung kutipan sumbangan yang dibuat rakannya bagi membantu meringankan beban keluarga mereka.
Menurut Hafiz, pemilik akaun @Syhmirzli21 yang membuat hantaran berkaitan bantuan tersebut merupakan sahabatnya yang bertindak membantu tanpa pengetahuannya.
“Assalamualaikum semua, saya Hafiz anak Pak Cik Nordin. Pemilik akaun ini sahabat saya, dia bantu di luar pengetahuan saya. Khilaf saya terlupa bagi butiran tentang pembayaran ikat jamin itu. Ikat jamin sudah dibayar oleh syarikat ayah,” katanya dalam satu hantaran di Threads hari ini.
Dalam pada itu, Hafiz turut menegaskan akaun tersebut merupakan satu-satunya akaun rasmi yang dikendalikan rakannya bagi tujuan pengumpulan sumbangan.
Katanya, sebarang sumbangan yang diterima akan diserahkan kepada bapanya sebagai amanah daripada orang ramai.
“Saya akan serahkan amanah awak semua kepada ayah saya. Sumbangan ini atas inisiatif sahabat-sahabat saya untuk mengurangkan beban ayah saya. Saya amat menghargai bantuan semua terhadap ayah saya,” ujarnya.
Sebelum itu, seorang individu dipercayai rakan Hafiz menggunakan akaun media sosial @Syhmirzli21 memuat naik hantaran meminta pandangan netizen sama ada wajar membuka tabung bantuan buat keluarga tersebut.
Menurut individu berkenaan, Nordin, 61, yang bekerja sebagai pemandu van hanya menerima gaji sekitar RM1,800 sebulan, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai kemampuan membayar wang ikat jamin.
“Dah lah gaji ayah kawan aku RM1,800. Terduduk dia nak bayar. Aku dilema sekarang nak buka tabung ke tak. Seorang RM1, satu view 5,000 cukup RM5,000 kan?” katanya.
Rakan tersebut turut berkongsi bahawa Hafiz merupakan kenalannya sejak tahun 2016 dan menyifatkan lelaki itu sebagai seorang individu baik serta mengutamakan keluarga.
Semalam, Nordin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Batu Pahat, atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian Nur Aini Umairah Mohd Fareez, 8, pada Selasa lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berhampiran dan lesen digantung dari tarikh dituduh. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
eh bebudak gen z nih
bila org lain, terpaling victim, terpaling empati, terpaling terkesan
yg ni tanpa tanya memandai bukak tabung
dah tu tabung PLK UTK ikat jamin
company dh bye
yg collections tu rsnya elok pulangkan balik
utk waris yg meninggal tu ko x nk bukak tabung ke |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Korg sibuk nk kurangkn beban pembunuh
Beban family yg menghadap kematian anak tu??
Pelik2 je mcm mana otak korang berfungsi |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 9-5-2026 08:26 PM
eh bebudak gen z nih
bila org lain, terpaling victim, terpaling empati, terpaling terkesan
Kan...org yg buat salah lak dpt sumbangan..what a joke is happening. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramai enabler. Yg tukang bg sumbangan pun kira bersubahat sokong org yg langgar arwah...kesian sgt arwah... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Muka anak beranak serupa sejibik
Jenis mata sepet ripit camni biasanya banjar kan ke jawa? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 9-5-2026 08:26 PM
eh bebudak gen z nih
bila org lain, terpaling victim, terpaling empati, terpaling terkesan
Suka hati dia buka tabung kutip dana awam
Bukan ke kena dapatkan permit dulu?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 10-5-2026 04:22 PM
Muka anak beranak serupa sejibik
Jenis mata sepet ripit camni biasanya banjar kan ke jawa?
Macam arwah M Rajoli.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 replied at 10-5-2026 09:31 PM
Macam arwah M Rajoli..
Iols plak nampak muka dorang cam Samser yg dlm kes Tragedi Salmah tu
Itu pun kat Johor jadi muka2 dorang ni sepesen jer |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dia memang sengaja ke langgar budak tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak sengaja. Tapi van berhenti jauh lepas langgar, dan budak tu leper. Yang menjadi persoalan nurtizen kenapa laju dalam kawasan sekolah. Masa tu waktu budak balik sekolah masa puncak. Dan kebanyakan sekolah tak bagi kenderaan keluar masuk masa waktu puncak ni termasuk la kereta cikgu. Cikgu kena lepaskan budak balik dulu baru dia pun boleh balik
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
janggut dia tu 'mahal' tu yg ramai derma....
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
apech replied at 11-5-2026 01:36 PM
Tak sengaja. Tapi van berhenti jauh lepas langgar, dan budak tu leper. Yang menjadi persoalan nurt ...
Leper tu mcm mana chuols? Dia gelek habis ke satu badan? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 11-5-2026 01:52 PM
janggut dia tu 'mahal' tu yg ramai derma....
Baru nak cakap.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|