CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1061|Reply: 7

[Tempatan] Pokwe, pemilik ‘rumahku rakitku’ meninggal dunia.. Al-Faihah (Dibaca)

[Copy link]
Post time 7-5-2026 05:32 PM | Show all posts |Read mode




KEMAMAN – Pemilik ‘rumahku rakitku’ yang terkenal dengan inovasi membina rumah terapung pada musim banjir, meninggal dunia, hari ini.

A. Bakar Che Ahmad, 71, atau lebih dikenali sebagai Pokwe yang menderita kanser hempedu menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Kampung Tebak, di sini, pada pukul 1.45 tengah hari.

Anak sulungnya, Kamaruddin, 43, berkata, bapanya sebelum ini dimasukkan ke Hospital Kemaman dua minggu lalu, sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.
“Ayah (Pokwe) baru dibenarkan pulang dari HSNZ tiga hari lalu, selepas dirawat selama 19 hari di hospital itu dan Hospital Kemaman. Selepas dibenarkan pulang, kesihatan ayah semakin merosot. Dia mula tidak memberi sebarang tindak balas pada waktu tengah hari sebelum menghembuskan nafas terakhirnya di sisi ahli keluarga tidak lama kemudian,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tebak, di sini hari ini.

Jenazah A. Bakar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tebak di sini pada pukul 6.20 petang tadi.

Bekas pemandu lori itu mula membina rumah terapung pada penghujung tahun 2022 bagi menyelamatkan harta benda selain dijadikan tempat berlindung sepanjang musim tengkujuh disebabkan kediamannya berada di lokasi rendah dan sering dilanda banjir.

Pembinaan rumah rakit seluas kira-kira 6.5 meter persegi yang diapungkan dengan bantuan 102 tong plastik itu diinspirasi daripada reban ayam terapung yang dibina pada tahun 2019 bagi menyelamatkan ayam ternakannya. – KOSMO! ONLINE


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2026 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Motif 6.5m persegi itu kecil berbanding dlm gambar rumah sepatutnya 65m persegi kira 10m x 6.5m
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2026 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakcik ni mmg cerdas fikirannya walau sekadar org kampung..mmg inovatif..

Innalillahi wainna ilaihirojiun..semoga Allah SWT mengampuni dan merahmati pakcik dunia dan akhirat..takziah
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2026 09:37 PM | Show all posts
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2026 07:59 AM | Show all posts
al fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2026 10:34 AM | Show all posts
idea yg bermanfaat ke padanya. al fatihah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2026 10:49 AM | Show all posts
teringat mr. fredrickson dalam filem up yg guna belon utk terapungkan rumah dia

yg ni botol plastik



moga allahyarham diampunkan dosa2 dan dilapangkan kuburnya

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2026 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnaillahirojiun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2026 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.932353 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list