CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1196|Reply: 10

[Tempatan] Pesta air Bukit Bintang tidak gambarkan identiti Malaysia – Pelancong Australia

[Copy link]
Post time 6-5-2026 04:00 PM | Show all posts |Read mode



PETALING JAYA – Seorang pelancong dari Australia dikenali sebagai Roman Travel di TikTok meluahkan pandangannya mengenai penganjuran Rain Rave Water Music Festival 2026 di Bukit Bintang, Kuala Lumpur yang menurutnya kurang mencerminkan identiti Malaysia walaupun dianjurkan dengan baik.

Roman berkata, dia pada mulanya menghadiri acara berkenaan bagi menilai sendiri selepas membaca pelbagai reaksi dikongsikan orang ramai di media sosial.

“Acara itu sebenarnya dianjurkan dengan baik, DJ yang bagus, persiapan mantap dan mereka yang hadir kelihatan sangat menikmati suasana,” katanya.

Bagaimanapun, Roman secara peribadi merasakan wujud sesuatu yang janggal kerana elemen ‘rave’ dilihat lebih menonjol sehingga menenggelamkan aspek lain acara berkenaan.

Menurutnya, selepas sembilan bulan menetap di Malaysia, beliau semakin menghargai kepelbagaian budaya negara ini yang disifatkan sebagai unik dan menjadi daya tarikan utama.

“Namun ketika berada di acara itu, ia tidak terasa begitu mencerminkan Malaysia. Elemen rave seolah-olah lebih dominan berbanding aspek budaya,” katanya.

Pempengaruh itu turut berpendapat persepsi orang ramai terhadap acara tersebut turut dipengaruhi oleh penjenamaan serta kandungan dalam talian yang lebih menumpukan aspek pesta berbanding elemen budaya yang ada.

“Jadi akhirnya, ia terasa seperti ada sedikit ketidakpadanan antara apa yang acara itu boleh jadi dan bagaimana ia dirasai,” ujarnya.

Dalam pada itu, Roman berkata dia pernah menghadiri pelbagai sambutan kebudayaan di Malaysia seperti Hari Kebangsaan, Deepavali, Tahun Baharu Cina, Ramadan dan hari raya yang menurutnya memberikan pengalaman lebih bermakna.

“Saya rasa itulah yang membuatkan Malaysia begitu istimewa. Tetapi Rain Rave bukan sesuatu yang saya mahu alami lagi. Itu hanya pandangan saya,” katanya.

Dia turut mencadangkan idea penganjuran festival budaya berskala besar yang menggabungkan pelbagai perayaan utama di Malaysia dengan persembahan tradisional pada siang hari dan muzik moden pada waktu malam.

“Sesuatu ruang di mana penduduk tempatan dan pelancong boleh berkumpul dan benar-benar merasai apa itu Malaysia,” katanya. – KOSMO!


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-5-2026 04:00 PM | Show all posts
tapi ada mp tu kata masuk juta2 pelancong dan jana pendapatan
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2026 04:15 PM | Show all posts
Malaysia nak sedang membina identiti baru. Sama seperti muzik rock, sekarang lebai pun sudah boleh menerima muzik barat.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2026 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
misszaitun replied at 6-5-2026 04:00 PM
tapi ada mp tu kata masuk juta2 pelancong dan jana pendapatan

Lain benar komen ko ni jamg.... Apa kaitan tourist komen pasal vibe, dgn ko komen pasal pulangan??
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2026 05:01 PM | Show all posts
Roman ni bukan pelancong, dia youtuber yang buat content tentang Malaysia dan duduk di Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2026 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Rave yang akan attract orang datang, bayar tickets dan pulangan balik revenue bulan July nanti. Line up Djs Paul Van dyke, Aly&Fila, ko panggil International Djs baru orang nak datang and willing to pay, ko panggil Dj local cap ayam Ah Beng Fengtau....yang datang Bangla.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2026 06:45 PM | Show all posts
Itu pandangan seorang omputih, macam mana pandangan pelancong dari tanah besar. Yang mana lagi lebih berharga?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2026 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Eqx at 6-5-2026 08:10 PM



Ni Youtuber tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2026 08:17 PM | Show all posts
harap ASOT kembali ke Malaysia
walaupun dah tak se hardcore dulu
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2026 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Thailand songkran... Dahulu hanya activity sembur air saja cuma ada bawa elephant participate..ini saja buat thailand different...

EDM event... Dahulu popular di islands saja and baru slowly popular di mainland... thailand popular EDM event moon party phangan attract tourist mahu have some fun ...songkran popular dengan EDM sebab paid event... Largest S20 bangkok and 2nd di phuket...songkran own event bawa tiesto.. Armin.. Marcus shulz..etc ... Top djs

Aku sudah pergi both festivals... di phuket  ramadan month few days before raya.... My malaysian friends ikut jadi satan.... Di bangkok 3rd or 4th raya (ingat/lupa) ... Orang busy raya aku ligan flight ke bangkok.. 2 years in a row... Songkran festival close date dengan raya (balik cuti raya).... Hehe

Malaysia tolong bawa semula F1.. 2 in 1 event... Aku akan support... Godspeed..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2026 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Haritu ada event zapin joget lambak besar2an kat dataran merdeka bangunan sultan abdul samad...memang meriah!! Mungkin rain rave tu nak mempelbagaikan lagi jenis2 event utk tahun melawat malaysia bagi semua golongan dan minat...so, you choose lah which event resonate with your values and interest
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2026 04:12 PM GMT+8 , Processed in 1.584156 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list