CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 818|Reply: 2

[Tempatan] Maritim Malaysia tahan 15 PATI di perairan Port Dickson, rampas pistol dan peluru

[Copy link]
Post time 6-5-2026 11:26 AM | Show all posts |Read mode


Maritim Malaysia tahan 15 PATI di perairan Port Dickson, rampas pistol dan peluruSeramai 15 PATI warga Indonesia yang menaiki sebuah bot pancung, ditahan di perairan Port Dickson, awal pagi semalam. - Foto ihsan Maritim Malaysia


PORT DICKSON: Seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia, termasuk seorang tekong, ditahan di perairan Port Dickson, awal pagi semalam.

Pengarah Maritim Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Salehuddin Zakaria, berkata ia hasil maklumat risikan mengenai kegiatan penyeludupan migran melalui laluan tidak diwartakan.

"Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Melaka dan Negeri Sembilan berjaya menggagalkan cubaan masuk 15 PATI warga Indonesia, termasuk seorang tekong.

"Dalam kejadian kira-kira jam 3.40 pagi itu, bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan rutin, berjaya memintas sebuah bot pancung yang mencurigakan tanpa nombor pendaftaran, kira-kira 0.5 batu nautika barat daya Pantai Cahaya Negeri," katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati lapan lelaki dan tujuh wanita berusia antara 20 hingga 46 tahun berada di atas bot itu.

"Kesemua mereka ditahan selepas gagal menunjukkan sebarang dokumen perjalanan yang sah untuk memasuki negara ini.

"Selain itu, hasil pemeriksaan rapi ke atas bot terbabit turut menemukan sepucuk pistol jenama Colt yang telah dileraikan bersama lima butir peluru hidup," katanya.

Salehuddin berkata, semua tahanan dan rampasan itu kemudian dibawa ke jeti Ibu Pejabat Maritim Melaka dan Negeri Sembilan untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, serta Akta Senjata Api 1971.

"Maritim Malaysia menggesa orang ramai menyalurkan sebarang maklumat atau aduan kecemasan di laut melalui talian 999 atau menghubungi Pusat Operasi Maritim Melaka dan Negeri Sembilan melalui talian 06-3876730 untuk tindakan segera," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2026 11:41 AM | Show all posts
"Kesemua mereka ditahan selepas gagal menunjukkan sebarang dokumen perjalanan yang sah untuk memasuki negara ini.

Tak payah la nak bersopan sangat tanya mana dokumen perjalanan masuk. Pot dikson tu mana ada counter chop paspot. Menyampah betul.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2026 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari2 kutuk Msia..berhabis juga nk masuk Msia.Lama lagi gelaran INDON tu akan melekat...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2026 06:55 PM GMT+8 , Processed in 1.222152 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list