CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3348|Reply: 46

Pertikaian selesai secara baik, terima kasih Intan – Izreen Azminda

[Copy link]
Post time 5-5-2026 10:25 PM | Show all posts |Read mode





PILIH jalan damai, sengketa antara pelakon Izreen Azminda dengan bekas madunya, Intan Salleh yang berlarutan selama bertahun-tahun berakhir apabila masing-masing sepakat untuk bermaaf-maafan.


Izreen atau nama sebenarnya, Izreen Azminda Aznam, 41, bersyukur apabila segala pertikaian antara mereka dapat diselesaikan secara baik sekali gus diharap mampu mengeratkan hubungan anak-anak.


“Syukur Alhamdulillah ya Allah. Akhirnya pertikaian antara kami dapat diselesaikan secara baik. Terima kasih Intan.


“Harapan saya, selepas ini hubungan yang terjalin lebih terpelihara demi kebahagiaan kita bersama terutamanya untuk anak-anak,” katanya menerusi perkongsian dalam Instagram.


Dalam hantaran tersebut, Izreen turut memuat naik gambar mereka berdua berpelukan dipercayai di pekarangan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.


Difahamkan, kedua-duanya hadir ke mahkamah bagi prosiding kes saman fitnah yang difailkannya pada 2023.


Pada masa sama, pelakon drama Hilangkah Janji Kita itu turut meminta maaf untuk setiap kekhilafan yang pernah dilakukan selama ini.


“Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf jika sebarang tindakan atau perbuatan saya sebelum ini yang mengguris hati Intan dan mana-mana pihak.


“Segala perkongsian saya selepas ini adalah bersifat peribadi dan tidak merujuk kepada pihak lain,” ujarnya.


Berharap hubungan baik terus kekal terjalin, ibu kepada tiga anak itu berdoa segala perkara baik antaranya dengan Intan terus dipelihara Allah.


“Terima kasih sekali lagi Intan. Ya Allah, jagalah dan lindungilah hubungan ini sebaik-baiknya,” katanya.


Izreen tidak ketinggalan mengucapkan terima kasih kepada peguamnya yang sentiasa bersama dan memberi nasihat sepanjang proses di mahkamah.


Kemelut antaranya dan Intan berlaku sejak perkahwinannya dengan Ude Wahid yang juga pemuzik pada 8 Ogos 2017.


Mereka saling berbalas komen ‘panas’ dalam media sosial yang meraih perhatian umum sehingga akhirnya perseteruan itu membawa kepada kes di mahkamah pada tahun 2024.


Ude sebelum ini pernah mengahwini Intan pada 1 Mac 2013 namun mereka bercerai pada 22 Mac 2018 iaitu selepas beberapa bulan wanita itu dimadukan.


Perkahwinan tersebut dikurniakan dua cahaya mata, manakala rumah tangga bersama Izreen pula diserikan tiga cahaya mata.




Sumber : – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2026 10:35 PM | Show all posts
syukurlah akhirnya berbaik
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2026 10:35 PM | Show all posts
hidup ini singkat saja untuk dihabiskan dengan dendam
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2026 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Tetap busuk si Jering ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2026 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Syukur
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2026 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by noor2 at 6-5-2026 09:11 AM

Manusia x boleh lawan kuasa Allah.

Finally...kita hidup ni untuk apa...untuk mengejar syurga..Ujian yg Allah bg cth penceraian semua tu Allah test untuk kita ke syurga..usahla terikut Syaitan dan jd Syaitan....elakkan bergaduh , mengata org..

Alhamdulillah..kedua2nya berbaik..semoga kita semua menjadi lebih baik dan terbaik..hidup ni x lama..yg nk kita bawa ialah amalan baik untuk dapat masuk syurga..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2026 08:32 AM | Show all posts
Alhamdulillah, semoga kita semua kat sini pun buang segala sengketa sesama forumer.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2026 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ngn uda tu masih husbnd n wife ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2026 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm nora dgn fasha la kot gamaknye. Da bwk naik mahkamah. Tarik case bru la xda drama2.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2026 09:01 AM | Show all posts
even dah berbaik, iols masih memandang jering sbg pelakor
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2026 09:25 AM | Show all posts
Alhamdullilah. Aku suka cara jering ni didik anak. kat sekolah menjadi ye anak2 mereka. Pastu both of them sgt support anak2. anak last i satu school dengan anak jering.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2026 09:33 AM | Show all posts
ok la dah berbaik.. tapi tetaplah kena berhati2..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2026 09:39 AM | Show all posts
Siput_Sawah replied at 6-5-2026 08:32 AM
Alhamdulillah, semoga kita semua kat sini pun buang segala sengketa sesama forumer.

Untuk apa lagi bersengkata sesama forumer
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2026 09:52 AM | Show all posts
kude jugak yang aman aman sajorkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2026 10:33 AM | Show all posts
kiranya bekas bini minta maaf sebab kena saman la ye..
nak tarik kes, so minta maaf je senang..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2026 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
hayrin86 replied at 6-5-2026 09:39 AM
Untuk apa lagi bersengkata sesama forumer

Forumer berperang pun tak kn ke mana..buat letih jari n mata membaca makin hamun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2026 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa tulis terima kasih intan?

Meaning klu intan xmaafkn ko kena byr denda kalah saman ye?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2026 11:41 AM | Show all posts
Perumpuan dan perumpuan bergaduh, bercekau dan sumpah seranah. Si lelaki.....slumberrr Jack. Relax buat bodoh.

so who is the winner? hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2026 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 6-5-2026 10:33 AM
kiranya bekas bini minta maaf sebab kena saman la ye..
nak tarik kes, so minta maaf je senang..

Apa cerita netizen yang menderma dulu tu?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2026 12:27 PM | Show all posts
Alhamdulillah bagusla macam tu, si Intan pun dah kawen lain. Jagalag hubungan ini baik2 yaachh - nasihatku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2026 07:49 AM GMT+8 , Processed in 1.315804 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list