CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1176|Reply: 12

[Tempatan] Tiada lagi ‘Mohd’ pada nama anak

[Copy link]
Post time 5-5-2026 05:37 PM | Show all posts |Read mode



Tiada lagi ‘Mohd’ pada nama anakHantaran oleh Jabatan Pendaftaran Negara Pulau Pinang di Threads mengenai nama ‘Mohd’ sudah tiada pada anak-anak sekarang.

PETALING JAYA – Ibu bapa kini tidak lagi dibenarkan menggunakan singkatan ‘Mohd’ untuk urusan pendaftaran nama anak, sebaliknya wajib menulis ejaan tersebut secara penuh.

Menerusi hantaran di laman Threads rasmi Jabatan Pendaftaran Negara Pulau Pinang, langkah itu bertujuan memastikan ketepatan ejaan bagi generasi baharu.

“Nama yang tiada dah pada anak-anak sekarang ialah Mohd. Nama tersebut perlu ditulis penuh Mohamad, Muhamad atau Muhammad,” katanya.

Perkara ini mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai, termasuk mereka yang memiliki nama singkatan tersebut di dalam Kad Pengenalan (IC) masing-masing.

Seorang pengguna, faeez.namaku, mengakui walaupun dia tergolong dalam generasi yang menggunakan singkatan tersebut, dia bersetuju ejaan penuh adalah lebih baik.

“Saya generasi yang di IC bernama Mohd. Tapi memang lebih indah kalau ditulis penuh Muhammad,” tulisnya di ruangan komen.
“Mohd itu wujud sebab singkatan Muhammad dalam tulisan Jawi (Mim-Ha-Mim-Dal),” jelas pula pengguna @zelozyxw.

“Sedar tak sedar ,nama yang ada Mohd ini melambangkan identiti Malaysia yang ketara, tiada di dunia melainkan Malaysia. Aku yang salah satu nama yang ada Mohd ini,” kata pengguna @lastliverpool.

Trend ini menunjukkan peralihan kepada penggunaan nama yang lebih formal dan lengkap dalam dokumen rasmi bagi generasi baru di Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-5-2026 05:39 PM | Show all posts
Ada bangsa lain menggunakan ejaan MOHD selain orang melayu iatu orang Bangladesh dan rohingya.

Sedar tak sedar ,nama yang ada Mohd ini melambangkan identiti Malaysia yang ketara, tiada di dunia melainkan Malaysia. Aku yang salah satu nama yang ada Mohd ini,” kata pengguna @lastliverpool.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2026 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
“Mohd itu wujud sebab singkatan Muhammad dalam tulisan Jawi (Mim-Ha-Mim-Dal),” jelas pula pengguna @zelozyxw.



Palataw ke apa ni?? Kalau MOHD tu diambil dari Mim Haa Mim Dal, dah tentu ditulis MHMD bukan MOHD....
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2026 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Hujung2 panggil mat
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2026 07:22 PM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 5-5-2026 05:39 PM
Ada bangsa lain menggunakan ejaan MOHD selain orang melayu iatu orang Bangladesh dan rohingya.

Seda ...

Patutlah bapak nora danish guna mohd jugak, hermm skrg ni terjawab. Rohingya bapak dia Mohd Danish
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2026 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
oh baru nak tukar
masa bebudak dulu pelik juga kenapa guna singkatan mohd
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2026 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Nama anak2 akak mmg penuh eja untuk Mohamad
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2026 01:38 PM | Show all posts
Kalau nak letak M sahaja boleh tak, memang nak nama M ka kena eja Emm?

Eja penuh pun tetap lah nanti penjara penuh dengan Mohamad ja. Ban terus lagi bagus, reserve nama Mohamad ni jadi satu anugerah macam Datuk Seri.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-5-2026 01:52 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 5-5-2026 09:38 PM
Kalau nak letak M sahaja boleh tak, memang nak nama M ka kena eja Emm?

Eja penuh pun tetap lah nant ...

Seperti lelaki Somali 99.99% nama mereka bermula dengan Muhammad dan yang lagi masalah 99.99% nama panggilan mereka adalah Muhammad, semua Muhammad.  Melayu biasanya menggunakan nama panggilan kedua @muhammad alias bin ali akan dipanggil alias.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2026 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Hujung2 Mohammad Nasir dipanggil M Nasir taw
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2026 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 6-5-2026 01:38 PM
Kalau nak letak M sahaja boleh tak, memang nak nama M ka kena eja Emm?

Eja penuh pun tetap lah nant ...

Memalukan muhammad jah khen sissy… nama muhammad belaka semua pakat masuk penjara pusat serenti bagai sissy.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2026 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Nama pilihan hati akak totaplah zakaria sissy. Sebab ada perkataan zakar sissy. Zakar yang bersuka ria sissy.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2026 03:43 PM | Show all posts
my husband & anak ejaan penuh Muhammad...elokla ejaan penuh, contoh jadi ahli sukan, dengar pembaca berita atau komentator sebut mohd bunyi Mod, Mohad...bukan semua paham shortform ni,.,.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2026 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.162506 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list