CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1120|Reply: 6

[Tempatan] Kad pengenalan, pasport dengan ciri keselamatan baharu diperkenal Jun ini

[Copy link]
Post time 4-5-2026 05:48 PM | Show all posts |Read mode



Kad pengenalan, pasport dengan ciri keselamatan baharu diperkenal Jun iniMenteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika (tengah) merasmikan mySUWa dan Inisiatif Transformasi JPN pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Bagi Bulan Mei 2026 di Auditorium Setia Perkasa, Kompleks Setia Perkasa hari ini. Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah (dua, kiri), Ketua Setiausaha KDN Datuk Dr Awang Alik Jeman (dua, kanan) dan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail (kiri). - foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (MyNIISe) akan dilaksanakan sepenuhnya September ini seiring peningkatan ciri keselamatan MyKad Jun ini, dalam usaha memperkukuh sistem identiti negara serta penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata perkara itu akan menjadi detik penting bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam memperkemas pengurusan identiti negara serta memastikan pergerakan rakyat dapat dilaksanakan secara lebih lancar dan teratur.

Dokumen baharu itu membabitkan kad pengenalan dan pasport yang dilengkapi ciri keselamatan terkini, selaras dengan keperluan semasa dan cabaran keselamatan yang semakin kompleks.

"Saya percaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen Malaysia sudah bersedia dengan pelan A dan pelan B.
"Saya menaruh keyakinan tinggi bahawa kita akan dapat melepasi saat bersejarah dengan baik kerana sampai satu tempoh, kita kena mengeluarkan dokumen yang baharu sifatnya, dengan ciri keselamatan yang lebih baik dan kita telah berusaha sekian lama untuk ke arah itu," katanya semasa berucap pada Majlis Perhimpunan KDN di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya juga sudah bergerak jauh apabila sistem ini menyediakan semua prasyarat atau enabler sebelum ia diluncurkan September ini untuk membolehkan pengisian maklumat permohonan kewarganegaraan seperti yang diluluskan dalam pindaan Perlembagaan Persekutuan.

Media sebelum ini melaporkan KDN dalam usaha melaksanakan kerja naik taraf dan migrasi data bagi MyNIISe untuk memperkukuh keselamatan data dan meningkatkan kecekapan sistem demi memastikan perkhidmatan imigresen yang lebih stabil, cekap serta mesra pengguna.

MyNIISe akan menggantikan Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) yang telah digunakan lebih 20 tahun kerana sistem lama itu tidak lagi mencukupi untuk menangani cabaran keselamatan global, volum pergerakan yang tinggi, serta keperluan integrasi data semasa.

Saifuddin Nasution pada Januari berkata Malaysia akan memperkenalkan pasport dan MyKad berwajah baharu dalam tempoh enam bulan lagi sebagai sebahagian usaha memperkukuh keselamatan dokumen pengenalan negara.

Pada masa sama, Saifuddin Nasution turut menekankan kepentingan aspek keselamatan sempadan serta kecekapan sistem imigresen dalam menguruskan kemasukan dan pergerakan keluar masuk negara.

"Sebab pada saya, ini sebagai satu KPI (petunjuk prestasi utama) yang penting buat KDN tahun ini. Sempadan negara tak boleh dibolosi dengan pelbagai sindiket yang membelakangkan undang-undang," katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-5-2026 05:51 PM | Show all posts
Terima kasih anuar Ibrahim kerana menjadi kan Malaysia lebih makmur dan terkenal kepada dunia.

Passport Malaysia menduduki di tempat ke3 dan tempat ke6 dalam ranking dunia 2026.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2026 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Digital ID and NWO block chain data.
Nak jaga sempadan konon....hujung2 rakyat mengaku Malaysian but cannot speak Bahasa Melayu. Too much parasite immigrants.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2026 07:05 PM | Show all posts
Edited by silance at 4-5-2026 07:42 PM

Yeeaaah This is it. The moment of truth. Senang beli minyak massa nanti. Pati tada bole hijack da... Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2026 09:23 PM | Show all posts
nanti ada filter muka 6 lapis tak sister?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2026 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Cara cakap macam banyaknya masalah tapi tak jelas apa masalah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2026 08:50 AM | Show all posts
Orang asing datang overstay tetaplah kita tak boleh cari dan halau balik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2026 06:53 PM GMT+8 , Processed in 1.323839 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list