CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1153|Reply: 5

[Tempatan] Lelaki parah, tunang maut kereta rempuh bas di MRR2

[Copy link]
Post time 4-5-2026 03:10 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki parah, tunang maut kereta rempuh bas di MRR2
Oleh HARRITH HISHAM
4 Mei 2026, 1:47 pm

Keadaan sebuah kereta selepas terlibat kemalangan dengan sebuah bas di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2, awal pagi tadi. Foto IHSAN BOMBA

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki cedera parah manakala tunangnya maut apabila kereta dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh belakang sebuah bas yang berada di tepi jalan di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, mangsa wanita berusia 26 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian dada.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan maut tersebut pada pukul 4.53 pagi.

Menurut beliau, hasil siasatan awal mendapati kejadian melibatkan sebuah kereta jenis Proton Persona yang dipandu lelaki tempatan berusia 31 tahun bersama tunangnya.

“Ketika kejadian, kenderaan tersebut dipercayai bergerak di lorong kiri dari arah Batu Caves menghala ke Kepong sebelum pemandu gagal mengawal kenderaan.

“Kereta itu kemudian terbabas ke bahu kiri jalan dan melanggar bahagian belakang sebuah bas milik sekolah antarabangsa yang diletakkan di tepi jalan tanpa sebarang papan tanda amaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Zamzuri berkata, bas berkenaan dipercayai diletakkan di lokasi tersebut kerana pemandunya tinggal berhampiran kawasan kejadian.

Katanya, akibat kemalangan itu, penumpang wanita disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan dari Hospital Selayang.

“Pemandu kereta pula mengalami kecederaan di bahagian kepala dan telah dibawa ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan lanjut,” ujarnya.

Mohd. Zamzuri berkata, punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan, namun dipercayai pemandu gagal mengawal kenderaan, disyaki akibat mengantuk.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur bagi tujuan bedah siasat.

“Sampel darah pemandu turut diambil untuk ujian toksikologi dan kedua-dua kenderaan terlibat telah dibawa ke stor barang kes untuk pemeriksaan lanjut,” jelasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, orang ramai atau saksi kejadian yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2026 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah selalu bas lori keta parking sesuka hati tepi jalan... org igt bergerak perlahan... reflector tu kadang2 buatkan seolah2 memang lampu menyala
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2026 04:11 PM | Show all posts
Kadang2 dah letak reflector ataupun kon tapi kena kebas pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2026 04:41 PM | Show all posts
tengok gambar kat rumah ppim sebelah metro park..
area tu kan memang bersepah orang parking bahu jalan..
duduk flat kereta sampai 3 4 biji..
ikutkan bahu jalan tu besar gak kereta lori parking..

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2026 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde pulak komen totok2 macam masa Sam Ke Ting langgar kanak2 yang patutnya berada dalam rumah dengan keluarga pada 2 pagi - 3 pagi, tuduh pemandu mabuk.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2026 11:43 AM | Show all posts
tuntut pampasan

boleh ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2026 07:16 PM GMT+8 , Processed in 1.873184 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list