CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1279|Reply: 13

[Tempatan] Jalil Hamid meninggal dunia dalam tidur

[Copy link]
Post time 4-5-2026 03:08 PM | Show all posts |Read mode
Jalil Hamid meninggal dunia dalam tidur
Oleh NUR AL-FAIRUZA SYARFA NOR SAIDI
4 Mei 2026, 2:32 pm

JALIL meninggal dunia dalam tidur selepas bertarung dengan masalah jantung.

PETALING JAYA – Pelakon dan penyanyi veteran , Jalil Hamid disahkan meninggal dunia dalam tidur selepas bertarung dengan masalah jantung.

Berita tersebut disahkan anak perempuannya, Afiqah Jalil yang mendapati ayahnya tidak sedarkan diri kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

“Dia dah solat subuh dan nak rehat. Ibu pergi periksa ayah dan didapati ayah sudah tiada,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Dalam masa sama, Afiqah memaklumkan jenazah ayahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 21 selepas asar.

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 21.

“Solat jenazah akan diadakan selepas asar di Masjid Al Munawwarah, Shah Alam selepas asar,” ujarnya.

Sebelum ini, mendedahkan mengalami penurunan berat badan mendadak sebanyak 30 kilogram (kg) selepas mengalami masalah kesihatan jantung dan hilang selera makan.

Terdahulu, menerusi temu bual bersama HibGlam, arwah pernah berkongsi rasa kecewa apabila hasrat menunaikan ibadah haji pada tahun lalu tidak kesampaian berikutan masalah kesihatan.

Menurut Allahyarham, dia menyimpat niat  sejak 2008 untuk menerima panggilan daripada Tabung Haji namun gagal memenuhi syarat kesihatan ditetapkan kerana masalah jantung yang dihadapinya.

Sepanjang karier, Allahyarham cukup terkenal dengan lagu lagu Ayam dan Raya.

Menerusi lakonan pula, Jalil pernah membintangi filem Wanita Bertudung Hitam, Baginda, Zombi Kampung Pisang dan Bisik Pada Langit serta puluhan drama sejak 1980-an.

Bakat lakonannya mencuri tumpuan sehingga memenangi beberapa anugerah seperti Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Baginda) dalam Festival Filem Malaysia ke-13, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama (Calon Syurga) di Anugerah Skrin 2016.

Anak jati Masai, Johor itu  juga berjaya dinobatkan sebagai pelakon Lelaki Terbaik Filem menerusi Bisik Pada Langit pada Anugerah Telenovela 2018. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2026 03:17 PM | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirajiun...berapa yer umur arwah
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2026 04:45 PM | Show all posts
Al-Fatihah..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2026 04:53 PM | Show all posts
Innalillahi wa Inna ilaihi rojiuun.....
Industri perfileman MY kehilanga seorang lagi aktor yg hebat.
Drama AYAHANDA sedang disiar ulang pd hari Ahad jam 2.00ptg.
Semoga dicucuri rahmat ke atas roh Alahyarham JH.
Alfatihah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2026 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangkem baru je nyanyi lagu ayam masa karok minggu lepas
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2026 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainailahirojiun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2026 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah

lagu ayam smpi kena plagiat dgn penyanyi indo Farid Hardja
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2026 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalilahh Salam takziah kepada keluarga arwah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2026 01:22 AM | Show all posts
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2026 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Inna lillahi...

Memang ada masalah rupanya.

Takziah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2026 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah... Lejen...

salam takziah
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2026 09:01 AM | Show all posts

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ


selain drama2/filem2 yg disebutkan dlm artikel tu

ada 1 telemovie yg best yg arwahnya ada sama berlakon tajuk Sekeras Kerikil

pasal ayah yg hati batu, tak pandai tunjuk kasih sayang pada anak2

anak2 die, rosyam, wan maimunah dgn fauziah nawi

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2026 09:19 AM | Show all posts
aku sedih dr smlm
suka sgt  arwah berlakon
berlawak, serius, jd Abah2 paling special

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2026 10:11 AM | Show all posts

Innalillahiwainailahirojiun
Al fatihah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2026 06:09 PM GMT+8 , Processed in 0.724480 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list