CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1089|Reply: 4

[Tempatan] Lelaki warga asing terjun di KLIA2 meninggal dunia, punca kejadian disiasat

[Copy link]
Post time 3-5-2026 12:53 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki warga asing terjun di KLIA2 meninggal dunia, punca kejadian disiasat
2/05/2026 | 1:24 pm


KUALA LUMPUR, 2 Mei– Seorang lelaki warganegara asing yang tular di media sosial selepas bertindak terjun di kawasan luar balkoni Aras 3 Terminal KLIA 2 disyaki tindakan cubaan membunuh diri dalam kejadian semalam.

Ketua Polis Daerah KLIA, ACP Ravi Munusamy memaklumkan saksi awam telah melihat seorang lelaki warganegara asing membuka beg sandangnya dan berlari melompat pagar halangan sebelum bertindak terjun dari tempat kejadian pada kira-kira 9.10 malam.

“Pasukan perubatan yang tiba di tempat kejadian telah memberikan rawatan kecemasan dan lelaki tersebut dibawa ke Hospital Cyberjaya bagi tujuan rawatan lanjut.

“Lelaki tersebut kemudian disahkan meninggal dunia pada 2 Mei pukul 2.55 pagi,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Hasil semakan mendapati lelaki itu merupakan warganegara Algeria berusia 30 tahun dan punca kejadian masih dalam sisatan polis.

“Setakat ini, siasatan dijalankan mengikut Prosedur Kematian Mengejut (SDR),” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian terbabit bagi mengelakkan sebarang berita tidak benar.

Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut, boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA di talian 03-87768222.

RINGKASAN BERITA AI−

• Saksi awam melihat lelaki buka beg sandang, berlari, melompat pagar halangan dan terjun kira-kira 9.10 malam.
• Pasukan perubatan memberikan rawatan kecemasan; lelaki disahkan meninggal dunia pada 2 Mei pukul 2.55 pagi.
• Lelaki dikenal pasti warganegara Algeria, 30 tahun; punca kejadian disiasat mengikut Prosedur Kematian Mengejut (SDR).


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2026 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmmmm mai Msia pastu bunuh diri....apadaa
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2026 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Why? Semalam warga China.. ni Algeria pulak. Berhantu la klia nanti
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2026 02:30 PM | Show all posts
adoi. mcm dekat2 jer date insiden both ni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2026 02:57 PM | Show all posts
dua2 ada kaitan ke? kata yg girl tu putus cinta...merajuk, pastu bunuh diri. ni sorang lg lelaki...ke lelaki ni la boiprennya? tekejut girlpren mati, dia pun ikut sekali
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2026 05:48 PM GMT+8 , Processed in 1.702646 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list