CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 924|Reply: 0

[Tempatan] Amran enggan susahkan keluarga, pilih tinggal di bangsal usang dalam hutan di Kelantan

[Copy link]
Post time 3-5-2026 12:35 PM | Show all posts |Read mode
Amran enggan susahkan keluarga, pilih tinggal di bangsal usang dalam hutan di Kelantan
Syaherah Mustafa - Mei 3, 2026 @ 12:19pm

Amran Mamat (tengah) menerima kunjungan Anuar dan Tuan Zaimah di bangsal tempat tinggalnya di Kampung Telaga Mas di Rantau Panjang, Kelantan. - NSTP/Syaherah Mustafa

RANTAU PANJANG: Tidak mahu menyusahkan keluarga, seorang lelaki mengambil keputusan tinggal berseorangan di bangsal usang dalam hutan di Kampung Telaga Mas, di sini.

Amran Mamat, 53, menghidap pelbagai penyakit kronik seperti jantung, buah pinggang, kencing manis, darah tinggi dan paru-paru berair, hanya mengharapkan ihsan adik-beradik bagi meneruskan hidup susulan kekangan kesihatan untuk bekerja.

Dia hidup di bangsal kecil yang dibina menggunakan kayu hutan, berdinding papan lapis dan zink terbuang dengan saiz yang hanya dapat memuatkan satu tilam untuk berehat serta berlindung daripada panas dan hujan.

"Sudah dua tahun saya hidup sendiri dalam hutan ini, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Hampir setiap hari adik-beradik datang beri makanan atau saya akan masak sendiri berlaukkan telur goreng.

"Saya tidak mahu menyusahkan adik-beradik yang mempunyai keluarga masing-masing, biarlah saya sendirian di sini asal tidak menyusahkan sesiapa.

"Bantuan adik-beradik termasuk menghantar saya ke hospital untuk rawatan sudah cukup. Rumah ini serba daif, tetapi ini sahaja saya mampu walaupun hanya berteman cahaya lampu solar dan sumber air telaga," katanya.

Dia ditemui selepas menerima lawatan Pengerusi Penasihat GiatMARA Rantau Panjang, Anuar Mohamaddan wakil Yayasan Raja Shamri, Tuan Zaimah Raja Omar.

Anuar hadir untuk bertanya khabar dan menyampaikan sumbangan kewangan selain cuba membantu membaik pulih bangsal melalui bantuan e-Kasih.

"Saya berterima kasih kepada YRS dan GiatMARA yang sudi membantu termasuk memudahkan urusan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Sejujurnya saya harap bangsal buruk ini dapat dibaik pulih.

"Saya bimbang ancaman haiwan berbisa selain musim tengkujuh yang mungkin menenggelamkan bangsal ini," katanya yang tidak mampu berjalan jauh kerana mudah letih dan sukar bernafas.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-7-2026 09:56 AM GMT+8 , Processed in 0.041177 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list