CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 847|Reply: 0

[Tempatan] Lima jam proses alihkan treler melintang jalan di Gua Musang

[Copy link]
Post time 3-5-2026 12:32 PM | Show all posts |Read mode
Lima jam proses alihkan treler melintang jalan di Gua Musang
Paya Linda Yahya - Mei 3, 2026 @ 11:41am
facebook sharing buttonwhatsapp sharing buttontwitter sharing button

Pihak berkuasa mengambil masa lima jam mengalihkan sebuah treler yang terbalik melintang jalan di Kilometer 9, Jalan Gua Musang–Kuala Lipis awal pagi tadi. - Foto Polis

GUA MUSANG: Pihak berkuasa mengambil masa lima jam mengalihkan sebuah treler yang terbalik melintang jalan di Kilometer 9, Jalan Gua Musang–Kuala Lipis awal pagi tadi.

Kemalangan jam 2.10 pagi tadi menyebabkan kesesakan hingga tujuh kilometer kedua-dua arah.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata operasi mengalihkan treler terbabit selesai jam 7 pagi tadi.

Katanya, siasatan awal mendapati treler dipandu seorang lelaki berusia 39 tahun sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Lipis menuju ke Gua Musang.

"Setibanya di lokasi kejadian kenderaan itu dipercayai hilang kawalan ketika menuruni jalan selekoh berbukit sebelum terbabas dan melintang di tengah jalan.

"Keadaan jalan yang licin serta muatan berat dipercayai menjadi punca kemalangan. Akibat kejadian itu, pemandu dan pembantu treler cedera ringan dan dikejarkan ke Hospital Gua Musang untuk rawatan," katanya.

Orang ramai yang ada maklumat diminta menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Gua Musang di talian 09-912 1222 bagi membantu siasatan.

Keadaan treler yang terbabas di Kimometer 9 Jalan Gua Musang-Kuala Lipis. - Foto PDRM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-7-2026 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.214512 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list