CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1092|Reply: 3

[Tempatan] Lebih 50,000 sertai RXZ- Fighter 3.0 di Kuantan

[Copy link]
Post time 2-5-2026 09:08 PM | Show all posts |Read mode
Lebih 50,000 sertai RXZ- Fighter 3.0 di Kuantan
Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
2 Mei 2026, 8:26 pm

FADZLI (tengah) bersama pengunjung yang hadir pada acara RXZ Fighter 3.0 di Serambi Kuantan di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Penganjuran acara permotoran sensasi tanah air, RXZ Fighter 3.0 di Serambi Teruntum di sini terus mendapat sambutan hangat dengan kehadiran lebih 50,000 pengunjung.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata, program dua hari sejak semalam itu berjaya mengumpulkan peminat permotoran dari seluruh negara khususnya Semenanjung.

“Meskipun agak kurang (kehadiran) berbanding tahun sebelum ini, kemungkinan disebabkan faktor ekonomi dan banyak ‘event’ namun sambutan tetap menggalakkan daripada peminat RXZ seluruh negara.

“Pada permulaan dahulu kita tidak percaya acara ini dapat dilangsungkan di bumi Pahang namun syabas kepada semua pihak yang menjayakan program ini yang turut mendapat sokongan penuh daripada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail,”katanya pada majlis perasmian RXZ Fighter 3.0 di Serambi Teruntum di sini hari ini.

Menurut Fadzli pelbagai segmen anak muda dilaksanakan di Pahang dengan program ini menjurus kepada mereka yang berminat dalam permotoran.

Katanya, dalam usaha merancakkan lagi sukan permotoran di negeri ini kerajaan negeri telah mendapat peruntukan sebanyak RM500,000 bagi menambah baik litar lumba di Pekan.-KOSMO! ONLINE.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2026 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Semua budak budak Malays.
Anak cina naik BMW.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2026 10:27 AM | Show all posts
Dari 50k bilangan pengunjung tu, anggaplah yang bawak RXJekk ada dalam 20k.

Rare kat celah mana RXJekk ni pun tak tau la.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2026 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Lily_Elizabeth_ replied at 3-5-2026 09:22 AM
Semua budak budak Malays.
Anak cina naik BMW.

utk yg tak tau harga RXZ lagi mahal dari BMW.... hahaha...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2026 05:55 PM GMT+8 , Processed in 2.104887 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list