CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1256|Reply: 9

[Tempatan] Budak 10 tahun maut nahas di Kampar, pemandu Hilux positif ganja

[Copy link]
Post time 2-5-2026 09:05 PM | Show all posts |Read mode
Budak 10 tahun maut nahas di Kampar, pemandu Hilux positif ganja
Oleh Zahratulhayat Mat Arif - Mei 2, 2026 @ 4:35pm

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun maut, manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah Toyota Hilux yang dipercayai hilang kawalan dan merempuh dua kereta di Kilometer 29.4 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, malam tadi. - Foto ihsan polis

KAMPAR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun maut, manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah Toyota Hilux yang dipercayai hilang kawalan dan merempuh dua kereta di Kilometer 29.4 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, di sini, malam tadi.

Mangsa dikenal pasti sebagai Jayden Leong Zhi Yung dari Taman Perpaduan Koperasi, Ipoh.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohamad Nazri Daud, berkata dalam kejadian jam 10.35 malam itu polis menerima maklumat daripada orang awam berlaku kemalangan membabitkan tiga kenderaan di laluan berkenaan.

"Siasatan awal mendapati, Toyota Hilux dari arah Ipoh menuju ke Kampar itu dipercayai hilang kawalan setibanya di lokasi, sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh Perodua Bezza serta Perodua Myvi," katanya.

Beliau berkata, kemalangan itu mengakibatkan kerosakan teruk pada ketiga-tiga kenderaan terbabit.

"Mangsa berusia 10 tahun yang juga penumpang hadapan Bezza disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan kaki.

"Seorang penumpang belakang berusia 13 tahun dalam kenderaan sama serta pemandu berusia 46 tahun juga cedera di kepala dan kaki. Kedua-duanya dibawa ke Hospital Kampar untuk rawatan.

"Pemandu Myvi berusia 23 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala pemandu Hilux juga tidak mengalami kecederaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Nazri berkata, ujian saringan air kencing terhadap pemandu Hilux berusia 44 tahun itu didapati dia positif ganja.

"Polis menahan lelaki itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian, yang memperuntukkan hukuman berat jika sabit kesalahan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2026 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Tudiaaaaaaa.... apsal bukan ko yg mati saitan?
Akak teka pemandu hilux adalah type m sinonim dgn ganja?
Moga sabit 302
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2026 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Mabok ganja
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2026 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Pls ada orang tlg family saman pelaku
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2026 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Budak 10 tahun dduk sebelah pemandu?
Mabok biasanya Type c atau Type i, Type m jarang sgt. Kes  ni iols x tau
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2026 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
hart_attack replied at 3-5-2026 12:45 AM
Budak 10 tahun dduk sebelah pemandu?
Mabok biasanya Type c atau Type i, Type m jarang sgt. Kes  ni  ...

'ujian saringan air kencing terhadap pemandu Hilux berusia 44 tahun itu didapati dia positif ganja.'
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2026 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 3-5-2026 08:25 AM
'ujian saringan air kencing terhadap pemandu Hilux berusia 44 tahun itu didapati dia positif ganja ...

Ganja mgkin type M tenang is good la kan
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2026 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Mabok genjer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2026 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
mabuk ganja/dadah, hukuman keras

mabuk alkohol, hukuman ringan...haha
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2026 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Purestteam1 replied at 3-5-2026 11:09 AM
mabuk ganja/dadah, hukuman keras

mabuk alkohol, hukuman ringan...haha

Boleh mabuk alkohol sampai lebam asal jangan memandu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2026 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.142518 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list