CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1144|Reply: 7

[Tempatan] Polis tahan dua warga asing tanpa dokumen mengemis di KLIA

[Copy link]
Post time 2-5-2026 04:05 PM | Show all posts |Read mode

Polis tahan dua warga asing tanpa dokumen mengemis di KLIAMei 1, 2026 @ 5:21pm


Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M Ravi . - Foto fail



PUTRAJAYA: Polis menahan dua lelaki warga asing dipercayai menjalankan aktiviti mengemis di Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M Ravi berkata kedua-dua suspek berusia 28 dan 45 tahun itu dipercayai individu yang dipaparkan dalam video tular di media sosial berkaitan aktiviti mengemis di kawasan terminal berkenaan.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati suspek yang masing-masing warganegara Tajikistan dan Palestin itu tidak memiliki pasport atau dokumen perjalanan yang sah.

"Modus operandi suspek adalah dengan menghampiri pengunjung di lapangan terbang untuk meminta wang dengan meraih simpati," katanya dalam kenyataan hari ini. Ravi berkata kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.





– BERNAMA





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2026 05:47 PM | Show all posts
Cuba bagi pencerahan kepada rakyat macamana mereka boleh masuk negara ini?
Bukan mereka saja tapi segala jenis pati bangla pakistan apganistan indon rongok miangma telend betnam pilpin semua boleh masuk macam tongsampa
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2026 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Scammer warga asing ramai gila bertebaran kat sini.. knp susah sgt nk tangkap??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2026 08:01 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2026 10:45 AM | Show all posts
Edited by silance at 3-5-2026 10:55 AM

Haaaa, tengok! Mana bebudak mulayu yang sayu-sayu gagal interview tak pandai BI ari tu?
Adik ni anak warga asing tak pergi sekolah boleh cakap BI confident, jawab interview pun elok body language ada interaction. Points dan isi yang jelas. Kalu pergi job interview, bakal employer don't mind spending longer time dengan dia rather than bebudak tergagap-gagap mission dan vision kelam.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2026 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Tadaq passport..acaner lepas kt imigresen tu..pakai 'jampi serapah' ke apa???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2026 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
emera replied at 2-5-2026 06:25 PM
Scammer warga asing ramai gila bertebaran kat sini.. knp susah sgt nk tangkap??

bukan susah... 'depa' yg  tak pi tangkap.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2026 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Hebat kan warga asing ni dh lah xAde dokumen boleh masuk n buat apa je sesuka hati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-7-2026 04:13 PM GMT+8 , Processed in 0.274459 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list