|
View: 1261|Reply: 2
|
[Tempatan]
Lagi budak jatuh longkang dibawa arus deras, kali ni kat kajang
[Copy link]
|
|
|
KAJANG – Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dikhuatiri hilang selepas terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras semasa mengambil bola dalam kejadian di Kondominium Sri Hijau, Bandar Mahkota Cheras di sini hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 7.08 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang dikejarkan ke lokasi.
“Komander operasi melaporkan terdapat seorang kanak-kanak perempuan disyaki terjatuh ke dalam longkang semasa mengambil bola.
“Semasa kejadian, arus longkang dilaporkan deras dan mangsa dipercayai telah dihanyutkan air,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan di lokasi kejadian dengan kekuatan tujuh anggota bersama sebuah jentera FRT.
Katanya, Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Selangor turut digerakkan bagi membantu operasi pencarian mangsa. – KOSMO! ONLINE
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Adoi another case? Kena educate kanak2 ni jgn main dkt longkang besar..bahaya..iols yg dewasa pun gayat kalau longkang besar.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Adik ni tau bola tu mmg boleh dikjar dan di ambik balik. Tp dia x tau dlm keadaan mcm mana bola tu x boleh diambik blik.
Kalau dlm longkang biar je la bola pergi,sma jugak dkt jln raya. Kalau dkat padang luas boleh la kejar ambik bola. Adik ni takut kalau x dpt bola kena marah kot. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|