|
|
[Jenayah]
61 kesan tikaman pada mayat wanita. Pasangan warga emas dibebas jaminan polis.Polis nafi bapa seorang suspek pesara polis dan ada 'kabel besar'
[Copy link]
|
|
|
Mcm2 spukilesi timbul...
Hanya Allah yg tahu dan hanya Allah yg akan judge kita semua.
Jdla manusia yg baik di dunia ni sebelum.kita mati |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 3-5-2026 12:13 PM
Jantan kelate memang dah red flag skrg ni.
Memang red flag. Kahh2!
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kronologi kes bunuh Nurfisya Zulkifly
03 Mei 2026 11:16am
Masa membaca: 2 minit
KOTA BHARU – [DIKEMAS KINI] Kes pembunuhan tragis dan kejam seorang penuntut Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Nurfisya Zulkifly, 19, yang mayatnya ditemukan berlumuran darah di kawasan sawah di Ketereh di sini menggemparkan masyarakat dengan rentetan pergerakan mangsa berjaya dikesan pihak berkuasa.
Dalam tempoh kurang 24 jam selepas penemuan mayat, polis bertindak pantas menahan empat empat suspek bagi membantu siasatan kes yang diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Berikut kronologi kes :
1 Mei 2026
• 12:22 tengah malam – Orang awam menemui mayat mangsa dengan berlumuran darah di atas jalan kawasan sawah di Ketereh dan laporan dibuat kepada polis.
• Bedah siasat dijalankan dan mengesahkan identiti mangsa sebagai Nurfisya Zulkifly, 19, pelajar semester tiga Kolej Poly-Tech MARA (KPTM).
• 4:40 petang – Polis memulakan tangkapan pertama melibatkan suspek kes.
• 8 malam – Keluarga mangsa tiba di Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) selepas menempuh perjalanan kira-kira lapan jam dari Kuala Kangsar, Perak, sebaik dimaklumkan mengenai kejadian.
2 Mei 2026
• Sehingga 2 pagi – Seramai empat individu berjaya ditahan, terdiri daripada dua remaja lelaki (termasuk suspek utama), pasangan warga emas berusia 60 dan 66 tahun.
• 8.40 pagi – Kesemua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu dan dua remaja berkenaan direman selama tujuh hari manakala pasangan warga emas tiga hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
• Menjelang tengah hari Sabtu, mula tersebar laporan dipercayai daripada pihak berkuasa berhubung pergerakan mangsa yang dilihat di lobi sebuah kondominium terletak di tepi Sungai Kelantan di Kota Bharu pada jam 12.26 tengah hari, Khamis.
• Mengikut sebaran itu, mangsa dipercayai menaiki sebuah kereta Honda City berwarna hitam dan kemudian berada di restoran Ayam Gepuk Pak Gembus di bandar Kota Bharu.
• Mangsa pulang semula ke kondominium pada jam 1 tengah hari dan dilihat keluar semula dari kondominium kira-kira jam 8 malam.
• Mangsa menaiki Perodua Bezza berwarna putih bersama seorang lelaki menaiki kenderaan sama dan membuat bayaran secara tunai.
• 11:34 malam - Mangsa sempat memuat naik status WhatsApp sedang menikmati makanan sebelum mayatnya ditemukan di Ketereh.
Siasatan kes masih diteruskan.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Budak ni pon suka repost barang2 mahal kt tiktok dia. Kereta mewah. Mungkin dia da bercita2 nak jadi kaya lepas jadi cekgu tadika nanti |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Suspek,mangsa kenal tak sampai sehari
KOTA BHARU – Seorang gadis berusia 19 tahun yang maut dalam keadaan tragis selepas ditikam 61 kali sebelum mayatnya ditinggalkan di Ketereh di sini kelmarin dikatakan baru sehari mengenali suspek. Mangsa, Nurfisya Zulkifly yang menyewa kondominium dijemput oleh suspek utama berusia 19 tahun pukul 8 malam, Khamis lalu dengan kereta jenis Perodua Bezza
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Nurkaseh01 replied at 3-5-2026 12:47 PM
Budak ni pon suka repost barang2 mahal kt tiktok dia. Kereta mewah. Mungkin dia da bercita2 nak jadi ...
Gaji cikgu tadika pun jauh kurang dari guru biasa, dahlah lulusan diploma. Honda city pun tak lepas gaji bulan pertama |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kes pembunuhan Nurfisya: Polis nafi dakwaan 105 kesan tikaman
Siti Rohana Idris
[email protected]
Kota Bharu: Siasatan polis masih mengekalkan 61 kesan tikaman pada mangsa bunuh membabitkan penuntut Kolej Poly-Tech MARA, tengah malam Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri berkata, hasil proses bedah siasat yang dibuat itu bagaimanapun tidak termasuk kesan calar dan luka kecil sekali gus menepis dakwaan yang mengatakan sebanyak 105 kesan tikaman pada mangsa berusia 19 tahun itu.
"Hasil bedah siasat yang dibuat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) mendapati 61 kesan tikaman pada tubuh mangsa bermula dari bahagian muka hingga ke kaki dengan kebanyakan kecederaan tertumpu kepada bahagian kanan badan.
"Ia tidak termasuk kesan calar atau luka kecil yang ada dan kita kekal dengan 61 kesan tikaman," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Sebelum ini ada dakwaan yang tersebar dalam media sosial yang mengatakan terdapat 105 kesan tikaman di tubuh mangsa dan bukannya 61 seperti yang dilaporkan media rasmi.
Media sebelum ini melaporkan mayat Nurfisya Zulkifly, 19, ditemukan orang ramai pada jam 12.30 tengah malam di Kampung Simah, Ketereh dalam keadaan berlumuran darah akibat ditikam.
Mangsa yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak itu maut akibat tikaman berganda di bahagian dada.
Susulan itu, dua lelaki berusia 19 tahun serta sepasang suami isteri warga emas ditahan bagi membantu siasatan dengan tempoh reman masing-masing selama tujuh dan tiga hari.
Mengulas lanjut, Mohd Azmir berkata, pihaknya masih mengenalpasti motif sebenar pembunuhan dan tiada tangkapan baru setakat ini.
"Motif sebenar kejadian masih belum dikenal pasti dan siasatan belum lagi selesai terhadap semua suspek.
"Setakat ini tiada tangkapan baru dibuat," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg berniat membunuh ni bukanlah manusia yg baik, sebaliknya adalah syaitan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
belilies replied at 3-5-2026 01:21 PM
Gaji cikgu tadika pun jauh kurang dari guru biasa, dahlah lulusan diploma. Honda city pun tak lepa ...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Nurkaseh01 replied at 3-5-2026 01:56 PM
Angan² mak jenin budak² tak perlu lah digelakkan, lagi² dah arwah pun. Yang harus difokus pembunuh tu. Kita ni pun penghujung tak tau macam mana lagi. Semua orang harapkan pengakhiran yang baik. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 3-5-2026 01:21 PM
Suspek,mangsa kenal tak sampai sehari
Baru kenal sehari, bukan kes cemburu lah ni. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Manusia makin jahat, akhir zaman manusia baik lama2 mati, sampai banyaknya polis2, 1 lelaki jaga 10 perempuan, kira 9 of 10 lelaki adalah org jahat gitu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
silampumeja replied at 3-5-2026 11:54 AM
Ha ah situ pun boleh timbul suspicious. Tengok rumah family pun biasa. Course belajar pun normal j ...
Kawan saya pun pernah ckp keta idaman porsche, sampaikan semua saya panggil dia "porsche" Takde la dia buat kerja tak faedah demi nak dpt apa dia idamkan. Cakap mini cooper keta idaman pun 1 kesalahan ke . Sick society |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
delia3003 replied at 3-5-2026 02:03 PM
Angan² mak jenin budak² tak perlu lah digelakkan, lagi² dah arwah pun. Yang harus difokus pembu ...
Siapa tkde angan2 hidup dia boring berangan tu free aje . Dia ckp kat abg dia sorang aje. Dan plan nak beli pun lepas dah keje.... Bukan macam Norish Karman ckp kalau dapat derma 200k nak beli MPV staria  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 replied at 3-5-2026 12:30 PM
Memang red flag. Kahh2!
Tepat sekali kesian mangsa2 lainnya . Terigt mangsa rogol & bunuh kerani kat muar oleh MA yg berasal dari kelantan tu. Sampai skrg masih bebas yg membunuh tu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
delia3003 replied at 3-5-2026 02:03 PM
Angan² mak jenin budak² tak perlu lah digelakkan, lagi² dah arwah pun. Yang harus difokus pembu ...
Gelak sana sini sambil2 menghina.... esok2 org dikenali yg buat lagi teruk ... baru tahu menyesal menghina org lain |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenal sehari dah membunuh?
Kenal sehari dah ikut naik kete? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
^CUN_GILA~. replied at 2-5-2026 12:06 AM
Kalau perempuan yang buat logik juga.
Cantik betul? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Scary betul zaman skrg. Mmg kena ingatkan keluarga kita jgn berani ikut org yg tak dikenali. Ramai org gila skrg. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Nurkaseh01 replied at 3-5-2026 12:47 PM
Budak ni pon suka repost barang2 mahal kt tiktok dia. Kereta mewah. Mungkin dia da bercita2 nak jadi ...
Tergelak aku baca. Buasalah budak2 baru nak up. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|