|
|
[Jenayah]
61 kesan tikaman pada mayat wanita. Pasangan warga emas dibebas jaminan polis.Polis nafi bapa seorang suspek pesara polis dan ada 'kabel besar'
[Copy link]
|
|
|
zehra2 replied at 4-5-2026 07:23 AM
bapak pesara pegawai polis? mak nya tk kan tak tau sebab bini pegawai dulu..
senang je ko tabur jasa ...
Sick to the core parents nya pun
Tak heranlah anak jadi psycho hasil "didikan" parents yg hati kering & gila lagu tu
Kesian sangat kat parents Allahyarhamah
Anaknya jadi mangsa parents yg gagal total dlm mendidik anak
Parents Allahyarhamah pun awalnya mungkin lega anak dapat sambung belajar ke negeri terpaling Isele, ditakbir oleh agamawan Isele yg patutnya kurang kejahatan, even haiwan pun takut nak buat jahat
Tapi malangnya anak dia jadi mangsa antara pembunuhan paling kejam di sana
Baik jelah hantar pi belajar kat KPTM Bangi nun yg walau katanya ramai student yg terlibat dgn aktiviti persundalan, takde pulak dengar ada yg sampai dibunuh kejam |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga pelaku dapat balasan yg setimpal..
Kesian mangsa, sakitnya arwah tu waktu kena tikam aku tak boleh bayang..
Dalam apa pun situasi, manusia takda hak nak ambik nyawa manusia lain..
Berdosa besar..
Pasal kejadian aku malas nak spekulasi sebab kadang-kadang media lapor A tapi kejadiannya sebenar B..
Tunggu kenyataan dari polis je la..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 3-5-2026 06:22 PM
Perempuan jenis keluar malam pun Red Flag.
What goes around comes around, zaman sekarang jangan ...
Lepas kawin pun takda gerenti.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg kata arwah ni x lawa..aku percaya je arwah ni lawa..tgk hidung abgnya pun mancung...gambar yg abg dia tunjuk dlm hp tu spek mata nampak berat sgt sampai hidung pun terkemek... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tu siap dpt allowance kan.. tak la banyak tapi ok la, dpt dlm rm730 living allowance based on gugle AI
padahal kalo concentrate study, tak gatai kote mengejar fefets, belajar sungguh2, dpt kerja molek2 gaji beso... yg bertiang2 lagi cun dari arwah tu leh dapat nakkk oiiiii
muka buruk ,esok 2 berdhuet leh repair dhek or nampak hensemm sbb poket penuh... perangai tak molek.. teda maaf bagimu bugimakkk
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tak terkata
yg kena pukul
yg kena bunuh
yg kena sihir
lelaki klu tak nak elok je aman2 ghosting bini/gf
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
polis dh keluar statement bapa suspek bukan anggota polis,netizen korek kt mana news tu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
hujung2 terlepas
lack kat side siasatan dan pendakwaan
moga ada usaha utk kukuhkan balik bukti2 yg ada
dan bukak balik kes
and also arwahnya tidak dirogol
maybe ada cubaan tp tidak
sbb dna semen yg ada adalah dpd suami
memandangkan dorg jumpa on weekend (pjj husband)
kejadian isnin
so, hasil gugelan slps baca 2 thread kes;
ni artikel dpd sinar tahun 2021, +- 6 tahun slps kejadian
https://www.sinarharian.com.my/a ... rubatan-kekal-bebas
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Polis nafi bapa seorang suspek kes 61 tikaman pesara polis, ada 'kabel' besar
Nor Fazlina Abdul Rahim - Mei 4, 2026 @ 10:29am
Dua pemuda berusia 19 tahun ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kematian penuntut kolej wanita dengan 61 kesan tikaman di Kampung Simah, Ketereh, Kota Bharu. - Foto fail NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
KOTA BHARU: Polis menafikan dakwaan mengatakan bapa kepada seorang suspek remaja lelaki yang ditahan berhubung kes kematian penuntut kolej dengan 61 tikaman Jumaat lalu, adalah pesara polis selain mempunyai pengaruh besar.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri, sebaliknya berkata bapa kepada seorang suspek adalah pesara di sebuah agensi kerajaan lain.
"Apa yang tular mengatakan pesara pegawai polis selain ada yang maklum mempunyai 'kabel' besar adalah tidak benar sama sekali.
"Kita menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes ini dan berharap pihak luar tidak sesuka hati memuat naik maklumat yang tidak betul.
"Pada masa sama saya meminta orang ramai tidak mudah percaya dengan maklumat yang disebarkan. Apa yang pasti siasatan menyeluruh sedang dijalankan, tidak wujud soal 'kabel' besar atau sebaliknya," katanya ketika dihubungi.
Terdahulu, tular di media sosial sejak semalam mengatakan bapa kepada salah seorang remaja lelaki yang ditahan adalah pesara pegawai polis.
Pada masa sama, ada yang mengaitkan suspek mempunyai 'kabel' atau pengaruh besar.
Dua warga emas dibebaskan dengan jaminan semalam
Semalam, dua warga emas yang berusia 60 dan 66 tahun sebelum ini direman tiga hari dibebaskan dengan jaminan polis.
Difahamkan, warga emas berkenaan adalah ibu bapa kepada salah seorang suspek remaja lelaki yang ditahan berhubung kejadian itu.
Dalam kejadian tengah malam Jumaat lalu, mayat seorang wanita ditemui di Kampung Padang Simah, Ketereh di sini jam 12.30 tengah malam dengan mempunyai 61 kesan tikaman di seluruh anggota badannya.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat dilaporkan berkata, mangsa ditinggalkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri, namun pihaknya mengenal pasti mangsa berdasarkan semakan cap jari oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
Beliau berkata, mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di lokasi terbabit.
Katanya, hasil pemerhatian awal di lokasi mendapati, mangsa memakai rantai leher dengan ukiran nama 'SYAA', seutas rantai tangan di pergelangan tangan kiri serta sebentuk cincin di jari tengah tangan kanan.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Gadis ditikam 61 kali: Pasangan warga emas dibebas jaminan polis
Siti Rohana Idris - Mei 3, 2026 @ 8:36pm
KOTA BHARU: Pasangan warga emas yang ditahan reman berhubung kematian penuntut kolej wanita dengan 61 kesan tikaman di Kampung Simah, Ketereh, dibebaskan dengan jaminan polis.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri, berkata pasangan berusia 60 dan 66 tahun itu dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
"Pasangan warga emas iti sudah dilepaskan dengan jaminan polis hari ini dan kita fokuskan siasatan terhadap dua remaja berusia 19 tahun," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Difahamkan, warga emas yang juga pasangan suami isteri itu adalah ibu bapa kepada suspek remaja lelaki berusia 19 tahun.
Semalam, pasangan warga emas itu ditahan reman selama tiga hari, manakala dua remaja lelaki berusia 19 tahun direman selama seminggu bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dalam kejadian tengah malam Jumaat lalu, mayat wanita ditemui di Jalan Kampung Kubang Kiat, Ketereh, jam 12.30 tengah malam dengan 61 kesan tikaman di seluruh anggota badannya.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, dilaporkan berkata mangsa ditinggalkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri dan polis mengenal pasti identiti mangsa sebagai Nurfisya Zulkifly, 19, berdasarkan semakan cap jari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di lokasi terbabit.
Hasil bedah siasat mendapati punca kematian akibat kecederaan tikaman berganda di bahagian dada.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 replied at 3-5-2026 11:53 PM
Yang mengate tu al-fathilah ostajah ke pon? Entah2 mantan bohsia..
Pikey logik. Ko tingin nak ...
Baca jelaa komen2 ni |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sicknya si hairul anuar tu
malas nk komen
cuma nk komen riak wajah si suspek
nmpk tenang siap smirk lagi
tak boleh nk baca ape dalam fikiran dia
seems like...u got me, but i don't care
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by fattymah at 4-5-2026 01:10 PM
Kitty_catz replied at 4-5-2026 11:30 AM
tu siap dpt allowance kan.. tak la banyak tapi ok la, dpt dlm rm730 living allowance based on gug ...
Dilit.. hehehe
Tapi kalau 700 pun kira dah banyak sis duk kota bharu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 4-5-2026 12:00 PM
Baca jelaa komen2 ni
Tu bukan lelaki sejati jantan bodoh sejati.
Agaknya kalau anak dara dia/adik beradik kena ,nk ke ckp lelaki sejati. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
itu la nk kuar sbb kenal2 nk tahu hati budi masing2...tp tu la kuar berdua, patut boleh ajak kawan teman...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
asfaz replied at 4-5-2026 01:10 PM
Tu bukan lelaki sejati jantan bodoh sejati.
Agaknya kalau anak dara dia/adik beradik kena ,nk ke c ...
alala kat pakistan honour killing tu.... cara pemikiran tu dah sikit2 meresapi kat sini ke tapi kat pantai timur mmg byk keturunan pakis |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
baca kat komen2 pun takde yg tulis - "pesan lah kat adik2 lelaki/anak2 lelaki uols supaya hormat wanita, jaga kehormatan dia, jgn sentuh physical etc2"...supaya dunia ni tak makin parah...lelaki sepatutnya menjadi pelindung wanita, tak kisah la baru kenal sehari pun.
pastu lebai2 lak duk highlight - perempuan ramai masuk neraka...abis tu lelaki yg bunuh dlm kes ni, tak masuk neraka?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 4-5-2026 11:59 AM
Gadis ditikam 61 kali: Pasangan warga emas dibebas jaminan polis
Siti Rohana Idris - Mei 3, 2026 @ 8 ...
Nasib la dibebaskan, iols tunggu parents buka mulut. Suspek ni x de adik beradik lain, kot ye la ade yg back-up ada mental illness
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|