[Jenayah]
61 kesan tikaman pada mayat wanita. Pasangan warga emas dibebas jaminan polis.Polis nafi bapa seorang suspek pesara polis dan ada 'kabel besar'
Post time 2-5-2026 04:31 PMFrom the mobile phone|Show all posts
overkill. jenis jantan ego & narc xboleh terima rejection la nie. baru gf la, bukan bini kau nak cemburu bagai. & xkisah la apa pun reason still xde hak nk bunuh orang.
Akan ada tangkapan bergantung siasatan
Oleh Siti Rohana Idris - Mei 2, 2026 @ 12:14pm
KOTA BHARU: Polis akan membuat tangkapan beberapa lagi individu berhubung kematian penuntut kolej wanita dengan 61 kesan tikaman di Kampung Simah, Ketereh tengah malam semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri, berkata bagaimanapun ia bergantung kepada hasil siasatan terhadap empat suspek yang ditahan pagi tadi.
"Akan ada lagi tangkapan bergantung kepada siasatan empat suspek yang ditahan itu.
"Motif kejadian juga masih dalam siasatan sebab tangkapan pun baru dibuat," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Terdahulu dua remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan.
Manakala, dua lagi suspek masing-masing wanita berusia 60 tahun dan lelaki berusia 66 tahun direman tiga hari.
Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Amirul Asyraf Abdul Rasid bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).
Terdahulu, polis Kelantan mengesahkan menahan empat individu termasuk seorang wanita warga emas susulan penemuan mayat gadis dengan 61 kesan tikaman di Ketereh selain turut merampas sebilah pisau.
Suspek yang ditahan terdiri daripada dua remaja lelaki dan lelaki warga emas berusia 19 hingga 66 tahun, manakala wanita warga emas berusia 60 tahun.
Kesemua suspek ditahan antara jam 4 petang semalam sehingga awal pagi hari ini.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata, kesemua mereka ditahan menerusi serbuan di dua lokasi berasingan di Taman Murni, di sini, dan Kampung Belukar Luas, Ketereh.
Gadis maut ditikam disifatkan jaga batas pergaulan
Oleh KOSMO!
2 Mei 2026, 4:33 pm
Suasana di hadapan rumah keluarga Allahyarham Nurfisya di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, hari ini.
KUALA KANGSAR – Pelajar wanita, Nurfisya Zulkifly, 19, disifatkan seorang yang menjaga batas pergaulan terutama dengan rakan-rakan lelaki, menurut seorang kenalan sekampung dengan arwah.
Kenalan yang berusia 24 tahun itu berkata, dia mengetahui keluarga arwah sendiri sangat tegas tidak membenarkannya begitu mudah berkawan dengan lelaki.
“Yang saya tahu, arwah ini memang baik. Dia pernah cakap yang dia tiada teman lelaki. Itu sahaja yang saya tahu,” katanya kepada pemberita.
Kenalan lelaki yang enggan mendedahkan identiti itu mengenali Nurfisya setelah keluarga wanita tersebut pindah ke kawasan perumahan di Taman Chandan Putri, Bukit Chandan di tengah bandar Kuala Kangsar.
Katanya, hubungannya dengan Nurfisya sekadar kawan biasa dan pernah ke rumah terbuka anjuran keluarga arwah pada Aidilfitri Mac lalu.
Dia mengetahui berita tragedi kejam di Kampung Simah, Ketereh itu lewat petang semalam melalui perkongsian dalam media sosial dan terkejut apabila mendapati mangsa merupakan orang yang dikenali.
“Pernah diberitahu yang mak ayahnya memang jaga dia betul-betul. Memang tidak boleh keluar dengan lelaki yang mak ayahnya tidak kenal,” katanya.
Ketika ditemui pemberita, kenalan tersebut sempat menziarahi kubur Nurfisya yang selamat dikebumikan sekitar jam 5.30 pagi hari ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Periang, kira-kira 15 kilometer dari pusat bandar Kuala Kangsar.
Jenazah dibawa dari Kota Bharu dan tiba ke kampung halaman keluarganya di sini pada pukul 4 pagi tadi dan terus dikebumikan.
Ahli keluarga mangsa memohon diberikan ruang untuk bertenang selepas melalui detik sukar tragedi itu.
Seorang lagi penduduk Taman Chandan Putri yang mengenali arwah dan keluarga pelajar tersebut terkejut dengan berita tentang kematian bekas pelajar di salah satu sekolah sekitar Bukit Chandan itu.
“Dia peramah. Saya kenalinya sejak dari kecil. Dia seorang yang baik. Sangat sedih dengan berita ini. Diharapkan keluarganya tabah,” menurut penduduk tersebut.
Media hari ini melaporkan, empat individu termasuk sepasang suami isteri ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat gadis tersebut.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Amirul Asyraf Abdul Rasid bagi membolehkan polis menjalankan siasatan terhadap kesemua suspek mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – KOSMO! ONLINE
Salah seorang suspek kenal gadis maut ditikam 61 kali
Oleh ROHANA MOHD. NAWI
2 Mei 2026, 3:03 pm
Anggota polis membawa dua suspek lelaki selepas permohonan reman diluluskan oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!
KOTA BHARU – Salah seorang suspek lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes gadis dibunuh dengan 61 tikaman di Kampung Simah, Ketereh di sini semalam dipercayai mengenali mangsa.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, mangsa juga mengenali suspek dan hubungan mereka dikatakan hanya sebagai rakan.
Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti motif kejadian sehingga mangsa ditikam dan ditinggalkan di atas jalan raya sebelum ditemui penduduk.
“Penahanan empat suspek termasuk dua warga emas itu dijalankan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian itu. Jangan buat sebarang spekulasi mengenai motif kes ini.
“Mangsa hanya berkawan dengan salah seorang suspek yang berusia 19 tahun,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.
Kosmo! Online hari ini melaporkan, empat individu termasuk pasangan suami isteri warga emas direman bagi membantu siasatan berhubung kes seorang gadis berusia 19 tahun yang dibunuh sebelum ditinggalkan di tepi jalan di Kampung Simah, Ketereh di sini semalam.
Majistret Amirul Asyraf Abdul Rasid membenarkan dua lelaki berusia 19 tahun masing-masing menjalani tahan reman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Jumaat depan.
Seorang lelaki warga emas berusia 66 tahun dan isterinya berusia 60 tahun pula diperintah menjalani tahanan reman selama tiga hari bermula hari ini hingga Isnin. – KOSMO! ONLINE
Gadis maut ditikam 61 kali sempat keluar makan bersama dua suspek lelaki
Oleh KOSMO!
2 Mei 2026, 2:21 pm
Anggota polis membawa dua suspek lelaki selepas permohonan reman diluluskan oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!
KOTA BHARU – Seorang gadis yang dibunuh dengan 61 tikaman dari muka hingga ke kaki sebelum ditinggalkan di tepi jalan di Kampung Simah, Ketereh di sini semalam dipercayai sempat keluar makan bersama dua suspek lelaki.
Menurut sumber, mangsa yang menetap di sebuah kondominium di sini dikatakan keluar pada waktu siang bersama salah seorang suspek berusia 19 tahun dengan menaiki kereta jenis Honda City sebelum dia dihantar semula ke kediamannya.
“Pada waktu malam, mangsa dipercayai keluar sekali lagi bersama suspek kedua yang disyaki suspek utama iaitu penuntut kolej vokasional dengan menaiki kereta jenis Perodua Bezza.
“Mereka dikatakan makan di sebuah premis di Wakaf Bharu, Tumpat dan mangsa sempat memuat naik status makanan di WhatsApp kira-kira pukul 11 malam sebelum mayatnya ditemukan kira-kira pukul 12.30 tengah malam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sumber memberitahu, motif kejadian masih dalam siasatan dan difahamkan suspek kedua baru mengenali mangsa.
Katanya, kedua-dua kenderaan yang digunakan iaitu Honda City dan Perodua Bezza turut dirampas bagi membantu siasatan.
Tambahnya, dua warga emas iaitu pasangan suami isteri yang ditahan dipercayai ibu bapa kepada salah seorang suspek yang menetap di Ketereh di sini.
Kosmo! Online hari ini melaporkan, empat individu termasuk pasangan suami isteri warga emas direman bagi membantu siasatan berhubung kes seorang gadis berusia 19 tahun yang dibunuh sebelum ditinggalkan di tepi jalan di Kampung Simah, Ketereh di sini semalam.
Majistret Amirul Asyraf Abdul Rasid membenarkan dua lelaki berusia 19 tahun masing-masing menjalani tahanan reman selama tujuh hari bermula semalam hingga Jumaat depan.
Seorang lelaki warga emas berusia 66 tahun dan isterinya berusia 60 tahun pula diperintah menjalani tahanan reman selama tiga hari bermula semalam hingga Isnin. – KOSMO! ONLINE
Keluarga pelajar dibunuh mohon ruang kerana masih terkejut
Oleh KOSMO!
2 Mei 2026, 11:58 am
Allahyarham Nurfisya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Periang, Enggor pukul 5.30 pagi tadi.
KUALA KANGSAR – Pelajar wanita, Nurfisya Zulkifly, 19, yang mati dipercayai dibunuh dengan 61 tikaman dari muka hingga ke kaki di Kelantan, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Periang, Enggor pukul 5.30 pagi tadi.
Jenazah dibawa dari Kota Bharu dan tiba ke kampung halaman keluarganya di sini pada pukul 4 pagi tadi dan terus dikebumikan.
Ahli keluarga mangsa memohon diberikan ruang untuk bertenang selepas melalui detik sukar tragedi itu.
Seorang bapa saudara mangsa berkata, mereka masih terkejut dan belum bersedia untuk berkongsi maklumat berikutan keadaan emosi yang belum stabil.
“Kami pun bergegas ke Kelantan semalam, dan baru selesai pengebumian sebentar tadi. Masih belum berehat.
“Kami mohon beri ruang untuk kami berehat dan bertenang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya, seluruh ahli keluarga Nurfisya masih terkejut dengan perkara yang menimpa dan tidak mampu hendak mengulas apa-apa.
Mengikut laporan terkini dua remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes kejam tersebut.
Kedua-dua suspek ditahan di sekitar Ketereh pada Jumaat malam dan dijangka akan dibawa ke Mahkamah Majistret bagi mendapatkan perintah tahanan reman.
Tinjauan pihak media ke rumah kediaman mangsa mendapati beberapa kenalan dan penduduk kampung datang untuk memberi sokongan kepada keluarga. – KOSMO! ONLINE
Penuntut ditikam 61 kali: Punca kematian akibat tikaman berganda di dada
ADILA SHARINNI WAHIDADILA SHARINNI WAHID
02 Mei 2026 11:42am
Masa membaca: 2 minit
KOTA BHARU – Seorang penuntut kolej wanita berusia 19 tahun yang ditemui maut di Ketereh, di sini, disahkan meninggal dunia akibat kecederaan serius tikaman berganda di bahagian dada.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II mendapati mangsa, Nurfisya Zulkifly, 19, mengalami pelbagai kesan tikaman dengan jumlah 61 tikaman di beberapa bahagian badan termasuk dada.
Menurut beliau, kejadian itu dipercayai berlaku di lokasi lain sebelum mayat mangsa ditemui di lokasi penemuan kira-kira jam 12.30 tengah malam di atas jalan berhampiran kawasan sawah berkenaan.
“Mangsa disahkan sudah meninggal dunia sebelum dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat.
“Siasatan lanjut mendapati 61 tikaman dan punca kematian adalah akibat kecederaan tikaman berganda di bahagian dada,” katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.
Susulan kejadian itu, polis menjalankan beberapa siri serbuan di lokasi berasingan sekitar Kota Bharu dan Ketereh yang membawa kepada penahanan empat individu terdiri daripada dua remaja lelaki berusia 19 tahun serta pasangan warga emas berusia 60 dan 66 tahun.
“Polis juga merampas dua kereta, dua telefon bimbit, satu set pakaian, sepasang selipar, empat unit pelapik kaki.
“Sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut ditemui,” ujarnya.
Kesemua suspek kini direman antara tiga hingga tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian serta hubungan antara suspek dan mangsa.
Keluarga Nurfisya mohon ruang, masih terkejut tragedi bunuh
NORMAWATI ADNANNORMAWATI ADNAN
02 Mei 2026 11:09am
Masa membaca: 2 minit
Tinjauan di kediaman keluarga mangsa mendapati orang ramai terdiri daripada jiran dan saudara-mara hadir bagi memberi penghormatan serta menzahirkan sokongan kepada keluarga berkenaan.
KUALA KANGSAR – Ahli keluarga kepada mangsa bunuh, Nurfisya Zulkifly, 19, memohon agar diberikan ruang untuk bertenang selepas melalui detik sukar tragedi itu.
Bapa saudara mangsa berkata, mereka masih terkejut dan belum bersedia untuk berkongsi sebarang maklumat lanjut berikutan keadaan emosi yang belum stabil.
“Adik saya (ibu bapa mangsa), memang tak boleh terima lagi. Mereka tak mampu nak bercakap apa-apa.
“Jadi kami mohon beri ruang seketika untuk kami berehat dan bertenang,” katanya ringkas kepada pemberita ketika ditemui di kediaman keluarga di Kampung Batu Jarau, Karai di sini pada Sabtu.
Terdahulu, jenazah Nurfisya yang merupakan anak kedua daripada empat beradik selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Periang, Enggor sekitar jam 5.30 pagi selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan.
Tinjauan di kediaman keluarga mangsa mendapati orang ramai terdiri daripada jiran dan saudara-mara hadir bagi memberi penghormatan serta menzahirkan sokongan kepada keluarga berkenaan.
Media sebelum ini melaporkan, mangsa dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya ditinggalkan di atas jalan di kawasan sawah padi.
Mayat mangsa ditemui oleh penduduk kampung kira-kira jam 12.30 malam pada Khamis.
Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 61 kesan tikaman pada badan, leher dan muka mangsa.
Polis mengklasifikasikan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Jenazah Nurfisya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Periang, Enggor sekitar jam 5.30 pagi pada Sabtu.
Gadis dibunuh 61 tikaman: Dua remaja lelaki, pasangan warga emas direman
ADILA SHARINNI WAHIDADILA SHARINNI WAHID
02 Mei 2026 10:36am
Masa membaca: 2 minit
Kesemua suspek termasuk pasangan warga emas dikawal polis ketika berjalan masuk ke lokap mahkamah.
KOTA BHARU – Dua remaja lelaki berusia 19 tahun direman selama tujuh hari, manakala pasangan warga emas direman tiga hari oleh Mahkamah Majistret di sini pada Sabtu bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang penuntut kolej.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret, Amirul Asyraf Abdul Rasid terhadap kesemua suspek termasuk warga emas wanita berusia 60 tahun dan lelaki berusia 66 tahun berkenaan.
Tempoh reman berkuat kuasa bermula pada Sabtu.
Kesemua suspek sebelum ini ditahan dalam serbuan berasingan di Taman Murni, Jalan Abdul Kadir Adabi dan Kampung Belukar Luas, Ketereh oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu.
Mereka ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan mangsa seorang penuntut kolej berusia 19 tahun yang mayatnya ditemukan di atas jalan di Ketereh, kira-kira jam 12.35 tengah malam pada Jumaat.
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi penemuan sebelum dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk tindakan lanjut.
Hasil bedah siasat mendapati 61 tikaman di keseluruhan badan dan muka serta punca kematian adalah akibat kecederaan tikaman berganda di bahagian dada.
Dalam operasi tangkapan itu, polis turut merampas dua kereta, dua telefon bimbit, satu set pakaian, sepasang selipar, empat unit pelapik kaki serta sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Maut ditikam 61 kali: Mangsa keluar makan berasingan bersama dua suspek
DUA remaja yang merupakan suspek utama kes bunuh sempat keluar dengan mangsa yang ditemukan maut dengan 61 kesan tikaman di Jalan Kampung Padang Simah, Ketereh, Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/ROHANA ISMAIL
KOTA BHARU: Seorang remaja yang ditemukan maut dengan 61 kesan tikaman di Ketereh, di sini dipercayai keluar makan secara berasingan bersama dua suspek.
Menurut sumber, mangsa yang menetap di sebuah kondominium dikatakan keluar pada sebelah siang bersama seorang suspek dengan menaiki kereta jenis Honda City sebelum dihantar pulang ke kediamannya.
“Pada waktu malam, mangsa dipercayai keluar sekali lagi bersama suspek kedua yang disyaki suspek utama, seorang penuntut kolej vokasional dengan menaiki Perodua Bezza.
“Mereka dikatakan makan di sebuah premis di Wakaf Bharu, Tumpat dan mangsa sempat memuat naik status makanan di aplikasimWhatsApp sekitar pukul 11 malam sebelum mayatnya ditemukan kira-kira pukul 12.30 tengah malam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sumber berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan difahamkan suspek kedua baru mengenali mangsa.
Katanya, kedua-dua kenderaan yang digunakan iaitu Honda City dan Perodua Bezza telah dirampas bagi membantu siasatan.
Sementara itu, dua warga emas iaitu pasangan suami isteri yang ditahan dipercayai ibu bapa kepada salah seorang suspek yang menetap di Ketereh.
Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, polis memberkas empat individu termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun di Jalan Kampung Padang Simah, Ketereh.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, susulan kejadian itu, sepasukan anggota polis membuat dua serbuan di Taman Murni, Jalan Abdul Kadir Adabi dan Kampung Belukar Luas, Ketereh bermula pukul 4.40 petang hingga 2.30 pagi ini.
Katanya, serbuan itu membawa kepada penahanan tiga lelaki berusia antara 19 tahun hingga 66 tahun serta seorang wanita berusia 60 tahun. – UTUSAN
Gadis ditikam 61 kali penuntut Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak
MUHAMMAD Faris Zulkifly menunjukkan gambar Allahyarham Nurfisya (tengah) ketika ditemui di Unit Forensik HRPZ II, Kota Bharu, Kelantan.
KOTA BHARU: Abang kepada remaja perempuan yang dibunuh dengan 61 tikaman dari muka hingga ke kaki sebelum ditinggalkan di tepi jalan di Kampung Simah, Ketereh di sini, tidak menyangka suspek dalam kes tersebut sanggup bertindak kejam dengan menikam adiknya tanpa belas kasihan.
Abang sulung mangsa, Muhammad Faris Zulkifly, 21, berkata, keluarganya terkejut menerima panggilan telefon daripada polis pada pukul 12.30 tengah hari semalam sebelum bergegas Unit Forensik, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, dari Kuala Kangsar, Perak.
Katanya, dia yang tidak dapat menerima berita tersebut terus bertindak mematikan panggilan telefon dan mendapat maklumat lanjut mengenai kematian Allahyarham Nurfisya selepas membaca berita dalam talian daripada beberapa akhbar.
“Ibu bapa saya lemah selepas mengetahui kejadian ngeri yang menimpa Nurfisya. Tergamak dia tikam adik saya sampai 61 kali. Setahu saya, arwah tiada teman lelaki.
“Kali terakhir saya berjumpa arwah pada Sabtu lalu selepas menghantarnya ke Kolej Pengajian Tinggi Mara (KPTM) Kota Bharu setelah dia tamat bercuti semester ketiga Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak di kolej berkenaan,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik HRPZ II.
Muhammad Faris berkata, ketika berada di Perak, dia sempat memenuhi permintaan Allahyarham Nurfisya, antaranya merakam gambar bersama replika kereta idaman arwah iaitu kereta jenis Mini Cooper.
Katanya, Allahyarham Nurfisya yang merupakan anak kedua daripada empat beradik sudah lama mengimpikan untuk memiliki kereta Mini Cooper dan dia berazam untuk membelinya apabila sudah bekerja nanti..
Terdahulu, polis dilapor menemukan 61 kesan tikaman pada badan seorang wanita yang dipercayai mati dibunuh sebelum mayatnya dibuang di Kampung Simah, Ketereh, semalam.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, maklumat tersebut hasil pemeriksaan awal yang dilakukan oleh pasukan forensik ke atas badan wanita berkenaan bermula dari bahagian muka sehingga kaki.
Katanya, kebanyakan kecederaan itu tertumpu pada bahagian kanan badan. – UTUSAN
SUSPEK tiba di Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan untuk prosiding perintah reman. - UTUSAN/ ROHANA ISMAIL
KOTA BHARU: Empat individu termasuk sepasang suami isteri ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang gadis dengan 61 kesan tikaman di badannya di Kampung Simah, Ketereh dekat sini, semalam.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Amirul Asyraf Abdul Rasid bagi membolehkan polis menjalankan siasatan terhadap kesemua suspek mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dua remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan reman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan manakala pasangan suami isteri berusia antara 60 tahun dan 66 tahun itu direman tiga hari.
Terdahulu, keempat-empat suspek yang memakai baju oren tiba untuk prosiding reman di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Bharu pada pada pukul 8.40 pagi dengan menaiki trak polis.
Sebelum itu, polis dilapor menahan empat individu termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan gadis tersebut. – UTUSAN
Gadis ditikam 61 kali: KPTM rakam takziah, beri kerjasama penuh kepada PDRM
Kota Bharu: Kolej Poly-Tech MARA Sdn Bhd (KPTMSB) menzahirkan rasa dukacita dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga seorang pelajarnya dari kampus Kota Bharu yang ditemui maut di Ketereh pada Jumaat lepas.
KPTMSB dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian itu.
"Pihak KPTMSB sedang memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam proses siasatan berkenaan.
"KPTMSB turut menyediakan bantuan serta memberikan sokongan sepenuhnya kepada keluarga mangsa bagi membantu mereka menghadapi saat-saat sukar ini," menurut kenyataan itu.
Susulan insiden itu, pihak pengurusan kolej menasihatkan seluruh warga kampus dan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang maklumat atau spekulasi yang tidak sahih.
Menurut KPTMSB, langkah itu penting bagi menghormati privasi keluarga mangsa yang sedang bersedih di samping memastikan kelancaran siasatan pihak polis.
Maklumat lanjut berhubung perkembangan insiden berkenaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi KPTMSB.
Semalam, Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat mengesahkan penemuan mayat mangsa di jalan berhampiran sawah Kampung Simah, Ketereh, Kota Bharu yang dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum dibuang di situ.
Susulan kejadian itu, empat suspek terdiri daripada tiga lelaki berusia 19 hingga 66 tahun dan seorang wanita 60 tahun ditahan reman pagi ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Post time 2-5-2026 05:02 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Mahathirina replied at 2-5-2026 02:31 PM
'Spare part' tunggu kat kubur. Nah korang baca la sendiri:
https://www.hmetro.com.my/utama/202 ...
Wartawan pon, sampai nenek saudara jauh yg tak kenal mangsa pon ko nak interview. Lepas tu org tu kata tak kenal sangat pon ko masuk jugak dalam berita jugak. Bodoh bodoh org kerja berita sekarang ye. Baik wartawan baik editor.
Gadis ditikam 61 kali: Cemburu punca pembunuhan, dipercayai dibunuh dalam kereta
Sharifah Mahsinah Abdullah [email protected]
DUA remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kematian penuntut kolej wanita dengan 61 kesan tikaman di Kampung Simah, Ketereh. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Kota Bharu: Polis percaya motif cemburu menjadi punca pembunuhan seorang pelajar kolej berusia 19 tahun yang mayatnya ditemukan dengan 61 kesan tikaman di Ketereh pada semalam.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, pihaknya mengesyaki mangsa ditikam sehingga mati oleh teman lelakinya yang juga berusia 19 tahun, selepas berlaku salah faham.
Beliau berkata, teman lelaki mangsa yang juga suspek utama, ditahan semalam.
"Polis percaya cemburu adalah motif pembunuhan mangsa, yang mayatnya ditemukan di tepi jalan di Jalan Kampung Padang Simah berhampiran Ketereh.
"Siasatan awal menunjukkan berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek yang membawa kepada kematiannya.
"Dia dipercayai ditikam ketika berada di dalam kereta suspek.
"Dengan penangkapan suspek utama ini, polis percaya kes pembunuhan tersebut telah selesai," katanya kepada New Straits Times.
Mohd Yusoff berkata seorang lagi remaja yang ditahan dalam kes berkenaan juga adalah rakan mangsa.
"Dua lagi individu, seorang lelaki berusia 66 tahun dan seorang wanita berusia 60 tahun adalah ibu bapa kepada suspek.
"Mereka ditahan untuk membantu siasatan," katanya.
Terdahulu media melaporkan, dua remaja yang juga suspek dalam kes pembunuhan kejam itu direman selama tujuh hari.
Gadis ditikam 61 kali: Mangsa keluar makan malam dengan suspek, sempat muat naik status di WhatsApp sebelum dibunuh
Nor Fazlina Abdul Rahim [email protected]
Kota Bharu: Penuntut kolej yang ditemukan mati dengan 61 kesan tikaman di Ketereh tengah malam semalam dipercayai dibunuh dalam kereta sebelum mayatnya diletakkan di lokasi kejadian.
Difahamkan, mangsa berusia 19 tahun yang berasal dari Perak itu sempat keluar makan dengan dua suspek yang ditahan secara berasingan, kelmarin.
Sumber berkata, mangsa yang tinggal di sebuah kondominium dikatakan keluar pada sebelah siang bersama seorang suspek dengan menaiki kereta Honda City sebelum dihantar pulang semula ke kediamannya.
"Pada sebelah malam pula, mangsa dikatakan keluar makan dengan seorang lagi suspek dipercayai suspek utama yang juga penuntut sebuah Kolej Vokasional dengan menaiki kereta Perodua Bezza.
"Mereka dikatakan makan di sebuah kedai di Wakaf Bharu, Tumpat dan mangsa dikatakan sempat memuat naik status makanan di WhatsApp sekitar jam 11 malam sebelum mayatnya ditemukan dengan 61 tikaman jam 12.30 tengah malam itu," katanya.
Bagaimanapun katanya, sehingga kini punca kejadian masih dalam siasatan difahamkan suspek kedua baru mengenali mangsa.
"Setakat ini kedua-dua kenderaan yang dinaiki mangsa iaitu Honda City dan Perodua Bezza sudah dirampas untuk siasatan polis," katanya.
Sumber berkata, dua warga emas iaitu pasangan suami isteri yang ditahan adalah ibu bapa kepada salah seorang suspek yang tinggal di Ketereh.
Terdahulu, dua remaja lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian penuntut kolej wanita dengan 61 kesan tikaman di Kampung Simah, Ketereh tengah malam semalam direman tujuh hari.
Manakala, dua lagi suspek masing-masing wanita berusia 60 tahun dan lelaki berusia 66 tahun direman tiga hari.
Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Amirul Asyraf Abdul Rasid.
Semalam media melaporkan, mayat seorang wanita yang ditinggalkan di Ketereh, tengah malam semalam mempunyai 61 kesan tikaman di seluruh anggota badannya.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat dilaporkan berkata, mangsa ditinggalkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri, namun pihaknya sudah mengenal pasti mangsa berdasarkan semakan cap jari oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
Beliau berkata, mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di lokasi terbabit.
DUA remaja lelaki ditahan reman selama tujuh hari di Mahkamah Majistret bagi membantu siasatan berhubung kematian penuntut kolej wanita dengan 61 kesan tikaman di Kampung Simah, Ketereh. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Post time 2-5-2026 05:25 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kalau betul2 menjaga batas pergaulan terutamanya dengan lelaki, mangsa ni takkan keluar dengan mana2 lelaki. Kalau nak keluar pun dgn rakan pompuan saja. Tapi ni sampai dua lelaki berbeza keluar dalam masa sehari. Hmm ntah la. Meols pun pernah muda remaja dulu so faham sangat dahh.