|
|
[Jenayah]
61 kesan tikaman pada mayat wanita. Pasangan warga emas dibebas jaminan polis.Polis nafi bapa seorang suspek pesara polis dan ada 'kabel besar'
[Copy link]
|
|
|
Edited by tumpanglalu74 at 2-5-2026 10:10 AM
imanjannah replied at 2-5-2026 05:50 AM
sudah ada tangkapan dibuat kan, 2 remaja lelaki umur sebaya 19tahun..
KOTA BHARU: Polis Kelantan mengesahkan menahan empat individu termasuk seorang wanita warga emas susulan penemuan mayat gadis dengan 61 kesan tikaman di Ketereh tengah malam kelmarin.
Suspek yang ditahan terdiri daripada dua remaja lelaki dan lelaki warga emas berusia 19 hingga 66 tahun, manakala wanita warga emas pula berusia 60 tahun.
Semua suspek ditahan antara jam 4 petang semalam sehingga awal pagi hari ini.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata, semua mereka ditahan menerusi serbuan di dua lokasi berasingan di Taman Murni, di sini, dan Kampung Belukar Luas, Ketereh.
Katanya, menerusi tangkapan berkenaan, pihaknya merampas dua kereta, satu set pakaian, selipar dan empat unit pelapik kaki serta sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
"Semua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian air kencing juga negatif dadah.
"Suspek akan dibawa ke Mahkamah Kota Bharu pagi ini untuk proses reman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya menerusi kenyataan media.
Beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian pelajar wanita sebuah kolej, Nurfisya Zulkifly, 19, dari Enggor, Perak akibat kecederaan tikaman berganda di bahagian dada
Semalam, media melaporkan, mayat seorang wanita yang ditemui di Jalan Kampung Kubang Kiat, Ketereh, tengah malam kelmarin mempunyai 61 kesan tikaman di seluruh anggota badannya.
Mangsa ditinggalkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri, namun pihaknya sudah mengenal pasti mangsa berdasarkan semakan cap jari oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
Beliau berkata, mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di lokasi terbabit.
Katanya, hasil pemerhatian awal di lokasi mendapati, mangsa memakai rantai leher dengan ukiran nama 'SYAA', seutas rantai tangan di pergelangan tangan kiri serta sebentuk cincin di jari tengah tangan kanan. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kejam betul.
Moga arwah tenang di sana dan diampunkan Allah dosa2 arwah. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa agaknya motif ye..pelaku bkn tiak dadah...yg 2 warga emas tu parents salah sorg pelaku tu ke? Dorg bersubahat atau dorg mastermind? Menakutkna..61 tikaman tu bkn biasa2...1 tikaman pun org dah panik kalau tertikam..cinta ditolak?? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by silance at 2-5-2026 11:44 AM
Suspek yang ditahan terdiri daripada dua remaja lelaki dan lelaki warga emas berusia 19 hingga 66 tahun, manakala wanita warga emas pula berusia 60 tahun.
Apa la nak jadi.
Ahli politik yang tua-tua takda idea baru, takda pelapis berkeliber. Menyampah aku tengok melompat-lompat tunggang isu. Yang muda 19 taun dah macam ni. Apa nak diharap pada masa depan? Yang 60++ tu apa pulak, buat upacara tumbal nenek santet ke? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
asfaz replied at 2-5-2026 12:22 PM
https://www.hmetro.com.my/utama/2026/05/1352976/gadis-ditikam-61-kali-cemburu-punca-pembunuhan-dip ...
Boipren mangsa ke? Minat btol nak tau punca |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
asfaz replied at 2-5-2026 12:22 PM
https://www.hmetro.com.my/utama/2026/05/1352976/gadis-ditikam-61-kali-cemburu-punca-pembunuhan-dip ...
Pakai honda dan bezza tu lelaki yang sama ke
Atau ada kasus perselingkuhan di situp? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 2-5-2026 01:48 PM
Pakai honda dan bezza tu lelaki yang sama ke
Atau ada kasus perselingkuhan di situp?
12:32 naik kereta pukul 1 dah sampai lobby balik
Antra jam tu dia kat ayam gepuk. Dia amik grab la tu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dibunuh kat rumah suspek ke..
kata nya dating dgn dua lelaki pd hari yg sama.
cemburu ler kot..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
asfaz replied at 2-5-2026 01:52 PM
12:32 naik kereta pukul 1 dah sampai lobby balik
Antra jam tu dia kat ayam gepuk. Dia amik grab la ...
Kenape keluar malam pakai baju itam??
Jadinye bethol la tohmahan acik2 durjane forum ni ye? Boifren yang buat.  |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mahathirina replied at 2-5-2026 02:31 PM
'Spare part' tunggu kat kubur. Nah korang baca la sendiri:
https://www.hmetro.com.my/utama/202 ...
Tiba² je adik ni memcapub. Keluarga masih enggan ditemuramah. Terus wartawan temuramah jiran²
Ntah la, dikawal depan mata. Tak perlu lah kot orang luar keluarkan kenyataan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
asfaz replied at 2-5-2026 12:22 PM
https://www.hmetro.com.my/utama/2026/05/1352976/gadis-ditikam-61-kali-cemburu-punca-pembunuhan-dip ...
Sekejapnye dia keluar ke restoran ayam gepuk tu, dalam setengah jam pergi balik, keluar semata² untuk makan je ni. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnaillahirojiun |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kejamnya  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mahathirina replied at 2-5-2026 02:31 PM
'Spare part' tunggu kat kubur. Nah korang baca la sendiri:
https://www.hmetro.com.my/utama/202 ...
Dikawal ketat depan mata. Dah duduk jauh susah nak kawal.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Eiii sapa ada anak perempuan seram weiiiii anta anak pegi belajar. Mlm2 kuar ngan jantan. Blm lg yg jd ds mcm kuar buat slot blowjob, slot saptek. Tau2 kene tikam. Jaga2 la anak pempuan korang |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|