|
View: 38692|Reply: 400
|
[Jenayah]
61 kesan tikaman pada mayat wanita. Pasangan warga emas dibebas jaminan polis.Polis nafi bapa seorang suspek pesara polis dan ada 'kabel besar'
[Copy link]
|
|
|
Edited by ultra78 at 4-5-2026 12:07 PM
61 kesan tikaman pada mayat wanita disyaki dibunuh, polis temui rantai leher ukiran 'SYAA'
Oleh Siti Rohana Idris - Mei 1, 2026 @ 5:19pm
Mayat wanita ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di atas jalan dengan kesan kecederaan dipercayai ditikam di bahagian perut, belakang serta muka di jalan Kampung Kubang Kiat, Ketereh. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
KOTA BHARU: Mayat seorang wanita yang ditinggalkan di Jalan Kampung Kubang Kiat, Ketereh, tengah malam tadi mempunyai 61 kesan tikaman di seluruh anggota badannya.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata mangsa ditinggalkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri, namun pihaknya sudah mengenal pasti mangsa berdasarkan semakan cap jari oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
Beliau berkata, mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di lokasi terbabit.
"Hasil pemerhatian awal di lokasi mendapati, mangsa memakai rantai leher dengan ukiran nama 'SYAA', seutas rantai tangan di pergelangan tangan kiri serta sebentuk cincin di jari tengah tangan kanan.
"Pemeriksaan lanjut turut menemui beberapa barangan lain antaranya seutas manik berwarna-warni, cermin mata dan sehelai selendang namun tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersama mangsa.
"Pemeriksaan awal oleh Pasukan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menemui 61 kesan tikaman pada tubuh mangsa bermula di bahagian muka hingga ke kaki dengan kebanyakan kecederaan tertumpu kepada bahagian kanan badan," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Mohd Yusoff berkata, bantuan anjing pengesan (K9) juga digerakkan bagi membuat pengesanan sekitar 30 meter radius kawasan terbabit.
Katanya, mayat dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Siasatan lanjut masih diteruskan dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil untuk membantu siasatan dengan menghubungi Asisten Superintendan Ganesan di talian 012-5691204," katanya.
Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita berusia sekitar 20-an ditemukan di tepi jalan di Kampung Kubang Kiat, Ketereh, jam 12.30 malam tadi oleh penduduk kampung.
Mangsa ditemukan dalam keadaan mengiring dan berlumuran darah dipercayai ditikam dengan kecederaan parah di seluruh tubuh.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak tanam sorok , ni nk mayat dijumpai la kowt. Apa motifnya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kes dendam kot ni
Sbb brg kemas tak hilang |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Muda lagi. Semoga cepat dapat tangkap pembunuhnya. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
apasal tak tanam atau buang dlm sungai? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tumpanglalu74 at 1-5-2026 10:45 PM
Abang pon umor baru 21 taon.. Kesiannye.. 
Ade iras2 arwah Nur Farah Kartini. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
61? Nampak sgt marah & dendam ni
Tang muka pun kena tikam mcm ada personal grudge |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kes gadis mati kena tikam ni sikit2 orang tohmah kata boifren yang buat. Cuba la cek. Kot2 ada mak tiri ke, kakak tiri ke. Boleh jadi jugak family affair. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pisau apa tu sampai 61x. tk hancur ke body..
moga pelaku dpt ditangkap. org gila tk boleh berkeliaran mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
borrow replied at 1-5-2026 09:52 PM
Tak tanam sorok , ni nk mayat dijumpai la kowt. Apa motifnya.
Kalau perempuan yang buat logik juga. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Muda lagi. Dasyhat la sampai 61 tikaman, kerasukan apakah ini? Semoga pembunuh dapat segera ditangkap. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 replied at 1-5-2026 10:43 PM
Abang pon umor baru 21 taon.. Kesiannye..
Ade iras2 arwah Nur Farah Kartini.
Zoom muka. Lain. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sudah ada tangkapan dibuat kan, 2 remaja lelaki umur sebaya 19tahun.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
^CUN_GILA~. replied at 2-5-2026 12:06 AM
Kalau perempuan yang buat logik juga.
Lain betul rupa bila dah difilter
Yg pic dekat abg arwah hidung mendatar je |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirojiun.. mmg kejam betul pembunuh ni |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Lg byk kena tikam dr kes yg skolah Cina tu, iols sangka Type c, rupanya Type m. Apa salah dia smpai mati dlm keadaan mcm tu.
Tp tu la, nasib di buang area ada p kampungan dr di buang dlm ladang, kebun yg x de org |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
105 tikaman kan.. mcm ada baca kat threads |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“61 kesan tikaman pada badan, leher dan muka… Siapa sanggup lakukan kekejaman sebegini terhadap seorang pelajar perempuan?”
Baru seminggu dia kembali ke kolej…
Tapi siapa sangka, kepulangan seterusnya hanyalah untuk menuntut jenazah.”
Itulah realiti pahit yang terpaksa diterima keluarga Nurfisya Zulkifly, seorang pelajar perempuan berusia 19 tahun yang menjadi mangsa pembunuhan kejam di Ketereh, Kota Bharu, Kelantan.
Nurfisya merupakan pelajar semester ketiga di Kolej Poly-Tech MARA dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
Arwah berasal dari Karai, Enggor, Kuala Kangsar, Perak.
Difahamkan, dia baru seminggu kembali ke kolej selepas bercuti semester bersama keluarga di kampung.
Tiada siapa menyangka pertemuan itu menjadi pertemuan terakhir.
Pada sekitar jam 12.30 tengah malam khamis 01 May 2026, penduduk kampung dikejutkan dengan penemuan mayat seorang wanita di kawasan sawah padi di Kampung Simah, Ketereh.
Keadaan mangsa sangat menyayat hati.
Hasil bedah siasat mendapati terdapat 61 kesan tikaman pada badan, leher dan muka mangsa.
Polis percaya arwah dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan sawah tersebut.
Lebih memilukan, keluarga hanya mengetahui detail sebenar kejadian ketika dalam perjalanan dari Kuala Kangsar ke Kelantan selepas membaca berita di media sosial.
Abang sulung mangsa, Muhammad Faris Zulkifly, menerima panggilan daripada polis sekitar jam 12.30 tengah hari.
Tanpa banyak soal, keluarga terus bertolak ke Kelantan.
Namun sepanjang perjalanan itu, mereka mula mengetahui sedikit demi sedikit tentang tragedi yang menimpa satu-satunya anak perempuan dalam keluarga mereka.
Menurut keluarga, arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik sebelum kejadian.
Malah, seperti anak-anak muda lain, Nurfisya juga mempunyai impian.
Dia pernah berkongsi cita-cita mahu membeli sebuah Mini Cooper selepas tamat pengajian.
Arwah juga sempat meminta makanan kegemarannya ayam penyet.
Kini, semuanya tinggal kenangan.
Mangsa merupakan anak kedua daripada empat beradik dan sepatutnya menjalani pengajian selama tujuh semester.
Namun perjalanan hidupnya terhenti terlalu awal dalam keadaan yang sangat tragis.
Setakat ini, polis telah menahan dua lelaki berusia 19 tahun bagi membantu siasatan.
Motif pembunuhan masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Kes ini bukan sekadar kisah jenayah.
Ia adalah peringatan bahawa keselamatan diri tidak boleh dipandang ringan, terutama apabila berada jauh daripada keluarga.
Maklumkan lokasi kepada orang terdekat.
Elakkan berjalan bersendirian di kawasan sunyi.
Dan segera laporkan jika terdapat situasi mencurigakan.
Al-Fatihah buat arwah Nurfisya Zulkifly.
Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan keluarga diberikan kekuatan menghadapi ujian berat ini.
Semoga keadilan berpihak kepada mangsa.
#KisahHitam
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|