CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5573|Reply: 46

‘Saya tiada kekasih’ – Nora Danish, Mickey putus, bawa haluan sendiri

[Copy link]
Post time 30-4-2026 06:04 PM | Show all posts |Read mode




Hanya kekal sebagai kawan, pelakon Nora Danish mengakui hubungan mesranya dengan lelaki dikenali sebagai Mickey Ayo yang juga seorang perunding kewangan tidak dapat diteruskan atas dasar tiada kesefahaman.

Nora atau nama lengkapnya Nora Mohd. Danish Hanif, 44, berkata keputusan untuk membawa haluan masing-masing dilakukan secara sepakat tanpa sebarang konflik.

“Saya masih solo dan tidak mempunyai kekasih. Sebelum ini mungkin ada fasa mengenali hati budi seseorang, tetapi kami ambil keputusan untuk bawa haluan masing-masing.

“Sekarang kami cuma berkawan. Saya pun memang berkawan dengan semua orang.

“Keputusan ini dibuat kerana masing-masing sibuk selain faktor ketidaksefahaman dari pelbagai segi. Ini adalah jalan terbaik untuk kami,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana Poskad Cinta Dari Istanbul, semalam.

Ditanya sama ada keputusan tersebut mempunyai kaitan dengan bekas suaminya, ibu kepada dua cahaya mata itu menafikan dakwaan tersebut.

Akuinya, hubungan baik dengan lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya itu adalah demi permata hati, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 17, dan Mohamed Neqayl Nedim, 8.

“Saya sangat selesa dengan hubungan sekarang bersama bekas-bekas suami. Kami bersahabat selain sama-sama memastikan kesejahteraan anak terjaga,” ujarnya.

Mengenai kemungkinan bakal kembali dengan bekas suaminya pertamanya, Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai, Nora juga menyangkal desas-desus tersebut.

Katanya, dia kini semakin matang terutama dalam mempertimbangkan keputusan besar selepas melalui pelbagai fasa kehidupan.

“Jika orang mengharapkan kami kembali bersama (rujuk), saya rasa buat masa ini kami lebih bahagia dengan cara begini.

“Namun, saya tidak berani mengatakan ‘tidak’ kerana semuanya berbalik kepada ketentuan Allah. Apa yang boleh saya katakan, saya dan bekas-bekas suami sangat selesa berkawan.

“Setakat ini saya bersyukur kami sepakat serta selesa bekerjasama sebagai ibu bapa untuk menjaga anak-anak kami. Itu sahaja, tidak lebih daripada itu,” katanya.

Tinjauan Kosmo! Online juga mendapati tiada lagi perkongsian foto bersama Nora dalam akaun Instagram Mickey Ayo.

Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan  Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan Putra Rayqal sebelum bercerai dua tahun kemudian.

Pada 2017, dia mendirikan rumah tangga dengan Nedim Nazri tetapi perkahwinan mereka berakhir pada 19 Jun 2024. Mereka mempunyai seorang putera, Neqayl.

Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2026 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Get back je la dgn jejai
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2026 07:19 PM | Show all posts
bossned mesti happy

Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2026 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti inspired ngan kaka pajira ... tapi later on merasakan tak boleh ngan "org biasa2"
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2026 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Eloklah berhati2 jgn terburu2. kawan2 je dulu kalau ada yg tak ngam jgn teruskan nnt menyesal dikemudian hari lelagi kalau mendapat yg mcm Rosmaini tu haihhhh

Btw selalu nampak dia live jual perfume kat TT  ngan Danish anak buah dia yg helok tu.
Danish tu baru grad dari UM.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2026 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
X sesuai dgn.taraf biasa2...cari la lelaki yg kaya raya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-5-2026 02:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Apsal muka kt atas tu mcm laki inanaim..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2026 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Hope nora found the one soon, Amin ????????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2026 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 30-4-2026 10:15 PM
Eloklah berhati2 jgn terburu2. kawan2 je dulu kalau ada yg tak ngam jgn teruskan nnt menyesal dikemu ...

Rosmaini mmg lelaki paling dibenci seantero Malaysia kini.. Semoga Allah membalas perbuatan jahatnya & semoga semua kaum wanita dijauhkan dari lelaki berperangai mcm ni.. amin YRA..
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2026 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
naisyahmh replied at 1-5-2026 10:50 AM
Rosmaini mmg lelaki paling dibenci seantero Malaysia kini.. Semoga Allah membalas perbuatan jahatn ...

Rosmaini? Mickey tu ke? Tapi geli lah dah rentua panggil Mickey
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2026 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
i ada tgk nora dengan tasha call jejai. Dorang Tanya jejai syg nora lagi tak pastu jejai cakap "syg2"tapi jejai kata tak leh kawen balik ngn nora sebb nanti nora selalu nangis. Mesti sebb jejai playboy kan
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2026 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Nurkaseh01 replied at 1-5-2026 04:20 PM
i ada tgk nora dengan tasha call jejai. Dorang Tanya jejai syg nora lagi tak pastu jejai cakap "syg2 ...

serious la ditanya gitu kat jejai? dahla kena cerai time mengandung, mcm stokin bsuk je layan nora..
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2026 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
lonely_classic replied at 1-5-2026 03:44 PM
Rosmaini? Mickey tu ke? Tapi geli lah dah rentua panggil Mickey

Bukan nama Mickey.
Rosmaini tu lelaki yg kahwin sampai 9 kali dan suka tibai bini-bini dia sampai patah riuk terkeluar kandungan bagai.
Sekarang kita boleh guna “Rosmaini” dalam ayat2 seperti.

Hati2 memilih suami jangan cari suami yang suka merosmaini bini.

Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2026 04:40 PM | Show all posts
Takde ke org myanmar ke or rohibggya ke yg keja n duduk msia ni nak ambil acik nora danish ni buat bini? Baru org kata sireh pulang ke gagang, tak gitu? lol kohkohkohhh kut lah yg suami terakhir ni nak jadi dr leluhur sendiri kohkohh
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2026 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
naisyahmh replied at 1-5-2026 10:50 AM
Rosmaini mmg lelaki paling dibenci seantero Malaysia kini.. Semoga Allah membalas perbuatan jahatn ...

Amin.. harap dah takdibenarkan ikat jamin sbb dia berbahaya kepada masyarakat dan pompuan2 yg masih mendambakan dia
Yg bini last kena tibai tu menurut sumber tahu je pasal kes dia tp berkehendak gak nak kahwin ngn dia.
So nk salahkan hakim semata2 sbb benarkan kes dia ditangguh sampai dia sempat menikoh sana sini pun tak leh juga memandangkan masih ada pompuan2 yg nak juga menikoh ngn dia.
Biasalah bad boy mmg dambaan sesetengah wanita walau cerdik pandai belajar sampai uitm dan bekerjaya.
Skrg tolongla pada waniter2 walau manis berlecaih pun mulut si Rosmaini toksah la buang tebiat serahkan tengkuk kat dia. Ramai lagi yg green forest tapi red blood juga yg korang nak.
Biarlah tak kawen drpd berlakikan Rosmaini yg psikopat.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2026 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
becir replied at 1-5-2026 04:27 PM
serious la ditanya gitu kat jejai? dahla kena cerai time mengandung, mcm stokin bsuk je layan nora ...

Ye. Masa tu tasha, nora dengan rossa buat mcm prank call ex2 dorang. So nora call jejai dia tanya gitu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2026 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Sesuai dgn husband no 1 dulu..
Mak mertua pulak sayangg...
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2026 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 1-5-2026 04:35 PM
Bukan nama Mickey.
Rosmaini tu lelaki yg kahwin sampai 9 kali dan suka tibai bini-bini dia sampai  ...

Ooooooo begitu
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2026 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
lonely_classic replied at 1-5-2026 03:44 PM
Rosmaini? Mickey tu ke? Tapi geli lah dah rentua panggil Mickey

Rasanya bekas laki Kak jahidah.
Tak paham betul ada jugak pompuan kawin dgn dia lepas kes jahidah. Kena pukul jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2026 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 1-5-2026 04:35 PM
Bukan nama Mickey.
Rosmaini tu lelaki yg kahwin sampai 9 kali dan suka tibai bini-bini dia sampai  ...

Oo bukan laki Kak jahidah ke?
Rasa macam ada kawan bagi gbr baby terkeluar tu.
Kes ni la kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2026 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.216160 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list