CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1155|Reply: 1

[Tempatan] Rakyat boleh bersama selesaikan isu adat Negeri Sembilan kata Presiden Pertubuhan Otai Reformasi Negeri Sembilan

[Copy link]
Post time 30-4-2026 05:38 PM | Show all posts |Read mode


SEREMBAN – Rakyat boleh bersama dalam menyelesaikan krisis adat dan perlembagaan di Negeri Sembilan seperti mana lambang pada bendera Negeri Sembilan yang mempunyai tiga warna.

Presiden Pertubuhan Otai Reformasi Negeri Sembilan (Profans), Muhamad Kamel Yassin berkata, warna kuning merujuk kepada raja, warna merah rakyat manakala warna hitam adalah Undang.

“Kalau rakyat tidak bersama dalam menyelesaikan masalah ini, seolah-olah kita mengoyakkan bendera (Negeri Sembilan) dengan membuang warna merah. Ini menunjukkan kita sudah tidak satu hati.

“Gabungan ketiga-tiga elemen tersebut amat penting bagi memastikan kestabilan negeri terus terpelihara tanpa campur tangan pihak berkepentingan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tegas beliau, kesetiaan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir adalah perkara utama dan tidak boleh dipertikaikan dalam apa jua keadaan.– KOSMO! ONLINE


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2026 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Apekebende nama persatuan.. tak meyakinkan langsung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-7-2026 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.050169 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list