CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1947|Reply: 16

[Tempatan] Pempengaruh, Ahmad Faezal tak ikut kapal GSF belayar akibat demam panas

[Copy link]
Post time 30-4-2026 05:19 PM | Show all posts |Read mode



PETALING JAYA – Pempengaruh dan penulis dalam bidang analisis geopolitik, Ahmad Faezal Mohd. Shariff mendedahkan dia tidak dapat meneruskan pelayaran bersama misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 selepas diserang demam panas pada saat-saat akhir sebelum pelancaran.

Menerusi hantaran di Facebook, Ahmad Faezal berkata, keadaan kesihatannya yang merosot pada malam 25 April lalu menyebabkan beliau terpaksa menarik diri daripada menyertai pelayaran dari Sicily, Itali.

Ahmad Faezal berkata, ketika itu dia masih berhasrat untuk bersama kumpulan kapal GSF yang membawa misi kemanusiaan ke Gaza, namun keadaan kesihatan tidak mengizinkan.

“Pada malam 25 saya demam panas dan tidak sempat sembuh untuk pelancaran esoknya dari Sicily,” katanya dalam perkongsian tersebut.

Menurutnya, sepanjang tempoh 26 hingga 29 April, dia masih dalam keadaan demam selain perlu menguruskan perjalanan dari Sicily ke Rom, Abu Dhabi dan seterusnya kembali ke Kuala Lumpur.

Dalam hantaran sama, Ahmad Faezal memaklumkan sempat bertanya kepada pihak pengurusan kemungkinan untuk dia menyertai misi dari pelabuhan seterusnya.

Bagaimanapun, dia akhirnya mengambil keputusan untuk tidak mengambil tempat individu lain yang telah menunggu giliran.

“Bila tengok balik waktu tu, saya tak nak ambil tempat atau keutamaan orang-orang lain yang dah tunggu ikut saluran. Bila tengok balik waktu sekarang, betapa besa dah keadaan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Faezal berkata, misi GSF berdepan detik mencemaskan apabila beberapa kapal dilaporkan telah dipintas pihak tidak dikenal pasti.

Katanya, setakat ini sekitar 22 buah kapal dipercayai telah dipintas termasuk beberapa kapal yang dinamakan seperti Safsaf, Arkham 3 dan Goleta.

Dia turut meluahkan rasa kesal kerana tidak dapat bersama rakan seperjuangan di lapangan ketika insiden itu berlaku.

“I could have been there. Nak sangat ada dekat situ,” ujarnya.

Sebelum ini, Ahmad Faezal menjadi calon pertama yang dipilih menyertai pelayaran tersebut bersama misi Sumud Nusantara ke Gaza.

Terdahulu, media melaporkan seramai 10 warga Malaysia terputus hubungan selepas sekurang-kurangnya 10 kapal GSF dilaporkan dipintas pihak berkuasa Israel di perairan Mediterranean, awal pagi tadi.


Sumber: KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2026 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols tgk berita tamil (xpaham) 10 rakyat malaysia sumud kena tahan dengan lanun israhell
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2026 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2026/04/30/ten-malaysians-missing-after-israeli-forces-board-gaza-aid-flotilla-says-sumud-nusantara-command-center/218252
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2026 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Belum pergi berperang dah pingsan
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2026 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2026 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 30-4-2026 11:23 PM
https://vt.tiktok.com/ZS9P6XVDN/

Sis, kat x ada video  menari ataih vessel Israhell
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-4-2026 11:37 PM | Show all posts
apa bang. pung pang pung tiba sakit.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2026 11:37 PM | Show all posts
apa bang. pung pang pung tiba sakit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2026 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Semangat tgk dia awal2. Tp tak sekuat ZRA.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2026 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Sembang babi terbang. Janji followers naik jadila kan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2026 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by wikedsaikel at 1-5-2026 02:58 PM

Aku tengok video dia pergi Aceh. Tinggi rupanya dia ni. Sebelum ni ingat kecik je sb impression yg aku dpt bila tengok video2 lama dia yg tak henti2 bercakap. Lul
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2026 03:40 PM | Show all posts
takyahla nak kecam2 die. aku percaya acik porem dalam ni mesti dah ada laki. cuba korg tenung jap laki masing2 tu, kalau demam skit je pun mcm nk nazak. ni kan pulak demam panas.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2026 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang lelaki demam pun diaorang rasa mcm nak mati...dari awal tgk muka dia pun dah mmg cuak.
Kena sergah dgn askar Israel keluar terus suara kepit dia...
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2026 09:47 PM | Show all posts
Dulu Sept kan , skrg bulan 4-5. Cuaca berbeza sgt ka. Aritu tgk live ZRA heols tak tahan berjemur kat luar hidung dh pedih. Last year katanya tak mcm tu. Pejal ni tak setuju perempuan join Sumud , tp nmpknya heols pun terkandas. Deyols warwarkan kedatangan , tarikh jangkaan tiba kat Gaza. Bukan ke akan lebih alertkan Yisrael. Tataulah apa strategi deyols ni. Tgk jelah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2026 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
borrow replied at 1-5-2026 09:47 PM
Dulu Sept kan , skrg bulan 4-5. Cuaca berbeza sgt ka. Aritu tgk live ZRA heols tak tahan berjemur ka ...

Strategi dia balik mesia, tunggu org panggil masuk podkas, tekan harga
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2026 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Stick dgn buku je la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2026 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Die ni content creator je ke smata2 or Ade kerja smpinGan lain .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-7-2026 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.116771 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list