CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1618|Reply: 13

[Tempatan] Bantah penganjuran Rain Rave Water Music Festival 2026, Jawi buat bacaan Yasin, solat hajat elak maksiat

[Copy link]
Post time 30-4-2026 05:14 PM | Show all posts |Read mode



PETALING JAYA – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membantah penganjuran Rain Rave Water Music Festival 2026 di Bukit Bintang, Kuala Lumpur kerana dikhuatiri membawa kemudaratan akhlak dan keruntuhan nilai masyarakat.

Pengarahnya, Hanifuddin Roslan menegaskan, penganjuran program berunsur hiburan itu dilihat tidak selari dengan sensitiviti masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya.

Katanya, Jawi menzahirkan kekesalan terhadap penganjuran tersebut dan berharap penganjur dapat menilai semula konsep pelaksanaan program berkenaan.

“Merujuk Bayan Linnas Siri Ke-351 bertajuk ‘Rain Rave Water Music Festival 2026: Hiburan Ada Batas, Penganjur Memikul Tanggungjawab Dan Konsert Berbentuk Maksiat Wajib Dihentikan’ yang dikeluarkan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan menyatakan dengan jelas bahawa Islam tidak menolak hiburan secara mutlak, namun hendaklah tertakluk kepada garis panduan yang telah ditetapkan syarak.

“Justeru, Jawi akan menganjurkan bacaan yassin dan solat hajat serentak di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan hari ini selepas solat maghrib bagi mendoakan kesejahteraan dan keharmonian hidup warga Wilayah Persekutuan dan rakyat Malaysia,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menambah, Jawi akan mempergiatkan pelbagai program keagamaan di Wilayah Persekutuan melalui kuliah, ceramah, forum, tausiyah, kempen media sosial serta khutbah Jumaat.

“(Ia bertujuan) kepentingan umat Islam untuk sentiasa mematuhi perintah Allah SWT dan menjauhkan diri dari terlibat dalam program-program yang berunsur maksiat,” katanya.

“Jawi memohon kerjasama semua pihak memastikan sebarang penganjuran program hiburan tidak mempunyai unsur-unsur yang boleh menjejaskan kesucian agama dan akhlak masyarakat bagi mengelakkan berlakunya
kemudaratan yang lebih besar,” jelasnya.

Terdahulu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, festival berkenaan adalah sebahagian langkah proaktif dalam menyokong aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan persepsi negatif atau mencetuskan provokasi yang boleh menjejaskan imej negara.

“Kita perlu menyokong usaha yang memberi impak positif kepada ekonomi negara, selagi ia mematuhi peraturan ditetapkan. Jangan putar belit fakta sehingga menjejaskan keyakinan pelancong untuk datang ke Malaysia,” ujarnya. ac

Sumber: KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2026 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by alesandra at 30-4-2026 05:25 PM

Jawi  pun agak2 la menyembang nak memperbodohkan org.apa payah susah2 solat hajat,baca yassin pelbagai.boss jawi menteri agama tu apa fungsinya?goyang tulur?dlm mesyuarat kabinet pun boleh ckp/ bantah
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2026 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
jawi vs motac
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2026 06:00 PM | Show all posts
Di perlis tiada pula lebai nak semayam hajat dan tolak Bala?


https://m.youtube.com/shorts/gXT0sTxSp1Q
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2026 06:04 PM | Show all posts
Pesta air di kelantan. Lebai lebai ni bising kerana politik sahaja.


https://m.youtube.com/watch?v=jc3baVhQtYk&pp=ygUeIEZlc3RpdmFsIFNvbmdrcmFuIERpIGtlbGFudGFu
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2026 06:10 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-4-2026 09:51 PM | Show all posts
Baca Yaasin sempena Songkran ka? Lepas ni sempena apa pula?
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2026 11:27 PM | Show all posts
Edited by nadie90 at 30-4-2026 03:28 PM

Selangor, KL bukan selalu ada masalah ayaq xdak?

Pihak bertanggungjawab diam masuk gua sebab kena SUAP ka?

Aktivis?? sebab ni program boleh jana duit kerajaan sebab tu semua masuk gua jugak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2026 02:26 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 30-4-2026 10:28 AM


Tak tidur malam lebai di luar sana tengok ini! Mungkin lebai fikir dunia ini hanya untuk lebai sahaja dan semua orang mesti mengikut apa yang lebai mahukan!


https://m.youtube.com/watch?v=OgxOKBjzKzE&t=670s
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2026 02:32 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 30-4-2026 10:45 AM

tidak jauh beza dengan muzik jalanan di bukit bintang tu cuma festival bukit bintang itu lebih besar.




https://m.youtube.com/watch?v=Ktj3md9FIUk




Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2026 03:14 AM | Show all posts
Kesiannya visit malazia songkran festival hanya captured dna asia selatan. tak taulah tourist ka pati ka. Kokesen tak nampak.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2026 04:54 AM | Show all posts




https://www.facebook.com/reel/973836925035103/?fs=e&fs=e
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2026 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
nadie90 replied at 30-4-2026 11:27 PM
Selangor, KL bukan selalu ada masalah ayaq xdak?

Pihak bertanggungjawab diam masuk gua sebab kena S ...

Dah lama xde masalah air...kira dah ok tahun ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2026 11:46 PM | Show all posts


Ini lah yang di ajar oleh guru agama untuk menjadi seorang muslim yang taat pada agama


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-7-2026 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.428362 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list