CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1367|Reply: 3

[Tempatan] Pencari gaharu ditemui selepas lima hari tersesat dalam Hutan Bukit Bauk

[Copy link]
Post time 29-4-2026 05:39 PM | Show all posts |Read mode
Pencari gaharu ditemui selepas lima hari tersesat dalam Hutan Bukit Bauk
Oleh NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
29 April 2026, 4:27 pm

Mohd. Nawi (dua dari kanan) ditemui selamat selepas lima hari terselamat di dalam Hutan Simpan Bukit Bauk, Dungun hari ini.

DUNGUN – Seorang pencari kayu gaharu yang tersesat lima hari di dalam Hutan Simpan Bukit Bauk di sini akhirnya berjaya ditemui selamat dalam keadaan keletihan dan kelaparan di kawasan hutan tersebut berhampiran Kampung Binjai di sini hari ini.

Mohd. Nawi Ismail, 55, ditemukan seorang pegawai Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) yang kebetulan melalui kawasan hutan tersebut yang ke ladang getah berhampiran pada pukul 12.15 tengah hari tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Dungun, Deputi Superintenden Jumaidy Bah Chong Weh berkata, Mohd. Nawi ditemui dalam dalam keletihan dan kelaparan di dalam sebuah pondok yang terdapat di dalam hutan berkenaan.

“Lokasi mangsa ditemui kira-kira 2.3 kilometer dari lokasi dia kali terakhir dilihat adik dan rakannya yang turut memasuki hutan untuk mencari kayu gaharu pada hari kejadian.

“Dia telah diberi rawatan awal sebelum dikejarkan ke Hospital Dungun di sini,” katanya di sini hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan Mohd. Nawi dikhuatiri hilang apabila tidak pulang selepas memasuki hutan simpan tersebut bersama adik lelakinya, Surini, 42, dan rakan Azman Abdul Wahab, 36, untuk mencari kayu gaharu.

Dia yang berada di belakang Surini dan Azman tiba-tiba hilang sewaktu dalam perjalanan keluar hutan berkenaan pada pukul 6 petang, Jumaat lalu. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2026 05:56 PM | Show all posts
sudah gaharu cendana pula,

sudah jumpa gembira pula.


Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2026 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Lima hari kalau dunia kita ni. Ntah ke pakcik ni rasa macam 5 jam camtu dok pusing2 cari jalan keluar. Timing elok tengah hari baru dapat keluar dari alam depa nu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2026 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
best juga kalau dapat dengar cuter mistik pakcik ni, kalau ada la..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-7-2026 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.560537 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list