CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1706|Reply: 9

[Tempatan] Log masuk tunggal MyJPJ guna MyDigital ID berkuat kuasa 1 Mei - KP JPJ

[Copy link]
Post time 29-4-2026 05:32 PM | Show all posts |Read mode
Log masuk tunggal MyJPJ guna MyDigital ID berkuat kuasa 1 Mei - KP JPJ
BERNAMA - April 29, 2026 @ 4:06pm


PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan sepenuhnya sistem log masuk tunggal atau Single Sign-On bagi aplikasi pintar MyJPJ menggunakan MyDigital ID, berkuat kuasa 1 Mei ini.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata pelaksanaan itu sebahagian inisiatif pendigitalan perkhidmatan awam bertujuan memperkukuh tahap keselamatan siber dan meningkatkan kecekapan sistem penyampaian.

Menerusi satu kenyataan hari ini, beliau berkata, pelaksanaan itu juga akan memudahkan akses pengguna kepada pelbagai perkhidmatan JPJ melalui satu identiti digital yang sah dan diiktiraf.

"Pengguna hanya perlu menggunakan MyDigital ID sebagai kaedah pengesahan utama untuk mengakses aplikasi MyJPJ, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pelbagai maklumat log masuk serta meminimumkan risiko keselamatan data," katanya.

Aedy Fadly berkata, aplikasi pintar MyJPJ adalah platform bersepadu yang menyediakan pelbagai kemudahan kepada orang awam, termasuk semakan dan pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM), Lesen Kenderaan Motor (LKM), semakan saman serta akses kepada perkhidmatan berkaitan JPJ secara dalam talian.

Sehingga kini, aplikasi itu telah merekodkan melebihi 14 juta pengguna.

"Versi baharu aplikasi ini turut dipertingkat dengan pelbagai ciri tambahan seperti integrasi MyDigital ID, fungsi mod tetamu atau guest mode tanpa log masuk, chatbot pintar beroperasi 24 jam dan integrasi JPJeBid dan JPJeQ dalam satu platform tunggal," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, semua pengguna MyJPJ yang berumur 12 tahun ke atas digalakkan untuk mendaftar dan mengaktifkan MyDigital ID selaras dengan pelaksanaan penuh sistem berkenaan.

Bagi pengguna pemegang MyPR, kaedah log masuk sedia ada akan terus disediakan melalui saluran alternatif yang ditetapkan.

"Pelaksanaan log masuk tunggal ini mencerminkan komitmen berterusan JPJ dalam memperkasa transformasi digital jabatan serta memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih efisien, selamat dan mesra pengguna," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2026 01:16 PM | Show all posts
apps paling mengada2 lah JPJ ni. tu ja nak cakap.


Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2026 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru dload apps pagi td sbb lesen iols mati bulan 5 nnti,takot ada masalah nnti ngn jpj
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2026 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak suruh rakyat daftar my digital id le tu sama spt tadak vaksin x boleh masuk kedai
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2026 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
pulak dah
ade je benda nak menyusahkan
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2026 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
nampak sgt gomen nk pksa rakyat guna.
sblom ni paksa penjawat awam guna apps ni, x jalan agaknya..
so guna jpj pulak ofc semua terpaksa la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-5-2026 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Aisehmen @slavehunter
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2026 06:48 PM | Show all posts
Kenapa org tak suka? Bagi aku lagi senang tak perlu nak ingat dan login userid & password. Login guna my digital id dan biometric. Harap semua app kerajaan pakai my digital id.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2026 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 1-5-2026 05:00 PM
Aisehmen @slavehunter

Kann aku dah cakap.

Macam mana sheeple ketagih vaccine macam tu juga mereka akan ketagih dengan My Digital ID ni.

95% Malaysia population akan ikut punya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2026 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 1-5-2026 05:00 PM
Aisehmen @slavehunter

Kat Malaysia ni movement resistance golongan yang menolak tak ramai, kalau menolak siap ko kena demonize, ramai lebih suka ikut saja tanpa tahu hak sendiri, they only champion for human rights bila melibatkan kes kes jenayah jer, tapi bila privacy hak sendiri macam ni tak ramai nk bersatu pejuangkan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-7-2026 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.241308 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list