|
View: 2902|Reply: 22
|
[Tempatan]
Kanak-kanak dikhuatiri lemas, selepas jatuh longkang di Puncak Alam
[Copy link]
|
|
|
Edited by hart_attack at 29-4-2026 12:47 PM
Shah Alam: Kanak-kanak berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang ketika hujan lebat di Lorong Cakera Purnama 12/27, Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, semalam.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 7.47 malam.
Beliau berkata, sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian.
Sebaik tiba, anggota bertugas dimaklumkan orang awam bahawa mangsa jatuh ke dalam longkang pada 3.30 petang dan hanyut dibawa arus deras ketika hujan lebat," katanya ketika dihubungi, malam tadi.
Ahmad Mukhlis berkata, ketika ini kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) sedang dijalankan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 29-4-2026 12:43 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
Masih x jumpa lagi kan. Sehari 2 ni lembah klang area shah alam hujan lebat |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 29-4-2026 03:12 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by hart_attack at 29-4-2026 03:18 PM
'Saya redah longkang, ikut laluan air dengan harapan dapat jumpa anak'
KUALA SELANGOR - "Saya redah longkang, ikut laluan air dengan harapan dapat jumpa anak saya walau apa pun keadaannya."
Demikian luahan Khaizalullinordin Nordin, 45, yang sanggup mempertaruhkan nyawa meredah longkang sejauh lebih 100 meter demi mencari anak sulungnya yang dipercayai dihanyutkan arus deras dalam kejadian petang Selasa.
Mangsa, Khairil Izani Khaizalullinordin, 10, dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang berhampiran padang permainan di sebuah taman perumahan di Lorong Cakera Purnama 12/30, Taman Fasa 3 Puncak Alam di sini.
Menurut Khaizalullinordin, berdasarkan maklumat rakan-rakan anaknya, kejadian dipercayai berlaku antara jam 3 hingga 3.30 petang ketika mangsa bermain di kawasan tersebut.
"Ada longkang dekat kawasan itu yang menjadi tempat budak-budak bermain gelongsor, difahamkan mereka akan turun dan meluncur berulang kali di situ.
"Namun pada hari kejadian, hujan turun dengan sangat lebat menyebabkan air dari kawasan sekitar mengalir deras dan dipercayai terus menghanyutkan anak saya,” katanya ketika ditemui di pusat kawalan operasi di sini pada Rabu.
Katanya, dia hanya mengetahui kejadian tersebut kira-kira jam 6.30 petang selepas dimaklumkan oleh ahli keluarga.
"Saya terus ke lokasi dan tiba sekitar jam 7 malam, tetapi ketika itu masih belum ada operasi mencari dijalankan.
"Saya kemudian menghubungi pihak bomba dan polis sebelum bersama beberapa rakan memulakan pencarian dengan menyusuri laluan longkang serta lubang-lubang saliran," katanya.
Dalam usaha tersebut, dia sendiri turun ke dalam longkang dan meredah aliran air bagi menjejaki laluan mangsa dihanyutkan.
"Saya tidak fikir apa-apa ketika itu, saya hanya ikut laluan air dengan harapan dapat menemui anak saya," katanya.
Khaizalullinordin turut memaklumkan bahawa kelewatan maklumat daripada rakan-rakan anaknya menyebabkan keluarga hanya mengetahui kejadian tersebut pada waktu yang agak lewat.
"Seorang rakannya datang ke rumah dan memaklumkan perkara itu kepada isteri saya manakala saya berada di tempat kerja.
"Dalam keadaan arus deras, saya terfikir dia mungkin cuba berpaut pada apa sahaja di dalam longkang, tetapi tidak mampu bertahan. Saya reda dan berharap jasad anak saya dapat ditemui secepat mungkin,” katanya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor meluaskan radius pencarian sejauh 5 kilometer dalam usaha pencarian kanak-kanak yang dipercayai lemas dihanyutkan arus deras selepas terjatuh dalam longkang di sini.
Operasi turut disertai Pasukan Penyelamat Di Air (PDA) dan unit K9 JBPM Selangor, polis serta penduduk sekitar.
Terdahulu, mangsa berusia 10 tahun itu dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras di Lorong Cakera Purnama, Bandar Puncak Alam petang Selasa.
"
Katanya, dia hanya mengetahui kejadian tersebut kira-kira jam 6.30 petang selepas dimaklumkan oleh ahli keluarga.
"Saya terus ke lokasi dan tiba sekitar jam 7 malam, tetapi ketika itu masih belum ada operasi mencari dijalankan.
"Saya kemudian menghubungi pihak bomba dan polis sebelum bersama beberapa rakan memulakan pencarian dengan menyusuri laluan longkang serta lubang-lubang saliran," katanya.
"Saya tidak fikir apa-apa ketika itu, saya hanya ikut laluan air dengan harapan dapat menemui anak saya," katanya.
Khaizalullinordin turut memaklumkan bahawa kelewatan maklumat daripada rakan-rakan anaknya menyebabkan keluarga hanya mengetahui kejadian tersebut pada waktu yang agak lewat.
"Seorang rakannya datang ke rumah dan memaklumkan perkara itu kepada isteri saya manakala saya berada di tempat kerja.
"Dalam keadaan arus deras, saya terfikir dia mungkin cuba berpaut pada apa sahaja di dalam longkang, tetapi tidak mampu bertahan. Saya reda dan berharap jasad anak saya dapat ditemui secepat mungkin,” katanya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor meluaskan radius pencarian sejauh 5 kilometer dalam usaha pencarian kanak-kanak yang dipercayai lemas dihanyutkan arus deras selepas terjatuh dalam longkang di sini.
Operasi turut disertai Pasukan Penyelamat Di Air (PDA) dan unit K9 JBPM Selangor, polis serta penduduk sekitar.
Terdahulu, mangsa berusia 10 tahun itu dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras di Lorong Cakera Purnama, Bandar Puncak Alam petang Selasa.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Masih belum jumpa kan?
Puchong sini hujan.ni
Puncak.alam.macamana.lah.kan..
Harap2 jumpa.lah..sedeh.plak.iols... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Moga dipermudahkan urusan agar jumpa balik jasad budak nu.. AAmin |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
semalam pun ada berita yg abg (12 tahun) nk selamatkan adik tp die yg lemas, adik selamat
dalam longkang area taman jugak
mmg laju air dlm longkang tu
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga Selamat dijumpai.. Aamiin |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 30-4-2026 07:53 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Pencarian Khairil Izani di sungai bermula esok (hari ini)
KUALA SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat Khairil Izani Khaizalulinurdin, 10, yang terjatuh longkang di Lorong Cakera Purnama, Puncak Alam di sini, akan dilakukan di kawasan sungai bermula esok.
Lokasi pencarian bomba itu akan diperluaskan sehingga radius 10 kilometer (km) melibatkan Sungai Selangor dan Sungai Buloh.
Ketua Zon 7 Selangor Utara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Samsol Maarif Saibani berkata, operasi hari kedua pihaknya bersama beberapa agensi keselamatan ditamatkan kira-kira pukul 7 petang tadi. InovasiTeknologi Malaysia
Jelasnya, usaha pencarian di radius empat kilometer terutama di kawasan longkang dan saliran air sejak pukul 8 pagi tadi tidak menemukan kanak-kanak berkenaan.
“Justeru, operasi pencarian akan dimulakan di kawasan sungai bermula kira-kira pukul 9 pagi esok,” katanya ketika ditemui di pusat kawalan bomba (PKB) malam ini.
Terdahulu, polis mengesahkan mangsa yang hanyut dibawa arus deras selepas terjatuh ke dalam longkang dipercayai bermain bola bersama dua rakannya ketika hujan lebat di lokasi kejadian petang semalam. – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 30-4-2026 07:54 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
shernazz replied at 29-4-2026 03:38 PM
Masih belum jumpa kan?
Puchong sini hujan.ni
Puncak.alam.macamana.lah.kan..
Masih belum jumpa,dh cari semua tempat. Dgn cuaca hujan air laju,budak tu bdan kecik je. Msti di bwak air lps tu tersangkut,tp ye la kan x tau kt mana |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mana la dia dibawa arus..kiranya longkang tu bersambung dgn sungai la kan...ya Allah semoga cpt ditemui... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 30-4-2026 07:59 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Kanak-kanak jatuh longkang: Mangsa mungkin dihanyutkan ke sungai utama - Bomba
KUALA SELANGOR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor tidak menolak kemungkinan seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Bandar Puncak Alam dihanyutkan hingga ke sungai utama.
Ketua Zon 7 Selangor Utara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Samsol Maarif Saibani berkata, ketiadaan perangkap sampah di laluan longkang yang bersambung ke Sungai Buloh dan seterusnya ke Sungai Selangor antara faktor yang meningkatkan kebarangkalian itu.
Menurutnya, struktur laluan air tanpa halangan itu membolehkan arus deras membawa mangsa lebih jauh tanpa sekatan dan keadaan tersebut menyukarkan usaha mengesan mangsa dalam radius pencarian awal yang tertumpu di kawasan longkang serta saliran berhampiran lokasi kejadian.
"Laluan longkang ini bersambung terus ke Sungai Buloh dan akhirnya ke Sungai Selangor tanpa sebarang perangkap sampah.
Ini menyebabkan kebarangkalian mangsa dihanyutkan sehingga ke sungai utama adalah tinggi," katanya ketika ditemui di pusat kawalan bomba di Bandar Puncak Alam pada Rabu.
Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari kedua masih belum menemui sebarang petunjuk baharu walaupun pencarian dilakukan secara intensif.
Setakat ini pasukan penyelamat telah melakukan pencarian sejauh kira-kira empat kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh ke dalam longkang.
"Dalam radius empat kilometer, kita tidak menemui sebarang objek atau tanda yang boleh dikaitkan dengan mangsa walaupun pencarian dilakukan berulang kali termasuk ketika air surut pada waktu malam," katanya.
Tambah beliau, keadaan arus deras serta hujan lebat berterusan sejak dua hari lalu turut menjadi cabaran utama dalam operasi tersebut.
Arus air yang terlalu deras susulan hujan menyebabkan anggota sukar melakukan pencarian secara menyeluruh di sepanjang laluan air," katanya.
Dalam pada itu, operasi turut dibantu Unit Anjing Pengesan (K9) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), namun masih belum menunjukkan hasil positif.
"Unit K9 juga tidak mengesan sebarang bau atau objek berkaitan mangsa, sekali gus menguatkan kemungkinan mangsa telah dihanyutkan lebih jauh," katanya.
Sehubungan itu, katanya, operasi SAR akan diperluaskan ke kawasan sungai dengan jarak tambahan antara tujuh hingga 10 kilometer.
"Fokus pencarian akan tertumpu di sepanjang pesisir Sungai Buloh sehingga ke pertemuan dengan Sungai Selangor," katanya
Menurutnya, sebanyak tiga bot telah digunakan dalam operasi setakat ini dan jumlah aset tersebut akan ditambah bagi memperluas kawasan pencarian.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by asmurai at 30-4-2026 08:22 AM
Banyak banyak tempat boleh main, nak pergi main gelongsor kat longkang juga. Maknya mana? Sibuk main hp kat rumah tak tau anak kecik pergi mana? Ada ke budak kecik sekolah rendah macam tu biar je pergi main jauh jauh mak pak tak tau. Budak budak kecik macam ni suruh duduk rumah je main komputer ke, mengaji ke atau main dekat tepi rumah je, jangan pergi main jauh jauh kat longkang besar. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kata dah jumpa kan
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sblm kes ni, kes dkt melaka budak jatuh longkang juga tp dah jumpa umur 12thn |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 30-4-2026 02:22 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by hart_attack at 30-4-2026 02:29 PM
Kanak-kanak jatuh longkang: Jasad dipercayai adik Khairil Izani ditemukan
Sinar Harian
Kanak-kanak jatuh longkang: Jasad dipercayai adik Khairil Izani ditemukan
MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKIMUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
Mayat mangsa ditemui terapung sebelum disedari PBS Saujana Utama yang melakukan pencarian di lokasi terbabit.
Mayat mangsa ditemui terapung sebelum disedari PBS Saujana Utama yang melakukan pencarian di lokasi terbabit
.
Untuk berita terkini Sinar Harian, ikuti di Telegram dan TikTok kami
KUALA SELANGOR – [DIKEMAS KINI] Kehilangan seorang kanak-kanak lelaki, Khairil Izani Khaizalullinudin, 10, yang dipercayai lemas selepas dihanyutkan arus deras di Bandar Puncak Alam sejak tiga hari lalu terungkai apabila mayatnya ditemukan di tebing sungai, Sungai Buloh pada Khamis.
Mayat mangsa ditemui terapung sebelum disedari Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Saujana Utama yang melakukan pencarian di lokasi terbabit.
Ketua Zon 7 Selangor Utara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Samsol Maarif Saibani berkata, mangsa yang dilaporkan hilang pada Selasa ditemukan pada jam 1 tengah hari.
Pasukan bomba PPDA bersama PBS Saujana Utama telah menemui mangsa di Sungai Buloh menghala ke Ijok selepas memulakan pencarian dari pusat kawalan bomba (PKB).
"Pencarian bermula dari parit berhampiran Masjid Taman Alam Jaya sebelum bergerak kira-kira lima kilometer sehingga ke sungai berkenaan," katanya ketika ditemui di lokasi operasi pada Khamis.
Beliau berkata, secara keseluruhan, jarak dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh dianggarkan sekitar 10 kilometer.
"Mangsa ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian, masih berbaju cerah dan memakai seluar hitam," katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa akan dibawa ke Unit Forensik Hospital UiTM bagi tujuan bedah siasat.
"Kes telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sedihnya, jauh dari jarak tempat jatuh..
salam takziah utk keluarga |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
10km dibawa arus 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|