CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1084|Reply: 0

Agong zahir ucapan selamat Hari TLDM ke-92

[Copy link]
Post time 27-4-2026 06:38 PM | Show all posts |Read mode
Agong zahir ucapan selamat Hari TLDM ke-92

Oleh Bernama - April 27, 2026 @ 4:18pm





Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-92 kepada seluruh warga dan veteran angkatan itu. - Foto ihsan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar



KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-92 kepada seluruh warga dan veteran angkatan itu.

Seri Paduka Baginda sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia turut merakamkan setinggi penghargaan di atas jasa, bakti dan pengorbanan yang telah mereka curahkan dalam melindungi kedaulatan serta keselamatan negara.

"Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.

Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada," titah Seri Paduka Baginda dalam hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Istiadat Perbarisan sempena Hari Ulang Tahun TLDM ke-92 yang bertemakan "TLDM Perkasa Kedaulatan Terpelihara" berlangsung di Pangkalan TLDM Lumut, Perak hari ini.

Upacara itu disempurnakan Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Badarudin Taha sebagai simbol penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan seluruh warga TLDM dalam mempertahankan kedaulatan perairan negara.
– BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/04/1538897/agong-zahir-ucapan-selamat-hari-tldm-ke-92





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-7-2026 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.066696 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list