CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1737|Reply: 16

[Tempatan] Edisi merempit bersama YB: PAS Kelantan anjur konvoi Mat Motor ke lapangan terbang bersama YB

[Copy link]
Post time 26-4-2026 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Apoo at 26-4-2026 07:30 PM

Selepas dikritik secara meluas susulan tindakannya mempertahankan aktiviti sebahagian anak muda Kelantan menjadikan kawasan balai pelepasan di terminal baru Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Kota Bharu sebagai lokasi melepak, seorang Adun tampil ‘garang’ dengan menganjurkan satu acara konvoi bermotosikal ke lokasi tersebut.
Berdasarkan poster dikongsinya di media sosial, Wan Rohimi Wan Daud memberitahu program tersebut bukan untuk menimbulkan kekecohan atau provokasi.
Sebaliknya kata Adun Melor tersebut, program Konvoi & Lepak Mat Motor bersama YB anjuran kelab penyokong kerajaan (BBC) dan Pemuda PAS Kelantan sekadar untuk “enjoy” dengan “cara ada kelas”.
“Pakat marii terr... petang tu kito ride santai jah… jumpa sain-sain, lepok santai biar ada suasano...
“YB YB pun ado skalii, buleh jumpa depan-depan..
“Buke nak buat kacau gapo… kito nak enjoy cara baik, cara ado kelas, nok ko suasana hujung minggu,” tulisnya.
Berdasarkan tentatif, peserta akan berkumpul di Masjid Muhammadi untuk solat Asar berjemaah, disusuli pergerakan konvoi yang bermula di kawasan DUN Kola Lama menuju ke LTSIP, Bandar Kota Bharu dan berakhir di sebuah pasar raya di bandar itu.
Terdahulu Wan Rohimi mencuri tumpuan selepas bangun mencelah perbahasan Adun Kota lama, Dr Hafidzah Mustakim, yang menyentuh isu anak muda melepak di kawasan lapangan terbang berkenaan semasa sesi sidang DUN, baru-baru ini.
Hafidzah berkata aktiviti melepak atau 'merempit' di LTSIP yang menjadi tular baru-baru ini mencemar nama baik Kelantan dan menjadi buah mulut yang mendukacitakan.
"Jadi tentunya amat malang sekiranya pintu masuk ke negeri Kelantan yang sudah diperuntukan sejumlah RM440 juta oleh kerajaan pusat untuk penambahbaikan sepatutnya menjadi satu kebangaan menaikan ekonomi kita tetapi mungkin disalahguna oleh sebahagian kecil anak muda kita," katanya.
Bagaimanapun Wan Rohimi yang juga Timbalan Exco Pembangunan Wilayah, Sumber Asli, Pembangunan Insan, Integriti dan Undang-undang itu mempertahankan aktiviti tersebut kerana beranggapan ia tidak menjadi kesalahan di sisi undang-undang.
Wan Rohomi yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Malaysia berkata, perkara itu sepatutnya disokong kerana suatu aktiviti yang baik, justeru tidak perlu diperbesar-besarkan.
"Isu anak muda melepak di lapangan terbang itu kita orang Kelantan tak perlu perbesarkan, dia duduk di situ pada ketika itu saja. Biarlah dia menikmati satu bangunan dan kemudahan yang baru, kenapa kita nak besar-besarkan?
"Dia pergi melepak saja, bukan pergi hisap dadah, bukan pergi buat jahat dan saya pun berasa nak melepak juga di situ,” katanya semasa mencelah dalam perbahasan Adun PH itu.
Mengulas program konvoi yang akan berlangsung esok, Wan Rohimi malah mengajak orang ramai supaya menyertainya dan melihat bangunan baru LTSIP.
"Yang penting jangan tekan minyak kuat sangat, kita ride santai ronda Kota Lama, tenang-tenang bukan merempit, patuhi peraturan jalan raya, lampu (isyarat) merah jangan langgar," katanya lagi.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2026 09:50 PM | Show all posts
Tatau nak cakap apa.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2026 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 26-4-2026 09:50 PM
Tatau nak cakap apa.

Takyah cakap apa2
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2026 10:02 PM | Show all posts
Coldpelir tersenyum sinis  
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2026 10:50 PM | Show all posts
org menyokong PH bukanlah sebab PH tu elok sangat ke apa, tapi dah itu jer yg the better choice available kt malaysia ni..... the other option (read: parti hijau) lagi lah bodohnya

unless kat malaysia ni ada parti yang bagos dan berkualiti setaraf politicial parti yg ada kat swtizerland ke, finland ke for sure org akan mengundi hat yg tu.. tapi masalahnya dah xder
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2026 01:19 AM | Show all posts
Saja nak usik Uncle Loke tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2026 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam tak ada isu lain untuk di-address

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2026 01:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Low IQ voters, apa yg ko harapkan? Ini lah hiburan ahli2 syorga. Pemimpin naik Mercedes korang naiklah kapcai ekzoz modified tu sampai merepots. Itu pon ada hati nak tawan negeri lain..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2026 08:23 AM | Show all posts
Polis Kelantan siasat individu didakwa buat kenyataan perlekeh anggota PDRM bertugas di sekatan jalan raya
Oleh Hidayatidayu Razali - April 26, 2026 @ 5:38pm

KOTA BHARU: Polis Kelantan membuka siasatan terhadap individu yang mengeluarkan kenyataan memperlekeh pasukan keselamatan itu, berhubung video tular berkaitan penganjuran konvoi motosikal petang semalam,

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, siasatan berkenaan dibuka mengikut tiga seksyen iaitu Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

"Hari ini pada jam 10 pagi kita menerima satu laporan polis berkaitan satu rakaman video yang tular di media sosial.

"Menerusi video berkenaan memaparkan seorang individu lelaki yang mengeluarkan kenyataan berunsur memperlekeh dan memperbodohkan anggota polis semasa menjalankan penugasan sekatan jalan raya.

"Siasatan awal mendapati, individu berkenaan turut mendakwa bahawa beliau berjaya melepasi beberapa sekatan jalan raya dengan memperdayakan anggota bertugas," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kenyataan itu adalah tidak bertanggungjawab, bersifat provokatif serta boleh menimbulkan persepsi negatif masyarakat di samping menjejaskan imej, reputasi dan kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, polis Kelantan menegaskan bahawa tindakan undang-undang akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana individu yang cuba memperlekehkan tugas pasukan keselamatan atau menyebarkan kandungan yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

"Perbuatan yang boleh menjatuhkan kehormatan pasukan keselamatan atau menghakis keyakinan awam terhadap penguatkuasaan undang-undang akan diambil tindakan tegas tanpa toleransi.

"Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhemah dan bertanggungjawab dalam menggunakan media sosial serta tidak menyalahgunakan platform itu untuk menyebarkan kandungan yang boleh mencetuskan kegusaran awam," katanya.

Semalam, 'Konvoi dan Lepak Anak Muda Bersama YB YB' anjuran Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dan Pemuda Pas Kelantan mendapat kecaman hebat di media sosial susulan atur cara program terbabit menyatakan antara lokasi yang akan dikunjungi ialah LTSIP (Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra) Pengkalan Chepa.

Konvoi yang diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Wan Rohimi Wan Daud sekitar jam 5 petang semalam, bermula dari Kota Lama-LTSIP Pengkalan Chepa - Bandar-belakang AEON Mall.







Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2026 08:25 AM | Show all posts
Video Adun PAS cakap sekatan polis kena 'bbodo' disiasat
Diterbitkan:  Apr 26, 2026 5:53 PM

Dikemaskini: 5:58 PM
Pihak berkuasa membuka kertas siasatan terhadap satu video tular yang didakwa memperlekeh tugas anggota sekatan jalan raya, dalam perkembangan yang dilihat berkait dengan kenyataan seorang Adun PAS yang mengaku “memperdaya” polis.

Ketua Polis Kelantan Mohd Yusoff Mamat memaklumkan laporan dibuat sekitar jam 10 pagi hari ini oleh seorang pegawai kanan susulan rakaman video yang dimuat naik di media sosial.

"Video tersebut memaparkan seorang individu lelaki yang mengeluarkan kenyataan berunsur memperlekeh dan memperbodohkan anggota polis semasa menjalankan penugasan sekatan jalan raya.

"Siasatan awal mendapati individu berkenaan turut mendakwa bahawa beliau telah berjaya melepasi beberapa sekatan jalan raya dengan cara memperdayakan anggota bertugas.

"Kenyataan tersebut tidak bertanggungjawab, bersifat provokatif serta boleh menimbulkan persepsi negatif masyarakat di samping menjejaskan imej, reputasi dan kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Mohd Yusoff berkata kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil

Polis menegaskan tindakan undang-undang akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang memperlekeh tugas pasukan keselamatan atau menyebarkan kandungan yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

Walaupun polis tidak menyebut nama namun pautan video dalam kenyataan pasukan itu merujuk rakaman Adun PAS Wan Rohimi Wan Daud yang berkongsi pengalaman mengelak sekatan jalan raya semasa konvoi motosikal di Kota Bharu.

Dalam ucapan di penghujung program, Wan Rohimi berkongsi pengalamannya melalui 'lorong tikus' (jalan kecil yang tersembunyi) mengelak sekatan berkenaan.

"Kita dilewatkan oleh roadblock polis. Bile blaka, ambo bile tak kurang dari tujuh (saya kira tak kurang daripada tujuh sekatan).

"Tapi semua kena bbodo kita belaka (Tapi kita berjaya memperdaya mereka semua)," katanya.

Dia berkata bahawa dia dimaklumkan "SB" tentang lokasi sekatan jalan raya, dan dia sebaliknya memimpin konvoi melalui jalan tikus.

Dia juga mendakwa kira-kira 3,000 motosikal mengambil bahagian dalam konvoi tersebut.

Program konvoi itu sebelum ini menjadi perhatian apabila polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan sekatan sebagai langkah keselamatan susulan kebimbangan gangguan trafik di kawasan kritikal berhampiran lapangan terbang.

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2026 08:26 AM | Show all posts
Begitulah kualiti wakil rakyat PAS kelantan..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2026 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Yb boddo hasil undian pengundi boddo
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2026 11:32 AM | Show all posts
Inilah parti yang akan memberi tentangan sengit dap next pru. ph umno macam payah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2026 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
"Yang penting jangan tekan minyak kuat sangat, kita ride santai ronda Kota Lama, tenang-tenang bukan merempit, patuhi peraturan jalan raya, lampu (isyarat) merah jangan langgar," katanya lagi.


Ujung2 kena siasat sbb gebang kata ada SB dah bgtau ada roadblock, polis semua diperbodohkan katanya.

Elok la ke dalam sehari dua, kasi reset otak tu sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2026 12:41 PM | Show all posts
Time ada sekatan jalan, hang beriya membodohkan polis.
Esok umah hang kena rempuh penyamun atau ada kemalangan atas jalan, netijen nak bagitau kat hang, tolong jangan mintak bantuan polis ya.

Sekian harap maklom.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2026 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Teruskanlah dgn bfikir tahap low level, sampai bila2 state tak maju. Malas balik kg sbb ni lah, malas sembang dgn puak2 ni. Ketegar nk mampos
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2026 05:54 PM | Show all posts
Adun Melor: Polis Kelantan rujuk kepada Timbalan Pendakwaraya selepas rakam keterangan
BERNAMA - April 28, 2026 @ 5:25pm

KOTA BHARU: Polis akan menyerahkan kertas siasatan membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Wan Rohimi Wan Daud kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat selepas keterangannya dirakamkan semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata Wan Rohimi memberi kerjasama baik sepanjang proses rakaman keterangan pada petang semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu.

"Polis akan memanggil saksi lain yang hadir ketika beliau berucap ringkas pada program itu jika diperlukan," katanya kepada Bernama hari ini.

Kelmarin, polis membuka kertas siasatan berhubung rakaman video tular menerusi media sosial, yang memaparkan tindakan seorang individu lelaki memperlekehkan anggota polis yang bertugas dalam sekatan jalan raya.

Kenyataan itu dipercayai berkaitan dengan penganjuran program "Konvoi & Lepak Mat Motor Bersama YB" yang didakwa dianjurkan Kelab Penyokong Kerajaan dan Dewan Pemuda PAS Kelantan pada Sabtu lalu.

– BERNAMA

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2026 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.063391 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list