CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2561|Reply: 17

[Tempatan] Surau Taman Seraya Ampang dilarang Azan,Tidak Boleh Solat Jumaat.Hanya boleh operasi sampai pukul 5 petang.Apa yang berlaku

[Copy link]
Post time 24-4-2026 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 24-4-2026 06:28 PM

Bantahan azan, solat jemaah: Jawatankuasa Surau Taman Saraya buat laporan polis

Pengerusi Surau Jumaat Taman Saraya, Abdullah Sulaiman, selepas membuat laporan polis berkaitan aduan tidak membenarkan azan, solat jumaat serta tidak dibenarkan memasang lampu di surau ketika di Balai Polis Pandan Indah.

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa (AJK) Surau Taman Saraya di Ampang membuat laporan polis di Balai Polis Pandan Indah hari ini susulan dakwaan gangguan pihak tertentu terhadap pengurusan surau berkenaan.

Pengerusi Surau Jumaat Taman Saraya, Abdullah Sulaiman berkata, tindakan itu diambil selepas beberapa isu dibangkitkan termasuk bantahan terhadap azan, solat berjemaah serta penggunaan ruang luar surau.

Menurut beliau, antara perkara yang menimbulkan ketegangan apabila terdapat pihak yang mendakwa laungan azan mengganggu mereka selain meminta supaya solat berjemaah  dihentikan.

“Pertama, mereka mengatakan azan yang dilaksanakan sekarang ini mengganggu. Kedua, solat berjemaah yang telah diumumkan diminta untuk ditutup. Ketiga, persiapan ruang luar untuk solat juga tidak dipersetujui sehingga kami diminta tidak memasang lampu,” jelasnya.

Tambah Abdullah, isu tersebut sebenarnya telah berlarutan sejak kira-kira lima tahun lalu namun semakin memuncak sejak kebelakangan ini.

“Perkara ini sudah lama berlaku tetapi sekarang tahapnya semakin serius apabila ketiga-tiga isu ini berlaku serentak,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Berat dakwaan kat Surau Taman Seraya, Ampang ini. Pemilik nama Safurara kat Thread mendakwa Surau Taman Seraya :



1. Diminta tutup azan.
2. Tak boleh solat Jumaat.
3. Tak boleh beroperasi selepas jam 5 petang.
4. Surau tidak boleh diterangkan dengan lampu.

Sementara itu, komen dari Tamimuddari7 bagitahu azan kat Masjid Bandar Baru Sri Petaling diperlahankan.

JAKIM, Jabatan Agama Islam Selangor dan PDRM kena siasat dengan telus dakwaan berat ini.

Jika benar seperti didakwa, tolong bertindak dan ambil tindakan sewajarnya. Kena segera muliakan kembali Islam di negara Malaysia ini.

Jika dakwaan itu fitnah, ambil tindakan pada penyebar dakwaan itu.

Sementara belum ada maklum balas dari JAKIM, JAIS dan PDRM, jangan terus telan bulat-bulat gais.

Akta Suruhanjaya Multimedia bab berita palsu ni sangat tegas tau. Kena panggil MCMC dan polis karang, naya je.

So, sabar dan tabayyun dulu. Tunggu kenyataan media dari pihak berkuasa. Jangan cepat melantun terus maki hamun dan tuduh melulu.

Harap sangat ada respon segera dari pihak berkuasa (JAKIM, JAIS, PDRM, MB, Menteri Agama dan sebagainya)

Ini bukan isu kecil. Maklum balas segera dari pihak berkuasa sangat-sangat diperlukan.

Begitulah.



#MFS
.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2026 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
'So, sabar dan tabayyun dulu. Tunggu kenyataan media dari pihak berkuasa. Jangan cepat melantun terus maki hamun dan tuduh melulu.'

Yang ko pulak buka thread bukan mengundang ka?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2026 08:22 AM | Show all posts
AJK Surau Taman Seraya buat 10 laporan polis gangguan berterusan
Oleh AMIR HAIKAL KAMARUDIN
24 April 2026, 11:45 pm

AMPANG – Ahli Jawatankuasa (AJK) Surau Taman Seraya tampil membuat 10 laporan polis susulan dakwaan gangguan melibatkan seorang penduduk setempat yang melemparkan tuduhan berbaur fitnah dan ancaman serta ugutan kepada Pengerusi surau tersebut.

Pengurusan Surau Taman Seraya di sini mendakwa berdepan gangguan berpanjangan daripada seorang individu yang berterusan mempertikaikan beberapa perkara berkaitan pengurusan surau termasuk azan dan solat Jumaat.

Pengerusinya, Abdullah Sulaiman, 62, berkata, isu tersebut bermula sejak penghujung tahun 2021 apabila individu terbabit mendakwa laungan azan di surau itu mengganggu.

Menurutnya, perkara itu pada awalnya ditangani secara berhemah dengan merujuk kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor.

“Saya diminta bersabar dan beri ruang untuk penyelesaian, jadi kita ikut nasihat tersebut dan tidak panjangkan isu,” katanya pada sidang akhbar di Surau Taman Seraya hari ini.

Pengurus Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, Mohamad Firdaus Babh berkata, aduan yang dilakukan tidak pernah berhenti walaupun selepas beberapa usaha penyelesaian dilakukan.

Menurutnya, pihak surau bersama wakil rakyat telah cuba mencari jalan damai termasuk mengadakan sesi dialog melibatkan pelbagai agensi kerajaan.

“Antara agensi yang terlibat termasuk Jabatan Perpaduan, Jabatan Penerangan serta beberapa jabatan lain bagi membincangkan isu aduan yang berterusan ini,” katanya.

Beliau berkata, sesi dialog itu dirancang bagi menemukan kedua-dua pihak secara terbuka untuk menyelesaikan isu secara langsung.

Bagaimanapun, situasi menjadi semakin tegang apabila muncul satu mesej yang dihantar kepada pengerusi surau sehingga mencetuskan perbincangan dalam masyarakat.- KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2026 09:17 AM | Show all posts


Katanya seorang bangsa cina yang pernah bekerja di singapura dan balik ke Malaysia menghadapi kejutan budaya dan menghasut penduduk temptan



https://youtu.be/-dneE6nI7nk

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2026 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 25-4-2026 09:17 AM
Katanya seorang bangsa cina yang pernah bekerja di singapura dan balik ke Malaysia menghadapi keju ...

Lama sgt keje kat singapura ka?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2026 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Dkt taman2 kawasan aiol ni byk aiol tgk cina2 beli rumah mengelilingi kawasan surau menghadap sungguh2. Bkn satu dua taman je tp byk. Kalau masing2 buat perangai haprak gini jenuh la oi.. Bukan tak blh beli kawasan lain dari awal buka dah tahu dah dari zaman tok kaduk dulu mmg Azan berkumandang 5 kali sehari wajib, org imarah surau masjid tiap masa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2026 10:23 AM | Show all posts
kadang surau2 ni pun over juga, buka speaker luar kemain kuat volumenya.bila ceramah penceramah dok terjerit2.. stressful tau. akak yg duduk bukan depan surau pun stress dgr sora penceramah gitu. Dulu ada satu makcik tu suruh buka speaker luar tu kuat sikit sbb dia tak dpt gi surau dgr ceramah.. watde la..rumah dia bukan dahle jauh dr surau.. korang ghase?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2026 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku x paham. Kejap x boleh buat solat jumaat. Kejap x boleh solat jemaah. Yg mana satu isu sebenar?

Klu x boleh solat jemaah, mmg melampau la. Tp klu utk solat jumaat, itu hanya masjid je yg boleh. Surau yg nak buat jumaat, kena dapat kebenaran khas majlis agama islam negeri.

Utk azan pun sama jugak. Klu x dibenarkan azan, mmg melampau. Tp klu diminta utk kurangkan volume, boleh la pertimbang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2026 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 25-4-2026 10:23 AM
kadang surau2 ni pun over juga, buka speaker luar kemain kuat volumenya.bila ceramah penceramah dok  ...

Ini bukan isu ceramah, ini isu azan.... Kalau ceramah aku pun setuju x boleh guna speaker luar, cukup utk jemaah dlm ruang solat dah laa....

Tp kalau larang azan mmg melampau laa
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2026 01:39 PM | Show all posts
Tak bley la hati tisu.
Buat tak tau saja lah.

Orang lain bley steady saje. Kalu tak suka bagi pampasan (contoh...)
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2026 02:59 PM | Show all posts
Klau betulla dia menghasut , bukan boleh kena tangkap akta hasutan ke ???
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2026 05:24 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 24-4-2026 05:42 PM
Lama sgt keje kat singapura ka?

Dalam video tu tak bagi tau berapa lama cina tu bekerja di singapura
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2026 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
3R..  Yahooo gari cepat.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2026 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
pulak
ada je isu supaya bergaduh
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2026 04:35 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 25-4-2026 05:24 PM
Dalam video tu tak bagi tau berapa lama cina tu bekerja di singapura

Patutnya continue keje sana.. sbb balik sini jadi tak tenang..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2026 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Takkk ....dah knp nak takut dgn sekor komunis nih? Sapa dia? Apa pangkat dia? Knp sampai nk buat solidariti? Bak kata nuart klau x nk beli diesel kt sini pi beli kt spore la, serupa dgn kes ni klau x blh hidup dgn masyarakat pi berambus masuk hutan la....as simple as that
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2026 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Apoo replied at 25-4-2026 12:20 PM
Aku x paham. Kejap x boleh buat solat jumaat. Kejap x boleh solat jemaah. Yg mana satu isu sebenar?  ...

Agak2 klau ada org yg suh tokong & kuil x blh buat wel2 & bakar setanggi kes ni dpt layanan vip mcm nih x? Iols rasa klau ada dh teruih gari dah x byk cerita lg
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2026 08:27 AM | Show all posts
Kalu dah smp mcm nie, melampau lah....semoga yg minta ni cepat masuk kubur

1 Diminta tutup azan.
2. Tak boleh solat Jumaat.
3. Tak boleh beroperasi selepas jam 5 petang.
4. Surau tidak boleh diterangkan dengan lampu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-7-2026 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.750632 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list