CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3775|Reply: 26

[Tempatan] Sebak dengar luahan anak muda gagal temu duga kerja akibat tak faham bahasa Inggeris... Menyesal kerap ponteng sekolah

[Copy link]
Post time 24-4-2026 11:36 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 23-4-2026 07:38 PM




Sebak dengar luahan anak muda gagal temu duga kerja akibat tak faham bahasa Inggeris... Menyesal kerap ponteng sekolah
Jumaat, 24 April 2026 7:00 AM




SEKUMPULAN anak muda meluahkan rasa kesal apabila hasrat untuk mendapatkan pekerjaan di sebuah syarikat musnah sekelip mata disebabkan syarat minimum iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ditetapkan tidak dipenuhi.

Kisah sayu mereka dikongsikan seorang kakitangan syarikat terbabit yang secara tidak sengaja mendengar keluhan mereka setelah menghadiri sesi temu duga.

Berkongsi cerita, ujar wanita ini dia terserempak dengan kelompok belia terbabit ketika sedang mengambil pesanan makanan di pondok pengawal.

Aku nak pergi ambil makanan dekat guard house dan ternampak sekumpulan lelaki muda dan perempuan dalam 20 orang.
Lazimnya, ujian temu duga dijalankan dalam bahasa Inggeris. -Gambar hiasan AI
Aku tanyalah sama ada mereka datang temu duga ke sebab tahu syarikat ada buka peluang pekerjaan, tapi jawapan mereka buat aku sebak," kongsinya di Thread.

Menjelaskan situasi yang berlaku, ujarnya, permohonan kumpulan anak muda terbabit ditolak disebabkan mereka gagal dalam ujian yang diberikan.

Malah katanya, kebanyakan calon mengakui tidak memahami bahasa Inggeris berikutan ujian dibuat dalam bahasa asing tersebut.
Mereka cakap datang temu duga tapi gagal dekat ujian, katanya... payah kak, kami tak faham orang putih walaupun ada translate bahasa Melayu kat bawah tu.
  • Sekumpulan belia gagal temu duga kerja di kawasan industri.
  • Tersingkir kerana tak faham Bahasa Inggeris dan Matematik.
  • Ada yang menyesal pernah ponteng sekolah dulu.
  • Wanita beri semangat dan nasihat cuba tempat lain.
  • Netizen tekankan kepentingan SPM dan ilmu asas.
  • Ringkasan ini dijana oleh AI
Dengan soalan matematik lagi, susah kak," ujarnya mengimbau perbualan dengan kelompok berkenaan.

Lebih mengejutkan apabila dia menyatakan, terdapat seorang pemuda yang meluahkan rasa kesal kerana selalu ponteng sekolah sehingga menyebabkannya tidak berjaya dalam peperiksaan SPM.

Aku terdengarlah seorang daripada mereka cakap... menyesal aku selalu ponteng sekolah dulu, sekarang semua nak SPM," tambahnya berkongsi pengakuan belia terbabit.

Turut bersimpati dengan nasib mereka, wanita ini kemudiannya memberi kata-kata semangat dan meminta mereka cuba mendapatkan pekerjaan ditempat lain.
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya.

Rata-ratanya bersimpati namun bersetuju bahawa ilmu asas seperti bahasa Inggeris dan Matematik adalah sangat penting dalam dunia pekerjaan hari ini.

Boleh ambil SPM ulangan dan fokus pada subjek teras bahasa Melayu serta Sejarah, pastikan lulus.
Saya ada seorang pekerja yang bagus tapi tak boleh nak naikkan pangkat sebab tak ada SPM," demikian reaksi netizen.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2026 11:54 AM | Show all posts
ala benda boleh belajar....

My bro pnh kerja dgn satu mamat ni kerja welder atas kapal, english communication langsung tak reti. Bila supv omputih tanya, dia angguk jer. Buatkan supv ragu2 dia ni faham ke tak apa yg supv cakap. My bro suruh dia belajar, jadi masa balik cuti, dia start belajar, tak ingat dia amik class or study online sendiri, next hitch dah boleh balas apa supv ckp...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2026 11:56 AM | Show all posts
sebaknya baca...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2026 12:18 PM | Show all posts
kerja apa yang dorang nak minta tu pergi berjemaah?
kalau operator kilang, boleh je kan takde spm..
tapi kalau kerja ofis, memang tak dapat la..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2026 12:27 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 24-4-2026 12:18 PM
kerja apa yang dorang nak minta tu pergi berjemaah?
kalau operator kilang, boleh je kan takde spm..
...

operator pun kilang selek wlpn ada SPM, dorang nk indon bangla & sewaktu dgnnye.. tgk ada kosong bile pegi takde rupanye tgh menanti pekerja asing heheheheh melainkn kite ada kabel
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2026 01:23 PM | Show all posts
Kita mau tunggu 30k - 40k la. Tada MC, EL fliday monday.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2026 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
cerita tak habis
kerja apa tak beritahu

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2026 03:24 PM | Show all posts
Dik...belajar English bukan limit sampai SPM aje. Ia berterusan dan yg penting keep improving it
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2026 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik menangis baca artikel ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2026 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Sendiri pemalas nak suruh orang sebak. Kosser.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2026 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 24-4-2026 12:18 PM
kerja apa yang dorang nak minta tu pergi berjemaah?
kalau operator kilang, boleh je kan takde spm..
...

Operator pun nak spm sekrg. Ramai budak2 degree yg tahhapehape yg menganggur pun apply jawatan operator.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2026 10:05 PM | Show all posts
Mcm cerita ai jer...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2026 09:42 AM | Show all posts
cm_vungtau replied at 24-4-2026 04:31 PM
Sendiri pemalas nak suruh orang sebak. Kosser.

Hahaha...'geng cintai bahasa kebangsaan' lettew.

Jadi influenzah je la dik jual baju ropol2 online.. tak pun kerja dgn Abangla...
abangla masuk Msia x sampai 3 tahun dah boleh mengorat adik manis .... fasih BM
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2026 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau spm fail amek la kursus swasta lain yang diiktiraf, belaja sampai pandai, attached kan sekali time interview. Benda boleh belaja.. Nyesal jangan lama sangat
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2026 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangla x sekolah pun boleh gaji 4k taw
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2026 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 25-4-2026 08:07 PM
Bangla x sekolah pun boleh gaji 4k taw

kerja mcm lembu mmg la
takde life
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2026 10:01 PM | Show all posts
Bahasa enggeris ni kluko becampo dgn budak2 melayu kampong je semua n mengharapkan sekolah je mmglah tak boleh nak pandai mana. Kena campo budak2 cakap org putih baru cepat. Aku dulu sekolah rendah kampong semua melayu mmg english setakat blh baca je, berccakap langsung tak blh walaupun subjects lain pandai duduk kelas pandai duduk kumpulan A lol. Masuk sekolah menegah ada cina anak2 org kaya speaking london sesama dorg, ada india ada benggali yg jenis speaking london sesama dorg barulah english aku boleh nmpk progress skit2. Pelik betul pengajaran kat sekolah tak boleh budak pandai speaking london, something is wrong dgn penagajaran bhs inggeris kat sekolah ni. Huh
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2026 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kakikuDibibirmu at 25-4-2026 10:04 PM

Can you speak English?



Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2026 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana puak2 ultra malay yg melalak “jepun tak mahir bahasa inggeris pun boleh maju”? Sekarang ko hadap la anak2 cucu2 ko tercicir. Jepun dari awal focus on technology, math,engineering & science. Anak2 ko? Bagi gajet layan TikTok, main game…dok sibok memuja gaya idop retis2. Bab belajar malas, kena spoonfed, kena push cam keldai.. Usaha & initiative…zero. Dah la otak lemau asyik sumbat anak dgn processed fast food…..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2026 11:00 PM | Show all posts
cash lah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2026 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.474725 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list