CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 849|Reply: 8

“Masih Lemah” – Norish Karman Masih Perlukan Kerusi Roda Untuk Bergerak

[Copy link]
Post time 24-4-2026 09:57 AM | Show all posts |Read mode




Pelakon Norish Karman memaklumkan dirinya kini dalam fasa pemulihan selepas berdepan masalah kesihatan melibatkan paras darah serta zat besi yang terlalu rendah.

Menerusi hantaran di Threads, Norish berkata badannya masih lagi sakit-sakit dan ada kalanya mengalami demam.





“Badan masih sakit-sakit, maklumlah darah dan zat besi sudah masuk selepas lama tiada dalam badan. Dua hari demam, sejuk panas. Masih perlahan-lahan untuk sembuh. Setiap hari hidup aku makan dan minum segala herba-herba terbaik,” tulisnya.

Kongsi Norish lagi, dia masih memerlukan kerusi roda untuk bergerak berikutan keadaannya masih lemah serta meminta mendoakan agar dia cepat sembuh.

“Saya perlukan kerusi roda untuk bergerak sebab masih lemah dan perlahan. Jadi, anak-anak gembira tolak sana sini. Doakan saya segera sembuh ya geng-geng disayangi Allah SWT,” tulisnya.

Sumber - Rotikaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2026 10:06 AM | Show all posts
Drama all the way... dia tengah in character tu...sementara ada yang masih simpati.. ewww
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2026 10:15 AM | Show all posts
Last2 karang leh pulak panjat tiang kapal.
Eh, salah org, cerita sama.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2026 11:30 AM | Show all posts
pakkal je la dokter n nurse ni bonded dengan akta kerahsiaan pesakit...  kalau tak, memang free2 je ko dikantoikan...  hahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2026 11:53 AM | Show all posts
dia kurang darah ke? talasemia? anemia? ok dah Ai gugel

Memasukkan beg darah (transfusi darah) dan suplemen zat besi adalah dua kaedah berbeza untuk merawat anemia (kurang darah) atau kekurangan hemoglobin

kite pun anemia juga acik tp elok je check up dkt Gov stkt ni belum masuk darah lg cuma mkn vitamin je, kite punye single digit Alhamdulillah belum rs pening ke apa kdg2 je rs penat & pucat.. tp kalau mkn dgn betul jaga mkn insya Allah ok & sy msh bekerja angkt brg2 berat dari tgkt satu ke bawah & naik balik, masih larat jaga mak yg dah uzur, masih berjimba masih tak meminta.

entahlaaa drama betul



Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2026 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah anemic makan le vitamin spital bg tu dulu...tu ntah apa herba telan kang makin drop plak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2026 12:44 PM | Show all posts
so dia sakit apa eh? cer citer cer citer
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2026 12:53 PM | Show all posts
den teringat citer dia berlakon jd pembantu rumah ke org yg diselamatkan tepi jln. x silap anak dia kot buang dia. lps bwk blk dia mcm syok kat laki tuan umah then diam2 dia pi susukan anak org tu. mmg mental + psiko watak dia dlm citer tu. tp mmg in karektor la dia ms tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2026 02:16 PM | Show all posts
goldden replied at 24-4-2026 12:53 PM
den teringat citer dia berlakon jd pembantu rumah ke org yg diselamatkan tepi jln. x silap anak dia  ...

betul ada susu ke dalam cerita tu?kan ke ala ala monopous .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-7-2026 10:51 PM GMT+8 , Processed in 1.242948 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list