CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1459|Reply: 4

[Tempatan] Kebakaran Di Sandakan: Mangsa Lega Penggantian Dokumen Percuma, Pantas

[Copy link]
Post time 23-4-2026 07:09 PM | Show all posts |Read mode





Kebakaran Di Sandakan: Mangsa Lega Penggantian Dokumen Percuma, Pantas


SANDAKAN, 23 April (Bernama) Mangsa kebakaran di Kampung Bahagia di sini meluahkan rasa syukur kerana dapat melakukan penggantian dokumen pengenalan diri secara percuma, sekali gus membantu meringankan beban mereka.

Siti Nazira Yaser, 27, berkata kebakaran itu telah memusnahkan semua dokumen penting miliknya termasuk kad pengenalan dan dokumen keluarga, justeru langkah penggantian itu disifatkan sebagai satu kelegaan buat dirinya dan keluarga.

Alhamdulillah, (dengan adanya langkah ini) sangat bersyukur sebab percuma. Sebelum ini, saya pernah kehilangan kad pengenalan dan dimaklumkan kalau hilang lagi perlu bayar, jadi apabila kerajaan bantu macam ini memang sangat melegakan.

(Dalam kejadian itu), kad pengenalan saya, dengan MyKid anak, sijil nikah semua terbakar … saya tidak sempat nak selamatkan," katanya ketika ditemui Bernama di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Gas di sini hari ini.


Siti Nazira berkata pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam agar Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyediakan perkhidmatan penggantian dokumen secara percuma di PPS, sebagai langkah yang amat praktikal dan menyantuni keperluan mangsa.

Terima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dengan bantuan ini, kami rasa sangat dibantu, apatah lagi beliau sendiri datang ke Kampung Bahagia, memang kami tidak sangka,” katanya.


Seorang lagi mangsa, Aisha Jhonni, 37, berkata dia kehilangan sijil kelahiran anak keduanya dalam kejadian terbabit.

Wanita itu berkata kehadiran JPN di PPS untuk membantu penggantian dokumen secara percuma amat dihargai dan memudahkan urusan mangsa yang berdepan dengan kekangan logistik.

Sementara itu, tinjauan Bernama di PPS Dewan Program Perumahan Rakyat Taman Batu Sapi mendapati kaunter JPN dibuka seawal 9 pagi dengan lebih 30 permohonan diterima setakat 3 petang tadi.


Sahara Omar, 30, yang membuat permohonan penggantian sijil kelahiran pada 10 pagi berkata dia menerima dokumen berkenaan pada 2.30 petang hari yang sama, sekali gus mencerminkan kecekapan pelaksanaan perkhidmatan berkenaan.

Semalam, Perdana Menteri berkata JPN akan digerakkan terus ke Kampung Bahagia bagi memproses penggantian dokumen yang musnah menerusi perkhidmatan bergerak Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR).

Melalui inisiatif itu, kerajaan akan menanggung sepenuhnya kos penggantian dokumen pengenalan diri termasuk MyKad, MyKid, Sijil Kelahiran, Sijil Kematian dan Sijil Perkahwinan bukan Islam serta penggantian pasport yang dilakukan Jabatan Imigresen.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2026 07:23 PM | Show all posts
Semoga ditapis maximum. Tak match data tak payah recheck, restart pc.  Memang takda le tu. Pigi balik kampung.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2026 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke hanya 30% WNM?


Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2026 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 23-4-2026 08:43 PM

hahaha sebelum terbakor 70% warga asing...pasni ni boleh la SEMUA nyanyi..'Saya Anak Malaysia'.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2026 10:51 AM | Show all posts
so yang alien tu boleh la dihalaukan dari kawasan tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-7-2026 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.861483 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list