CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1480|Reply: 2

[Tempatan] Budak tiga tahun positif dadah, polis tahan pempengaruh media sosial

[Copy link]
Post time 23-4-2026 06:16 PM | Show all posts |Read mode



Budak tiga tahun positif dadah, polis tahan pempengaruh media sosialKetua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar. - Foto fail NSTP
MELAKA: Seorang lelaki yang juga pempengaruh media sosial, ditahan bagi membantu siasatan kes seorang budak perempuan tiga tahun positif dadah jenis tetrahydrocannabinol atau ganja.
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar, berkata lelaki berusia 39 tahun yang juga anak kepada pengasuh kanak-kanak berkenaan, telah direman tujuh hari bermula 16 April dan disambung lagi lima hari hingga Isnin depan (27 April), bagi membantu siasatan.
"Pada 14 April, kira-kira 5 petang seorang pegawai perubatan di Hospital Melaka telah menerima mangsa dalam keadaan separuh sedar dan mendapati keputusan ujian saringan air kencing mangsa positif tetrahydrocannabinol.
"Ibu mangsa memaklumkan kepada pegawai perubatan berkenaan bahawa mangsa diambil dari rumah pengasuh di Sungai Putat dan pada 11 April. Mangsa telah diberikan bantuan rawatan pernafasan melalui tiub di zon merah Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka," katanya dalam kenyataan semalam.
Dzulkhairi berkata, susulan kejadian itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Cawangan D11 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, telah membuat tangkapan ke atas suspek kira-kira 9.30 malam pada 15 April, bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Semakan rekod lampau mendapati, suspek tiada rekod jenayah dan saringan ujian air kencing ke atasnya didapati negatif, manakala kanak-kanak perempuan itu telah pulih dan dibenarkan pulang ke rumahnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2026 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Katanya makan "gula²" yg di simpan dalam peti ais.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2026 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Terganggu aku baca berita ni. Moga budak tu tak apa2, dan tak diapa2kan.. kesian gila..

Moga yg bersalah dapat hukuman..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2026 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.089909 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list