CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9456|Reply: 62

[Jenayah] Dengar kata berbini tiga.... lagi kisah pengadai syurga pakai baju oren!

[Copy link]
Post time 22-4-2026 08:54 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Kemaruk-Taikk at 24-4-2026 09:05 PM


SEREMBAN - Seorang pendakwah bebas direman lima hari kerana disyaki  menyalah guna kuasa dan menyeleweng dana sebuah pertubuhan bukan  kerajaan (NGO) tempatnya bekerja berjumlah kira-kira RM12.3 juta untuk  kepentingan peribadi.

Perintah reman terhadap suspek berusia lingkungan 30-an itu dikeluarkan oleh Majistret, Sara Afiqah Zulkifli selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Seremban pada Rabu.

Reman terhadap suspek bermula pada 22 April sehingga 26 April ini.


Menurut sumber, suspek ditahan kira-kira jam 8 malam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Negeri Sembilan.

“Siasatan awal mendapati suspek yang juga merupakan pengerusi NGO tersebut disyaki melakukan perbuatan tersebut pada September 2022 hingga kini.

“Suspek dipercayai telah menyalahgunakan jawatannya dan bersubahat bersama dua ahli jawatankuasa yang lain dengan memindahkan wang berjumlah kira-kira RM12.3 juta ke dalam akaun bank miliknya dan lapan lagi syarikat yang juga miliknya,” katanya.

Tambahnya, susulan siasatan tersebut, SPRM Negeri Sembilan telah membekukan 15 akaun terdiri daripada tiga akaun bank persendirian selain tiga akaun bank NGO dan sembilan akaun bank syarikat dengan nilai berjumlah kira-kira RM16.5 juta.

Selain itu, turut disita ialah wang tunai termasuk mata wang asing serta tiga unit jam tangan bernilai kira-kira RM5,000, tiga unit beg tangan berjumlah kira-kira RM3,000 serta lima unit gelang tangan berjumlah kira-kira RM26,000.

"Turut disita ialah sebentuk cincin berjumlah kira-kira RM2,000, satu unit rantai berjumlah kira-kira RM7,000 dan 51 keping emas seberat 1 gram berjumlah kira-kira RM31,000," katanya.






Single Polls, Total 25 Users voted

Count down: 47 Days6 min.

Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-4-2026 10:18 PM | Show all posts
Edited by Kemaruk-Taikk at 23-4-2026 08:54 PM

Lobai kayoo wooo..


Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2026 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Terkenal ke tak pendakwah ni?

The real penunggang agama. Kalau betul salah la.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2026 09:29 PM | Show all posts
Sana ngo sini ngo.
Bagi gambaran macam go tak buat keje. Ke memang tak buat keje?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2026 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Harini ada kuiz teka teki ke, dah 2x harini kena meneka siapakah gerangan OKT
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2026 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak perlu berteka teki lagi
Sungguh unsangkarable dia ni pon penyamun

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2026 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 22-4-2026 09:14 PM
Terkenal ke tak pendakwah ni?

The real penunggang agama. Kalau betul salah la.

Yes, agak terkenal kat TikTok
Muka pon inesen je, ala ala muka bakal penghuni syurga
Anak berderet & katanya ada 3 bini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2026 12:52 AM | Show all posts
Edited by Kemaruk-Taikk at 24-4-2026 02:46 AM
MarryPottet replied at 23-4-2026 12:04 AM
Tak perlu berteka teki lagi
Sungguh unsangkarable dia ni pon penyamun

Wah begituu!  Tepokkan gemuruh utk acik Maryiam Potet



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2026 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2026 07:41 AM | Show all posts
sehingga kini..
tak tertangkap, tkde laa nak berenti..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2026 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak boleh ke kerajaan buat peraturan baru untuk NGO ni. Hanya boleh ambil 10% untuk pengurusan & level top management macam pengerusi, timbalan tak boleh dapat gaji & elaun. Kiranya yang dok atas memang ada sumber sendiri & tak mengharap NGO, dia buat NGO memang betul tujuan nak cari pahala je
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2026 07:57 AM | Show all posts
jadi pengajaran buat semua



btw i can't help it but mata duk perati pegawai sprm tu

he's so cute


(ala2 NK dak muji peg hutan )
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2026 08:00 AM | Show all posts
NGO ialah singkatan kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (Non-Governmental Organization), iaitu organisasi sukarela yang ditubuhkan oleh pihak swasta/orang awam, bukan kerajaan, dan tidak berorientasikan keuntungan. Ia fokus pada kebajikan, kemasyarakatan, hak asasi, pendidikan, atau alam sekitar. Sinomim NGO termasuk CSO (Civil Society Organization), badan sukarela, atau pertubuhan bukan berasaskan keuntungan.

Contoh Aktiviti/Usage Contoh NGO:

Kebajikan & Kemanusiaan: Memberi bantuan kepada anak yatim, warga emas, OKU, atau mangsa bencana.

Pendidikan & Kesedaran: Mengadakan kempen kesedaran sosial, alam sekitar, atau kemahiran.

Hak Asasi & Sosial: Memperkasa ekonomi wanita dan masyarakat.

Perantara: Menjadi jambatan antara rakyat dan kerajaan untuk menyampaikan isu atau keperluan.

Contoh NGO di Malaysia:

Yayasan Salam Malaysia
Mercy Malaysia
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)
WWF-Malaysia


Ciri-ciri Utama:

Bebas: Tidak bergantung kepada kerajaan.

Nirbala (Non-profit): Tidak mengaut keuntungan komersial.

Berdaftar: Sah di bawah Registry of Societies (ROS).
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2026 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
MarryPottet replied at 22-4-2026 04:07 PM
Yes, agak terkenal kat TikTok
Muka pon inesen je, ala ala muka bakal penghuni syurga
Anak berder ...

Umur baru 39 dah 3 isteri . Ok, i pernah nmpak dia kat tiktok.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2026 08:15 AM | Show all posts
video ustaz ni pnh lalu lalang kat fyp meols, video2 share amalan2 agama jerlah...

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2026 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 22-4-2026 09:14 PM
Terkenal ke tak pendakwah ni?

The real penunggang agama. Kalau betul salah la.

Terkenal yang kantoikan nya ustaz juga sebab sebab projek pembinaan tak jalan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2026 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Allah Maha Pengampun.

Tadi dosa dengan manusia kena minta ampun .
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2026 08:46 AM | Show all posts
MarryPottet replied at 22-4-2026 04:07 PM
Yes, agak terkenal kat TikTok
Muka pon inesen je, ala ala muka bakal penghuni syurga
Anak berder ...

demi bughit x 3.. kena la berdhuettt

kohhhh
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2026 08:47 AM | Show all posts

amek no dulu sis.. dekat threads ramai yg focus dekat pulis tu.. rembes kata acik2 threads


Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2026 08:49 AM | Show all posts
silance replied at 22-4-2026 09:29 PM
Sana ngo sini ngo.
Bagi gambaran macam go tak buat keje. Ke memang tak buat keje?

lahhhhhh dia ni mmg glemer kat tiktok.. dulu iols selalu ikut dia... dok share doa2..

aduiii mmg choi la... hah sampai 3 bini????

makin mencanak2 kes pengerusi ngo kene cekup dgn espiaryem ni... tgh musim ke hapo ????

ape nak jadi dunia sekarang niii


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2026 08:58 PM GMT+8 , Processed in 1.141090 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list