|
|
Edited by stingerkentot at 27-4-2026 02:45 PM
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung semakan kehakimannya berkaitan Titah Adendum.
Ini bermakna, bekas Ahli Parlimen Pekan berusia 73 tahun itu tidak lagi meminta mahkamah untuk membolehkannya menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun di rumahnya.
Melalui notis daripada firma guaman Tetuan Shafee & Co bertarikh 2 April lalu, firma guaman berkenaan memaklumkan kepada mahkamah bahawa, Najib selaku perayu berhasrat untuk menarik balik rayuan berkenaan.

Najib Razak diperintahkan untuk membayar balik SRC International Sdn Bhd sejumlah AS$1.18 bilion, serta AS$120 juta dana yang didakwa dipindahkan ke dalam akaun bank bekas perdana menteri itu.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Ahmad Fairuz Zainal Abidin menyampaikan keputusan dalam saman SRC sebanyak AS$1.18 bilion terhadap Najib dan bekas ketua pegawai eksekutif syarikat itu, Nik Faisal Ariff Kamil, yang masih tidak dapat dikesan.
Dalam keputusannya, Fairuz berkata Najib yang juga bekas menteri kewangan bertanggungjawab kerana melanggar tugas fidusiarinya dan melakukan salah laku dalam jawatan awam, dengan keseluruhan bukti yang "memihak kepada versi (dakwaan) SRC" berdasarkan rekod dokumentari, aliran dana dan pengakuan peribadi.

|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|