|
View: 10655|Reply: 83
|
Pengisytiharan Menurunkan Tuanku Muhriz Tidak Diiktiraf, Mubarak Bukan Lagi Undang Luak Sungei Ujong
[Copy link]
|
|
|
Pengisytiharan menurunkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir oleh Datuk Mubarak Dohak, semalam, tidak boleh diterima dan diiktiraf kerana beliau bukan lagi Undang Luak Sungei Ujong.
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan, selain tidak mempunyai kuasa dan fungsi sebagai Undang Luak, tindakan berkenaan tidak selaras dengan Perkara 10 hingga 12 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959.
“Pemberhentian Mubarak sebagai penyandang pesaka Dato’ Klana Petra Luak Sungei Ujong telah dibuat mengikut pesaka dan adat Telaga Undang, Waris Klana Hulu, Sungei Ujong sejak 13 Mei 2025.
“Sidang Khas Dewan Keadilan dan Undang (DKU) pada 17 April lepas telah bersetuju menasihat dan menerima kesepakatan Telaga Undang, Waris Klana Hulu, Luak Sungei Ujong yang memberhentikan Mubarak sebagai penyandang pesaka Datuk Klana Petra Luak Sungei Ujong ke-10, selaras dengan peruntukan Fasal 14(3) UUTKNS,” katanya dalam kenyataan.
Tambah Aminuddin, ia selaras dengan peruntukan Fasal 14(3) UUTKNS atas 33 kesalahan berkaitan pesaka dan adat Telaga Undang, Waris Klana Hulu, Luak Sungei Ujong
Beliau turut menjelaskan bahawa fungsi DKU Negeri Sembilan sebagai badan penasihat perkara berkaitan adat istiadat orang Melayu termasuk soal pemilihan dan perlucutan jawatan Undang Luak yang empat seperti diperuntukkan dalam Perkara 16 UUTKNS.
Katanya, ini termasuk dalam urusan pemberhentian seseorang Undang Luak daripada memegang pesaka mengikut adat luaknya mengikut Fasal 14(3) UUTKNS.
“Nasihat penerimaan oleh DKU terhadap pemberhentian penyandang pesaka Datuk Undang Luak di Negeri Sembilan juga pernah dilaksanakan sebelum ini apabila penyandang pesaka Undang Luak Johol ke-14 Datuk Mohammad Jan Abdul Ghani diberhentikan pada 27 Mac 2016 atas 13 kesalahan berkaitan pesaka dan adat Luak Johol,” katanya.
Jumaat lalu, DKU menerima pemberhentian Mubarak sebagai penyandang pesaka Undang Luak Sungei Ujong susulan sidang khas yang diadakan di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah yang dipengerusikan Tuanku Muhriz.
Aminuddin dilaporkan berkata pada sidang khas itu, Tuanku Muhriz menguatkuasakan Fasal 24 UUTKNS 1959 dengan menjemput Ibu Soko Klana Hulu dan Waris Klana Hulu untuk turut bersama ke sidang khas berkenaan.
Sumber : Rotikaya |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ni yg baca awl pg tadi
ape cerita sebenarnya ni
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
herlok lagi family tuanku muhriz ni dr lag satu clan tu.. lg british dr british sana
tengok je la acik jes, rambut pun dah botak .. hari2 bugil dekat socmed 
hat tu yg kome2 nak tadah tgn berdoa tetiap ari jemaat?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by kechikchomel at 20-4-2026 12:55 PM
iolss baca benang kat bod kenamaan.
katanya Tunku Nadzaruddin ni apaknya Tunku Ines. (google sendiri siapa T Ines )bini dia ex TV3
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
TAK SAH KAN MENTERI BESAR NS KATA
TAPI NS NI LAIN SKET DIORNG PUNYA RAJA2 PUNYAA UNDANG
TAK MAU AKU CLAN LG SATU JADI RAJA
TUNKU MUKRIZ AT LEAST TAU CAKAP NOGORI
LAGI SATU TU TAHU KE TAK...BAHASA MELAYU PON TAK PERNAH CAKAP |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg sebetul2 nya rakyat N9 rata2lebih prefer pada clan mana satu? dari segi pemerintahan..... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
alesandra replied at 20-4-2026 04:08 PM
Yg sebetul2 nya rakyat N9 rata2lebih prefer pada clan mana satu? dari segi pemerintahan.....
Mukhriz. Dia rajin round semua masjid kat n9 setiap jumaat |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
panjangnya sis
my brain got twisted 
tp yg atas2 tu fhm iol, pengumuman pemecatan dan lantikan baru dibuat oleh org yg dh dipecat
that's why tak valid dan takde pengumuman rasmi, siaran media ape kan
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Suchi at 20-4-2026 10:22 PM
Iols kopipes dr komen kat fb
Simple. Anak2 Almarhum Tuanku Jaafar terimgin nk jadi Raja N9.
Depa cari jalan bagaimana nk kick Tuanku Mukriz.
Kunci ada pada Undang Luak Sg Ujong.
Bayar. Rancang, plan. Hasut 3 Undang lagi yang MANGKOK tak ikuti bab keputusan Ibu Soko. Ibu soko dah pecat Undang Luak Sg Ujong May 2025. Legitemasi utk bertindak dah hilang.
Nafsu nak naik sebagai Yamtuan Besar membuak2.
Laat2 ambil tindakan dangkal. Unilateral. Tanpa notis pemakluman pada SUK Negeri. Tanpa kehadiran Ibu Soko serta Telaga dan Yamtuan semdiri dalam sidang tu. Undang2 Adat mewajibkan YamTuan Besar HARUS ada depan2 sidang tu jika ada usul mau menurunkan nya dri tahta.
Ini tak nampak langsung semalam. Ada kecacatan bab cara adat tu di laksanakn.
Langgar habis Undang2 Adat dan Undang2 Tubuh Kerajaan Negeri N9.
Rosak reputasi.
Kini pihak Tuanku Mukriz dah nampak jauh mana pihak satu lagi boleh bertindak.
Keadaan akan patah balik sebagaimana tahun 1775. Perebutan tahta antara Raja Mellewar dengan utusan awal dri Batu Sangkar tentang siapa yang berhak utk di tabal sebagai Yamtuan Besar selepas Yamtuan Muda di N9.
Episod menarik. Bakal "menayangkan" susur galur semenjak dari 1720 sampai ke era Perang Padri 1802-1837 yang menyaksikan Ksultanan Melayu Minangkabau di Batu Sangkar lenyap terus dan hanya N9 yang bersilih ganti meneruskan Kerajaan Adat Pepatih di Semenanung Tanah Melayu.
Hiduo berpegang adat, adat berpandu syarak, syarak bersendi Kitabullah. Yang di Petuan Agong pertama Tanah Melayu adalah dr N9.
Kita akan bakal kenal siapa Tuanku Imqm Bonjol dan Tuanku Tambusai, satu nama besar dalam sejarah N9.
Ada sebab kenapa Allah Taala hadapkan peristiwa ini berlaku pada KeSultqnqn Melayu n9.
Untuk sebagai ilmu pada kita di zaman moden ni.
https://www.facebook.com/share/p/1CmTxh2PU8/?mibextid=wwXIfr |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
anggeriklatifah replied at 20-4-2026 03:51 PM
TAK SAH KAN MENTERI BESAR NS KATA
TAPI NS NI LAIN SKET DIORNG PUNYA RAJA2 PUNYAA UNDANG
TAK MAU AKU ...
Adat Perpatih
Clan satu lagi tu keluarga suami pelakon tu kan
Apalah perasaan dia baca komen2 netizen selamba ngata mcm2 keluarga tok laki dia
Selama ni ada je baca kat porem ni tp
Kali ni lebih terbuka netizen menghencap |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tumpanglalu74 at 21-4-2026 12:39 PM
Suchi replied at 20-4-2026 10:25 PM
Adat Perpatih
Clan satu lagi tu keluarga suami pelakon tu kan
Penah la cucu arwah boksit ni jadi junior aku sat. Sempat la bergosip pasal sepupu dia kat nismilan.  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pe ke hal la...mcm mcmmmmmmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau suami jeslina tu, betul2 jadi nismilan orang nogori  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
btoi ka mubarak x solat jumaat, backdated tarikh kawen? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Owhhh aku baca rumour kt X clan J ni disokong oleh umngok.patutlahhh menggelupur semacam.. kohkohkoh |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|