CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1638|Reply: 1

[Tempatan] Sarawak tegas tuntut keadilan pengurusan gas, bukan mahu 'bunuh' PETRONAS

[Copy link]
Post time 19-4-2026 06:54 PM | Show all posts |Read mode



Sarawak tegas tuntut keadilan pengurusan gas, bukan mahu 'bunuh' PETRONASPremier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg. Foto fail NSTP
KUCHING: Sarawak mengambil pendekatan tersendiri dalam mengurus sumber gas negeri tanpa menjejaskan peranan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS).

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, berkata formula yang dirangka bukan bertujuan 'membunuh' syarikat petroleum nasional itu, sebaliknya memastikan keadilan kepada Sarawak sebagai pengeluar utama gas negara.

Sehubungan itu beliau berkata, isu berkaitan pengurusan sumber gas diharap dapat diselesaikan secara baik antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan demi kepentingan bersama.

"Kita ada cara, ada formula yang tidak menjejaskan PETRONAS dan pada masa yang sama boleh memberi keadilan kepada kita sebagai pengeluar gas.

"Ini yang hendak kita laksanakan dalam pengurusan gas," katanya berucap pada Konvensyen Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini hari ini.

Abang Johari berkata, Sarawak memiliki kira-kira 62 peratus rizab gas negara dan mahu berkongsi peranan dalam pengurusan sumber berkenaan, bukan hanya dikendalikan oleh PETRONAS.

"Disebabkan itu kita gunakan undang-undang sedia ada dan apabila kini isu ini dibawa ke mahkamah, kita bersedia menghadapinya," katanya.
Abang Johari turut menolak dakwaan pihak tertentu yang menuduh Sarawak bersikap tamak dalam tuntutan itu.

"Kami bukan tamak. Ada orang tuduh kita membunuh angsa bertelur emas. Tidak… kami cuma mahu keadilan," katanya.

Beliau berkata, GPS konsisten memperjuangkan hak negeri, khususnya dalam pengurusan sumber minyak dan gas di Sarawak.

"Minyak datang dari Sarawak… kita tidak akan tengok sahaja. Saya berterus terang dalam perjuangan ini kerana ia penting untuk memantapkan ekonomi negeri," katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa Sarawak kini mempunyai pelan pembangunan dikenali sebagai Gas Roadmap yang memberi tumpuan kepada industri hiliran termasuk pengeluaran metanol.

Katanya, Sarawak kini adalah pengeluar metanol terbesar di rantau ini dan pembangunan gas dijangka mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Dalam usaha memperkukuh industri itu katanya,, kerajaan negeri juga merancang pembangunan pelabuhan baharu di Tanjung Embang yang akan dijadikan terminal gas strategik.

Sementara itu, beliau berkata, GPS perlu terus melihat ke hadapan dengan merancang kesinambungan kepimpinan negeri melalui gabungan pemimpin berpengalaman dan generasi muda.

Abang Johari berkata, beliau sendiri menggantikan kepimpinan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem dan diasuh tokoh terdahulu termasuk Tun Abdul Taib Mahmud serta Tan Sri Alfred Jabu.

"Sekarang kita asuh pula barisan pemimpin muda. Jangan nanti apabila kita letakkan calon muda, ada yang tidak mahu. Kita perlu gabungkan pengalaman dengan tenaga baharu supaya masa depan negeri terus terjamin," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2026 07:41 PM | Show all posts
tak urus petronas pun , dh bole lahirkan anak bekas pemimpin mempunyai aset bernilai RM1.85 biilion ringgit. fakta boleh check kat mahkamah syariah sarawak.

ni kalau pemimpin parti dapat kaut pengurusan petronas, mungkin sarawak boleh buat projek LRT kt bandar kuching , projek tapak lancar roket di ANGKASA 2030 , projek kereta EV cop sarawak dan macam2 lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-7-2026 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.476507 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list