CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1848|Reply: 7

[Tempatan] Banduan warga Pakistan lari dari Penjara Sungai Buloh berjaya diberkas semula

[Copy link]
Post time 19-4-2026 06:37 PM | Show all posts |Read mode





Banduan warga Pakistan lari dari Penjara Sungai Buloh berjaya diberkas semulaKeratan berita siaran BH Online.
GOMBAK: Banduan warga Pakistan yang meloloskan diri dari Penjara Sungai Buloh pada 9 April lalu, berjaya diberkas semula di Jalan Batu 14, Jalan Gombak Lama, di sini semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata tangkapan semula dilakukan kira-kira jam 5 petang hasil tindakan serta kerjasama pelbagai pihak.

"Sehubungan itu, Polis Selangor merakamkan penghargaan atas kerjasama semua pihak yang membantu sehingga banduan terbabit berjaya ditangkap bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara," katanybanduana dalam kenyataan ringkas, hari ini.

Terdahulu media melaporkan, polis giat memburu tahanan reman warga Pakistan yang melarikan diri dari Penjara Sungai Buloh, pada 9 April.
Lelaki itu menghadapi beberapa pertuduhan termasuk kes seksual terhadap kanak-kanak dan berkaitan imigresen.

Pada hari kejadian, tahanan reman itu baru selesai menjalani prosiding perbicaraan di Mahkamah Shah Alam berkaitan kes seksual terhadap kanak-kanak, rompakan dan kesalahan imigresen.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2026 07:17 PM | Show all posts
Edited by silance at 19-4-2026 07:18 PM

Ngapa tak lupuskan terus? Situkan banyak gaung.

Gurau je, kita kan masyarakat paling baik dikagumi oleh pati.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2026 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak lari kemana lalu jalan gombak lama? Jeng jeng jeng. Sambung la dok dlm penjara, jalani hidup mcm biasa sedia kala
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2026 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
hart_attack replied at 19-4-2026 08:03 PM
Nak lari kemana lalu jalan gombak lama? Jeng jeng jeng. Sambung la dok dlm penjara, jalani hidup mcm ...

jln Gombak lama kenapa??

angker atau banyak aktiviti underground yg public x tau

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2026 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
syukur
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2026 01:31 PM | Show all posts
yang buat intel pi kejar pi tangkap semua imigresen..
tiba polis claim kerjasama pelbagai pihak takde mention jabatan mana
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2026 03:31 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 20-4-2026 01:31 PM
yang buat intel pi kejar pi tangkap semua imigresen..
tiba polis claim kerjasama pelbagai pihak takd ...

iya..yg senang2 bg lepas tu polis. hampeh betul. bila dapat balik tu mcm dorang punya jasa pulak



Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2026 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila...ank pakis ank saya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-7-2026 06:59 PM GMT+8 , Processed in 0.125755 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list