|
|
PM Anwar Hadiri Mesyuarat Pembangunan Pasir Puteh

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Mesyuarat Pembangunan Jajahan Pasir Puteh bagi tahun 2026 di Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh di sini.
Ketibaan Anwar, yang juga Menteri Kewangan, pada 11.50 pagi disambut Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud bersama beberapa Exco dan pengurusan tertinggi kerajaan negeri.
Mesyuarat khas itu turut disertai Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
Selepas mesyuarat itu, Anwar dijadualkan menghadiri sesi ramah mesra dan lawatan ke Masjid Gong Chapa di sini pada 1.30 tengah hari.
|
|